Friday 21 March 2014

semua orang pandang kau. kau nak pandang siapa?

Ujian Prestasi 2 baru habis minggu lepas. Tapi confirm sangat dah mesti cikgu cikgu semua dah habis tanda. And this week of course dapat payperrr~~. Bila dapat paper macam biasala lah kan. Rasanya semua student dok kecut perut.

class physics baru habis. Result physic pun macam emm boleh lah not too bad and not to cool. Poyo ni. Semua classmates pun tengah bergegas nak pergi next class. Selalunya kelas Mr Adam mesti buat dekat bilik kuliah. Tak tau lah apa yang best sangat dekat bilik kuliah yang aircond pun macam hidup segan mati tak mau.

Riz perasan yang Aamar jalan sensorang. Dia pun dok mengendeng lah jalan sebelah Afiq

"kau okay?"

"ooookkkk and kkkkooo" senyum antara mampu tak mampu

"kes physic ke" Riz concern

Aamar ketap bibir, angguk. Riz tepuk bahu Aamar harap dapat bagi semangat

.............................................................................................................................................................................

"Guten Mogen Herr"

selepas ucap selamat pagi pada Mr Adam semua duduk. Gerun tengok muka Mr bila tak senyum. Nak pandang pun macam nak taknak.

"okay guys. I'll call your name based on your.......... based on your achievement. Not your result"

Semua kecut perut pandang meja.

"I've calculate the difference your marks from ujian prestasi 1 and your last exam which is last week. The good news for me is all of you have managed to upgrade your essay and even your essay still **** me up but its okay you did a great job"

semua senyap kipas je dok bunyi

"im calling up your name okay..."

" Anis shahirah +13. okay positve means its good and vice versa"

"Akmal syafiq +5"

"Diana rizal +20"

"Ammar Rizal +2"

"Muhammad daanial +8"

".................."

"..........."

"........"

"and last person is Suffiyan Asfiq Rizqan - 23 and you the only person get negative and whats wrong with you what the hell happened to you"

Riz terdiam tangan bergetar.

"Asfiq Rizqan stand up please tell me what happend to you during exam putus cinta ka awek lari ka habaq mai biar satu kelas boleh jadikan tauladan"

"Hows your other subject is it really bad like english?!" tanya mr adam

Riz bangun pandang bawah. Dia sedar 24 pasang mata sedang memerhatinya. Riz tak keruan nak pandang Mr Adam kalau berani mati boleh lah, pandang bawah ni. aduhhh

Riz telan air liur
"Im really sorry Mr Adam"

"Jumpa saya lepas class" tegas arahan Mr Adam

Sesi P&P berjalan seperti biasa lepas tu, tapi Riz kena perli berdas das dari Mr Adam

.........................................................................................................................................................................

Rizqan duduk di astaka, tak larat nak beriadah hari ini. Letih menahan malu, letih fikir apa salah sendiri. letih fikir kenapa Mr sanggup buat macamtu depan classmate.

Lepas habis sekolah tadi memang tak ada sorang pun berani tegur Riz, bukan tak nak tegur. Tapi entahlah.

"are you okay" tanya mr adam concern

"not really" riz tunduk

"okay im not going to ask you the same question, but do you want an extra class from me?" tanya mr adam lebih concern

"of course i really do" Riz senyum penuh harapan

"i'll inform you later okay. Sorry for what i've done" Jelas mr adam

"its okay mr. adam its for my own good"

Riz teringat apa yang berlaku lepas habis kelas tadi. Memang mr adam dah minta maaf. Dia pun ada kata dia tak ada maksud lain nak buat selain nak bagi sedar dekat classmate. Tapi tak ada cara lain selain tu? Riz boleh terima kalau tak ada side effect. Tapi ni side effectnya dalam sangat

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

sejak kes tu mana ada orang tanya Riz apa apa soalan. Maksudnya macam ni, bila orang tak faham orang tu tak akan tanya dekat Riz macam mana, diorang sanggup jalan jauh jauh daripada tanya Riz walaupun Riz duduk sebelah

'elehh sebab tu je lu nak sentap, makan dalam'

'its normal bro'

kalau korang duduk dalam satu kumpulan, bincang pasal one topic and need opinion from everyone. Tapi bila sampai turn kau semua orang tak dengar, kalau dengar pun kau punya opinion kena reject mati matian.
Riz tak tahan. Teruk sangat ke opinion Riz. nama pun opinion kan? mana ada betul mana ada salah.

and because of that "case" semua orang pandang serong dekat Riz.

sakit tak berbelah bahagi Riz rasa. Tak ada tempat nak luah. Riz pendam. Sakit. Cuba alami sendiri. Sakit sangat. Riz rasa macam dia tak layak ada dekat tempat tu.

apa yang Riz buat bila sedih, bila pedih, bila tekak berpasir, bila air mata tak sabar sabar nak jatuh, Riz ingat satu je.

'Suffiyan Asfiq Rizqan ingat ummi abah dekat rumah, ingat jasa ummi abah, ingat pengorbanan ummi abah, ingat harapan ummi abah. Terus kuat Asfiq Rizqan'

lepas tu jatuh juga air mata Riz. Riz bukan seperti lelaki lain ego tinggi tak nak menangis control mahco lah apa lah. Riz lebih selesa menangis daripada terus terbeban di hati. Tapi Riz tak lah menangis depan orang ramai ye dak.

Dalam mana Riz menyendiri, jauh mana Riz layan perasaan masih ada seseorang yang sangat concern dekat Riz. Tapi Riz belum perasan.





'Terus kuat Riz'

No comments:

Post a Comment