Friday, 19 October 2012

Coretan buat sahabat..





Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum bwt.

Apa khabar kau dekat sana? Aku harap semuanya baik baik sahaja. Aku disini, semuanya baik walaupun kadang kala banyak dugaan & rintangan yg menimpa. Tetapi, apakan daya. Hidup harus diteruskan :) Pertama sekali, maafkan segala kekhilafan diri ini wahai sahabat. Aku tau, aku bukanlah seorang sahabat yg baik malah sempurna krn aku tau aku takkan pernah dapat jadi yg terbaik. Aku selalu sakitkan hati korang semua. Aku tak pernah jaga hati korang kan? Aku sedar tu semua :') 

Korang....

Andai korang tau betapa aku rindukan korang semua, rindukan kita yang dulu....haih. Jujurnya, aku tidak pandai untuk meluahkan melalui kata kata. Tetapi, aku hanya mampu meluahkannya melalui menaip. Kini, aku tau bagaimana hidup tanpa korang bertiga. Sorang sorang. Walaupun aku bergelak tawa, tapi hakikatnya hati aku kosong. Aku taktau sama ada aku ada kawan ataupun tidak. Atau mungkin, hidup aku memang ditakdirkan untuk seorang diri. Entahlah weh..

Aku post semua benda ni, bukan untuk meraih simpati daripada sesiapapun. Cuma, kenyataan aku rindukan korang semua. Aku harap korang semua tau walaupun aku taktau sama ada korang pun rasa apa yg aku rasa ni..sampai disini sahaja coretan ini. Semoga kita bertemu lagi dikemudian hari. InsyaAllah :)

Friday, 12 October 2012

Al-kisah sewaktu Fatimah r.a meninggal dunia.

KUBUR BERKATA-KATA

Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w."

Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.


Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing."
Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah s.w.t. dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."

Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.

Copy dari Dakwah & Islah

Friday, 5 October 2012

Cinta sampai syurga..



"Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu …solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?
Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk.
Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.
“abang dengar tak?”. Macam cakap dengan laptop tu je. “hm,saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam mana ayat tu keluar. Huh,surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya. “saya ikut. Jap saya siap.” Si isteri telah pun hilang di pandangan mata. Aiman tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau.? “abang, dah siap.” Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik! “abang..?” Aiman tersedar. “jom.” Kunci kereta di atas meja di capai. “saya bawa kereta awak, tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu. Syahirah senyum. “harta saya harta abang juga.” Aiman hanya mengangguk. Dalam kereta – hanya dengar radio – hot fm refleksi.
Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni. “abang,surau belok kiri tu.” Aiman hanya diam. Malu. Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit. Aduh,mana bawak kopiah ke? Songkok ke? “err,Ira..” Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar. “ya?” “okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?” Syahirah senyum. “jangan risau yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni.” Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama. “jom.” Ajak Syahirah. “hmm.” Enjin kereta di matikan.
Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat. “solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.” Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca. “saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba.” Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!’ Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong.
Berubah? Teringat juga dia amaran abang iparnya. “aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia menangis.” Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya. “..ingat! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau tu . aku dapat tahu. Aku terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?” Aiman hanya mengangguk. Huh,garang! Syahirah memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya. “cuba teka ini siapa?” kata Syahirah dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki. Aiman yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir apabila mendengar suara Syahirah. “hmmm, Tom Cruise..” main-main Aiman. “salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!” Aiman ketawa. “hm,Hj. Amran.” Syahirah pula ketawa. “salah! Hj.Amran dekat Johor.” “ha! Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut dahi. “Syah mana?” “Syahirah.” Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya.
Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam. Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je ‘masuk’. “abang buat apa?” “tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah..” “tanya apa?” “er..kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya?” “sebab Allah.” Aiman diam sebentar. “tak faham.” “saya buat solat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.” Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yang hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba.
Seminggu berlalu…. “Abang,saya tak reti masak” kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut juga Aiman.Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya. “lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu!” Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam hati Aiman. “macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu. Aiman menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas ni kita sama-sama belajar masak.”
“maaf ya abang..” Aiman senyum. “tak apa.” Aiman keluar dari dapur. Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman masuk dengan membawa laptop. “abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?” “belajar masak guna internet.” Aiman senyum dan mengangkat kening. Syahirah senyum. “huish masin.” Komen Syahirah. Aiman mengambil gulai di hadapan isterinya itu. “abangkan yang masak ni.” Kata Syahirah lagi. Aiman rasa dan ketawa. “okay lah ni. ha,awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa-apa..” komen Aiman pula. “okay apa..” “is okay. Gulai itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.” “boleh ke macam itu?” “boleh je.” “okay..” “dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau.” Aiman langsung tak sedar apa yang dia cakap.
Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya? Huh,sejak bila jadi geng surau ni. Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah ! “ustaz.” Panggil Aiman pada insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib itu. Ustaz itu menoleh. “ya?” “saya nak…” “nak apa?” Aiman malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan. “anak nak apa?” “saya nak belajar agama.” Terluah juga. Ustaz itu senyum. “mari.” Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta.
Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur. “ustaz kenalkan isteri saya.” Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum dan mengangguk. “baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.” Aiman sentak. Walau apapun senyum paksa di beri. “Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Aiman ni.” kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam. “Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia hingga ke syurga.” “terima kasih ustaz.” Aiman bersuara. Ustaz itu menepuk bahu Aiman. “baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan Aiman serentak. Aiman duduk di birai katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi. “lamanya abang pergi..” Aiman tersedar. “hmm,seminggu je.” Ya,dia kata dengan Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin.
Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.! “seminggu tu lama tauu..” lirih Syahirah. “pejam celik- pejam celik sekejap je tu..” “kalau pejam tak celik- celik?” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya itu. Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman memandang Syahirah. “apa awak cakap ni..” lembut dan ada nada risau di situ. Syahirah ketawa halus. “gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap.” Aiman diam. “tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas.” Isterinya tarik muncung. “tak mau lah, nanti kurang pahala.”
Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya Allah… banyaknya dosa hamba. Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya. Salam berbalas. “awak sihat?” Aiman duduk di tangga surau papan itu. Syahirah bersuara riang. “Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call? Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau? ” Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri. “..ha, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana?” tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak. “..saya tahu,saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya..” air mata Syahirah mengalir. Aiman terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan. “awak nangis ke?” Diam lagi. “awak, saya…” Syahirah memintas. “tak apa. Saya faham.” Air matanya di seka. “ abang sihat tak?” “Alhamdulillah sihat.” Diam. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah.
Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman ketawa. “next?” “..kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajut..” Aiman hanya mengangguk. “lagi?” “..selalu beristigfar” “okay. Lagi?” “..ingat Allah dalam setiap perbuatan.” “alright, next?” “sentiasa berselawat.” “okay.” “abang ni last.” “apa dia tu?” soal Aiman lembut. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Aiman senyap sekejap. “sure.” Dari jauh Aiman telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi Aiman mengheret bagasi berodanya. Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman. “Assalammualaikum,awak.” Sapa Aiman. “waalaikumsalam,abang.” Nada ceria. Syahirah bersalaman dengan Aiman. Terpegun juga dia melihat Aiman yang hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack serta berkopiah (mungkin Aiman tak perasan).
Wajah Aiman seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan isterinya memerhatikannya. “er,,awak pandang apa?” Syahirah tersentak. “eh, tak.. abang nampak lain.” “apa yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di kepalanya. “oh..” jawab Aiman dan menarik kopiahnya. “jom masuk.” Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman telah pun duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih.
Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah rasa selesa dan tenang. “abang nah..” lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya. Aiman menyambut. “thanks.” “abang, nak tahu tak?”dia duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk di sofa itu. “hmm?” Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang macam budak-budak. “ada sinetron baru tau.” Berkerut dahi Aiman. “oh, apa benda tu?” “apalah abang ni. itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya cinta fitri.” “oh..” gelas di letak di atas meja. “kenapa dengan cerita tu?” “best.” Syahirah senyum hingga nampak lesung pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman masih lagi melayan. “ apa yang best?” “lagu.” Ek.. “oh.. jalan cerita tak best.?” sungguh, ini baru pertama kali dalam hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia. “best jugak tapi sedih.” “kenapa?” “entah. Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?” “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga.
Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. Inilah aku apa adanya Yang ingin membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak sempurna Sesempurna cintaku padamu “saya baru download tadi..” Syahirah senyum. Aiman turut senyum.
Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari seberang. Ini cintaku apa adanya Yang ingin selalu di sampingmu Ku tahu semua tiada yg sempurna Di bawah kolong langit ini “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” Jalan kita masih panjang Ku ingin kau selalu disini Biar cinta kita tumbuh harum mewangi Dan dunia menjadi saksinya Untuk apa kita membuang-buang waktu Dengan kata kata perpisahan Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari Aiman telah melatakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalam pelukkannya. Khusyuk melayan lagu.
Demi cinta kita aku akan menjaga Cinta kita yg telah kita bina Walau hari terus berganti hari lagi Cinta kita abadi selamanya… Aiman tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur. “eeerr.. awak…” Aiman cuba mengejutkan isterinya lagi. “awak…bangun. Dah azan Asar ni..” Syahirah bangun dengan mengosok matanya. “abang saya ABC la. Abang solat lah..” Aiman pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni. “awak, dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar.” Syahirah memandang Aiman.
“Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.” Aiman teragak-agak. “oh.. haa. Okay. Saya solat dulu.” Aiman telah pun bangun untuk menuju ke bilik. “abang.” Langkah Aiman mati. Dia menoleh. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Syahirah senyum dan gaya menadah tangan. “sure.” “abang,saya nak cari buku masak..” Aiman hanya mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg kertas barang yang dia beli dan Syahirah beli tadi. “..nanti jumpa abang dekat kaunter lah.” Kata Syahirah lagi dan terus berlalu. Aiman hanya senyum dan menghantar dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke buku-buku Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Aiman pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai buku itu.
“ada boleh saya bantu encik?” “hm, ada tafsir tak? Hmm.tafsir Al-Quran?” “maaf encik tiada stok.” Aiman senyum paksa. “okay. Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba, Syahirah datang. “ abang tak beli apa-apa?” “tak. Awak dah jumpa buku?” Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Aiman. “tadaaa… nanti kita try dekat rumah ok?” “okay.” Aiman membayar buku itu. Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai buku itu berbisik. “wah,romantiknya mereka!” “tahu tak apa. untungkan wanita itu dapat suami yang punya lah handsome dan baik!” “mana kau tahu baik?” “tadi dia nak beli tafsir Al-Quran.” “oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim je.” “sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack, isterinya just pakai baju kurung dengan tudung labuh. Baju dorang warna match. Jalan pegang tangan” “superb! Romantic!” “kan Allah S.W.T telah berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26) “betul-betul.”
Aiman sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan. “abang..” sapa Syahirah manja. Aiman senyum. “kenapa?” “nah..” Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman. Aiman mengambil dan berfikir. “birthday saya rasanya belum lagi..” “abang buka lah dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.” Syahirah nampak penat. Mana tidaknya sehari suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu. “subhanaALLAH, tafsir Al-Quran..” terasa macam nak mengalir air mata Aiman. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Aiman turn off laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan. Setelah selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat Syahirah sudah lena tidur.
Mungkin penat sangat. Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar di lipat. Aiman menuju ke tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu. sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh manis. “Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap.
Selepas pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau melenting. “kamu dengar tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman. “abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil..” Dato Rahimi memandang sinis anaknya. “bukan kamu joli kan semua duit tu?” “Abah..” “dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni! “ Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu. “abah, saya tak da duit banyak tu.” “abah tak peduli. Kamu buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu. Terduduk Aiman. Ya Allah… tiba-tiba telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon. “Assalammualaikum.” Lemah Aiman menjawab. “waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik rumah kau sekarang.!” “er, kenapa along?” “kau balik je!” Tersentap Aiman tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya?
Aiman mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. Laju Aiman memandu kereta isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia. “Along.. tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” rayu Syahirah. “eh, kau diam lah dik..” Aiman melangkah masuk ke rumah. “Assalammualaikum.” “hah, sampai pun kau..” Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik kembali tangannya. “kenapa along?” “aku nak bawak Syahirah balik..” Sentap Aiman mendengar. Matanya memandang Syahirah yang telah pun berair mata. “..ta..tapi kenapa?” “kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku dengar syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak Aiman dengar. “along tak boleh buat macam ni..” “apa tak bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah berubah rupanya hampeh je.” “along,kenapa along cakap macam tu?” Syahirah yang tadi berair mata membela Aiman. “kau diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” Syahir menarik tangan Syahirah.
Syahirah sedaya upaya menarik kembali tangannya. “saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!” “hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati kebulur.!” Marah Syahir lagi. Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang masalah isterinya pula. Betul juga apa yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang kali ini dia muflis tersangat! “abang..tolong…” sayu Syahirah meminta pertolongan Aiman. “saya izin..” sebak. “..saya izinkan awak balik.” Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Aiman jatuh juga. Mata di pejam. “abang….” Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman yang membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU…
Aiman baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu sunyi. Memang dia tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bil nya. Sedang dia termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus button hijau di tekan tanpa melihat nama pemanggil. Aiman terkejut mendengar esakkan di talian itu. “awak..” Esakkan itu masih lagi berbunyi. “Ira..awak..” “sampai.. sampai hati abang..” Aiman senyap. “saya buat macam ni agar awak senang…” “tak ada istilah senang kalau saya kene tinggalkan abang sorang- sorang lalui kepayahan.” “awak tak faham..” sayu Aiman jawab. Suara serak Syahirah berbicara lagi. “abang… biarlah susah senang kita bersama.” Aiman senyap. “abang,tolong lah abang. Saya nak jadi isteri yang solehah.” Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu dengan kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi Syahirah tidak. “abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat ni..” “sayang tak perlu rasa bersalah.” Terdiam Syahirah. Ya Allah…. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) Aiman beristigfar. Mata di pejamkan seketika. “sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya kalimah abang itu terluah juga. “abang, tolonglah. Saya nak berada di samping abang saat susah dan senang.” “tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along dan semua orang.” “abang, along hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali.…” Aiman hanya diam. “istikharahlah abang, minta petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.” Syahirah dah tak sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik nafasnya. YA ALLAH…… lagu untuk entry ini, click lah =)
Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yang haram. 3) Merendahkan diri. Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian yang menimpanya. Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
“Assalammualaikum..” Aiman menoleh. “waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum. “baca artikel apa itu?” “Nasihat Rasulullah pada Ali.” “oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?” Aiman senyum. “tenang duduk dekat masjid ni.” “dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman sentap. “hm,dia balik kampung.” “oh..eh, ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu.” Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu. Tangannya menyelak muka surat pertama. Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya…. Terkedu Aiman. Ya Allah… Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan isterinya. Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat dia rasa. Urusan syarikat pula berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah, dulu banyak kali abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu… sekarang lain…
Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah.
Aiman membaca message itu dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to voice dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms). Comel je isterinya itu merajuk.
Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman
Lepas beberapa minit.
Syarikat abang dah okay? – Syahirah.
Doakanlah ada projek yang masuk. – Aiman
Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah.
Aiman senyum membaca message itu. insyaALLAH. – Aiman.
“Assalammualaikum, abi.” Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran. “waalaikumsalam. Aiman, kenapa ni?” nada risau. “abi,saya… saya..” tak terluah oleh kata-kata. “Aiman, abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada hantar satu video. Kamu hayati dan kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya Aiman.” “terima kasih abi.” Selepas salam berbalas. Talian di matikan. Syukur,abinya seorang yang memahami. Aiman membuka emailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah university terkemuka di tanah air. Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya Syahirah itu hidup melarat. Matanya tertala pada email versi video itu. kamu hayati dan kamu renung2kan lah. Kesian, abi tengok Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi saat melihat video itu. Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Astarfiruallahalazim. Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam rumah abinya tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka. “abang please.. jangan tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah. Aiman yang terkedu itu mengesat air mata Syahirah. “shhtt, abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya.” mata mereka bertentangan. Syahirah mengangguk dan memandang abi dan uminya. “jaga dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj. Amran. “terima kasih abi, umi..” sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat nasihat abinya itu. Mujur alongnya ada conference dekat Seoul,Korea. Tak perlu dia berdebat dengan alongnya itu. Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini. “kami balik dulu abi, umi.” Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di turuti Syahirah. “Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” “saya sayang abang.” Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta perjalanan untuk pulang ke rumah. Aiman yang tengah memandu itu senyum. “saya pun sayang awak juga.” Syahirah senyum senang. “Ira…” panggil Aiman. “ya?” Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu. Aiman diam sekejap. “thanks.” “thanks untuk apa?” “sebab awak saya dah banyak berubah.” Syahirah ketawa kecil. “bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk pintu hati abang.” “tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni, abang tak berubah..” kata Aiman. Syahirah senyum. “saya hanya pengantara je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz.” Aiman mengangguk dengan mata yang masih lagi focus memandu. “thanks lagi sekali.” Dahi Syahirah berkerut. “untuk apa pula?” “settlekan bil-bil syarikat tu..” “kita suami isteri kene saling membantu.” “mana Ira dapat wang banyak macam itu?” Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah hatinya yang dia rahsiakan daripada abi,umi dan along . Dia bersyukur Allah beri penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan Allah yang tahu derita bahagia ini. Aiman memandang Syahirah sekilas.
“sayang..mana awak dapat wang banyak macam itu?” Syahirah terkelu. “hm,rezeki Allah.” “dari mana? Tak akan turun dari langit kot?” soal Aiman lembut. “abang, jom kita makan dekat restoran tu, lapar pula rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah retoran di sebelah kiri itu. Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta di belokkan. Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa. Tiba-tiba , Syahirah terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup mulut tadi. Aiman terus menerpa ke arahnya. “awak.” Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat darah itu. Syahirah senyum. “biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak tu.” “kita pergi klinik.” Syahirah dah pening. “tak apa. Ni panas ni. Dah biasa.” “no… nampak serious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang duduk di kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan yang di buat-buat. “abang ni, panas je lah ni. saya nak pergi toilet jap.” Sedaya upaya Syahirah cuba melangkah. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman tak tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu. Sebak tiba-tiba hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja. “abang, bangun..” Syahirah menggerakkan Aiman di sebelahnya. “..Encik Aiman, bangun..” kejut Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat Syahirah menggerakkan Aiman lagi. “abang….abang.. bangun…” Aiman membuka matanya perlahan-lahan. “hmm, kenapa sayang?” “abang,jom buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullai berjemaah.” Aiman duduk menghadap Syahirah. “dah pukul berapa?” “hmm, 4.30 pagi.” “jom.” Ajak Aiman. Kini, dia telah yakin untuk menjadi imam tidak sia-sia dia ke pondok agama hari itu. “..sayang ambil wudhuk dulu..” “okay.”
Sebelum turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga Aiman. “mimpi ke reliti ni?” seloroh Aiman dan memegang pipinya yang di cium tadi. Syahirah hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air. Selesai berqiamullai dan membaca doa Aiman bersalaman dengan Syahirah. “abang,saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang.” Seperti biasa Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas solat. “..halalkan semua makan minum.” Aiman menarik Syahirah dalam pelukkannya. “abang pun nak minta maaf tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga semuanya ya.” dahi isterinya di cium. “Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang soleh.” Kata Syahirah dan senyum. Aiman hanya senyum. “hm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?” Syahirah geleng. “boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah je. Letihlah.” Aiman mengangguk. “oklah. Nanti abang belikan sarapan.” “okay, saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum. “sayang awak juga.” Aiman memasukkan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman keluar dari kereta.
PRRRANGGGGG!!!!!!!! Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke rumah. Aiman ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari ke dapur. Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya. “Sayang !!!!” jerit Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam dengan pisau. Aiman cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada orang telah menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia yang membuatkan Aiman tidak bernafas dan pengsan.
**********
Aiman terpisat-pisat bangun. Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang yang hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah. “sayang..” Aiman memangku Syahirah yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau. Aiman mencampakkan pisau itu. “ha, ini tuan yang membunuhnya!” terkejut Aiman tatkala anggota polis masuk ke dalam rumahnya. “bukan saya.” “dah bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa.” Tangan Aiman bergari. “bukan saya!..” Aiman terkejut melihat abahnya juga turut di disitu. “Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota polis itu membawa Aiman keluar rumah. Abahnya hanya menggeleng dengan air mata berlinangan. “kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni…” sayu abahnya berbicara. “bukan Aiman bah!!” Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar rumahnya. Aiman memandang abi,umi dan alongnya. “abi, bukan saya, umi!!” meronta-ronta Aiman. “sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!” herdik abang iparnya yang mata merah mungkin sebab menangis. Aiman cuba meronta. “bukan saya! Abi!! Umi!! Percaya saya..” “cepat bawa dia!” arah alongnya. Ya Allah dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata Aiman jatuh tika pandangan rumahnya makin hilang. Sayang… Bantu hamba Ya Allah……… Haji Amran melawat menantunya di penjara. “abi..percayalah saya..” Haji Amran senyum. “sabar Aiman, kebenaran akan terungkap, bersabarlah..” “abi, macam mana keadaan Syahirah?” Haji Amran senyap. Air matanya bergenang.
Sebak dadanya. “abi kenapa dengan isteri saya?” Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa. “bersabarlah Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya.” Haji Amran bangun dari kerusi itu. “abi,jawab saya abi. Syahirah macam mana?” mengalir air mata Aiman tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan. “abi,kene pergi dah ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum.” Haji Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut Aiman mendengar kata-kata abinya itu. Ya Allah, hamba tak kuat….. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) “Encik,saya nak sejadah dan tafsir Al-Quran..” kata Aiman pada warden yang menjaganya itu. Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu. warden-warden di ditu berlembut dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU melindungi aku. Aiman membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca Al-Quran. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Air matanya terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu dengan air matanya. Allah…
Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..
“Alhamdulillah.” Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum melihat wajah menantunya itu. “bebas juga saya abi..” kata Aiman. “Alhamdulillah, Allah tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang menemui kain yang menerkup kamu itu dan dompet perompak yang tercicir itu.” Aiman senyum. Terima kasih Ya Allah. “abi,jom jumpa Syahirah.” Bicara Aiman ceria. Haji Amran tersentak. Dia hanya mengangguk. Aiman duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman hanya senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia tak bertemu. Haji Amran berhenti di hospital.
Aiman terkejut. “abi, kenapa di sini?” “turun dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran. Aiman hanya menuruti. Sewaktu tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk menangis. Dia nampak uminya tengah menangis. Dia nampak doctor. Perlahan Aiman melangkah ke arah bilik itu. “maaf, dia tak dapat di selamatkan.” Lemah lutut Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil itu. “barah hatinya dah kriktikal, effect. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah.” Kaki Aiman hampir di tepi katil itu. Ya Allah… Air matanya cuba di tahan. Sakit! Dia lihat Syahirah baring tenang di atas katil itu. Aiman mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan di kucup dahi isterinya lembut. Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya ujian ni.. “TAK!!!!!” jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis. Haji Amran menenangkan menantunya itu. “sabar Aiman…bawa mengucap.” “bukan Ira abi..bukan dia…” tangis Aiman. Haji Amran mengusap bahu Aiman. “dah di tentukan ajalnya..” sebak Haji Amran.
“tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu. Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah. Syahirah………. Air mata lelakinya deras mengalir. video cinta kita – click sini =) “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” kenapa harus begini…..
Aiman menutup buku agama yang di bacanya itu. Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya di gosok. Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke reality. Abah dan abinya puas meredhakan hatinya. Puas mereka menghantarnya berubat. Waktu itu, hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa sedihnya dia kehilangan orang yang di sayangi dalam sekelip mata. Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak pernah dia lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya. Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya. Aiman turun dari katil dan keluar dari biliknya. Kini, dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa mereka. “Aiman, nak pergi mana?” Dia senyum. “ma..” Aiman menghampiri mamanya dan di cium tangan wanita itu. “nak keluar.” “pergi mana malam-malam ni?” soal abahnya pula. Aiman bersalaman dengan abahnya pula. “hm, pergi masjid. Aiman pergi dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.”
Aiman meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk. Aiman melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat yang lain. Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula. “Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki separuh umur. Aiman memberhentikan bacaannya. “waalaikumsalam.” “anak musafir ke? Dah lewat malam ni.” Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah malam. “saya ingat nak tidur sinilah pak cik.” “oh, kalau begitu pak cik balik dulu lah ya.” Aiman mengangguk. Setelah hampir satu juzuk Aiman baca matanya sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman membaringkan badannya. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman menadah tangannya untuk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia. Air mata Aiman mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di lelapkan. Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang. Sayang. Aiman bangun. Dia menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap bertelekung. “sayang..” Aiman menggenggam tangan Syahirah. “jangan tinggal abang lagi.” Tangan itu di kucup. Syahirah hanya senyum dan menarik tangan Aiman agar mengikutinya. Lemah lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu. Cepat mereka bergegas ke masjid yang di katakan pemanggil itu. “tu lah Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal. Dia kata nak tidur masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin tiba.” Sebak Dato Rahimi mendengar. “terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang check nadi dia. Dia menemui Ilahi.” Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. Ya Allah, semoga roh anak kandung dan menantunya di bawah rahmat-MU. Al-Fatihah.
Assalammualaikum – alhamdulillah tamat juga. Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua benda kita boleh dapat. Apa yang kita rancang terkadang tak sama dengan apa yang kita akan dapat. Untuk kisah ini, bagi Aiman satu pengakhiran yang baik sebab dia sempat mendekati dirinya dengan ALLAH, dia juga dalam keadaan yang bersih. Bagi kita? wallahualam, hidup mati ini tak tentu bila tapi ingatlah. Ianya pasti. Permulaan hidup kita sangat indah di azan atau di iqamatkan. Ayat pertama yang kita dengar. Alangkah indahnya jikalau akhir hayat kita juga di akhiri dengan kalimah yang indah. Mari kita berusaha menjadi hamba yang baik. Ingat mati itu pasti syurga atau neraka yang menanti. wallahua’lam…"

Thursday, 13 September 2012

Selamat hari lahir sahabatku,




Dengan lafaz bismillahirahmanirahim,

Assalamualaikum semua, lama rasanya tak update. Bosan. Takda idea. Malas. Um, minggu ni busy dengan hiasan kelas sempena hari kemerdekaan. Okay, kembali kepada tajuk asal. "Selamat hari lahir sahabatku.." Hari lahir siapa? Hari lahir yang ke-16 Aizzanum Roshayaty bt. Ahmad Mubarak :) Dia sekarang dkt SMS Banting. Jadi, memandangkan harini budak budak asrama balik sempena cuti hari Malaysia, aku luangkan masa utk update blog ni utk ucapkan dkt dia :)

Aizza, sorry kalau aku lambat wish. Aku wish pun dekat blog je. Sorry sangat sangat sebab tkdapat nk celebrate birthday kau mcm dua tahun lepas. Rindukan saat itu. Rindukan gelak tawa kita berempat. Rindukan kenangan kita berempat. Rindukan korang...ok stop. So, HAPPY BIRTHDAY AIZZA! Ada jodoh, kita jumpa okay? Aku rindukan kau, sopie, zatie. Aku sentiasa menanti kepulangan korang :') Aku harap kau sentiasa kuat & tabah menghadapi segala dugaan yang diberiNya. Sebab, aku tau kawan aku sorang ni kuat walaupun drpd segi fizikalnya, kecil :) Haha. Semoga senyumanmu sentiasa menghiasi bibirmu bukannya airmata yang membasahi pipi lagi :)

Nak cakap apa lagi eh? Um, take care. Love & miss you guys X Assalamualaikum :)


Friday, 24 August 2012

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA YANG MENNGENALI DIRI INI :) 


Tuesday, 26 June 2012

Setahun sudah berlalu. Al-fatihah.

"Setiap makhluk yang bernyawa di atas muka bumi ini, pasti akan merasa saat kematian. Cuma yang berbeza, bila dan dimana."


Setahun sudah berlalu, setahun sudah peristiwa itu berlalu. Masih lagi aku ingat disaat kami sekeluarga mendapat panggilan daripada salah seorang saudara kami memberitahu mengenai berita tentang pemergian arwah Pak lang aku. Masih lagi aku ingat betapa sayunya hati aku pada ketika itu tatkala melihat wajah bapak aku. Dia hanya mampu terdiam dan meneruskan perjalanan pulang terus ke kampung halaman, Sg. Bakap, Penang. Suasana didalam kereta disaat itu begitu sunyi. Hanya lagu dari radio sahaja yang berkumandang.


Aku turut bersedih dan melayan perasaan pada ketika itu. Namun, tidak pula airmata ini menitis menyembah ke bumi. Mungkin kerana aku takut, takut andai setitis airmataku jatuh, aku tidak akan pernah berhenti. Ya Allah, aku taknak roh arwah Paklang terseksa disebabkan hanya setitis airmataku. Tidak sesekali aku inginkan. 


Disaat itu juga, hati aku tidak berapa tenang. Aku takut, aku takut andai aku sampai ke rumahnya, aku lihat jenazahnya yang terkaku dibaluti dengan kain putih, aku tak kuat. Ye, aku tak kuat utk berhadapan dan menghadapinya. Sungguh. Disaat aku ingin melangkah masuk ke dalam rumahnya, kaki ku terasa lemah longlai. Mengumpul segala kekuatan didalam diri utk menjejakkan kaki masuk sambil menahan "empangan" airmata drpd pecah lalu jatuh dengan begitu derasnya.


Aku nampak. Aku nampak jasad arwah terbaring terkaku dibaluti dengan kain putih di dalam sebuah bilik yang sering menjadi tempat tidur kami tatkala bertandang ke rumahnya. Kini tiada lagi gurau senda drpd arwah. Kini tiada lagi senyuman darinya. Betapa aku rindukan semua itu. Aku sedih tengok bapak aku, act sebenarnya sehari sebelum arwah meninggal dunia, bapak aku bercadang nak balik kampung, melawat arwah dekat hospital. Dan sebelum arwah meninggal juga, arwah telah menyatakan hasratnya utk berjumpa dengan bapak aku. Kiranya macam tak kesampaian hajat terakhir arwah. K sedih gila.


Aku akui, walaupun kami tidaklah sebegitu rapat. Namun hakikatnya aku rindukan arwah, aku yakin dan memang yakin bahawa dia seorang pkcik apatah lagi abang yang sangat hebat dan penyanyang. Buktinya, arwah pernah menjaga segala kebajikan bapak aku ketika bapak aku masih lg dibangku sekolah dan arwah tokwan aku telahpun meninggalkan dunia ini. Memandangkan bapak aku juga merupakan anak bongsu dalam keluarga. Betapa besar pengorbanan arwah sebagai seorang abang. 




Walau apapun, juju sentiasa doakan kesejahteraan arwah paklang di sana. Semoga arwah paklang sentiasa dicucuri rahmatNya dan ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman. Amin. Al-fatihah buat arwah Hj. Zainon b. Yaakob ( 26 Jun 2011 ) :')

Wednesday, 9 May 2012

Beribu bintang di langit...

*cough**cough* Test mic 123....

Beribu bintang dilangit, kini menghilang~~ Ewah. Hahaha

Lagu Kau Ilhmanku nyanyian Manbai membawa seribu satu makna dalam hidupku since 4 tahun yang lepas. Idk why. Tapi, bila aku dengar 'someone' tu nyanyi lagu ni...and suddenly, Ya Allah....*melting* Rindu saat tu. Rindu nak tengok dia mcm dulu. Rindu nak tengok dia nyanyi dekat atas pentas.

Aku ingat lagi, first day aku masuk form 1. Aku nampak dia. Ya Allah...k seriously cair okay. Mana-mana perempuan tengok pun akan cair. WIth his face..makes us fall down. His smiled makes us forget about others. Seriously. Bermula sejak dari hari tu...aku mula teringatkan dia. Aku selalu curi-curi tengok dia dekat sekolah. 

Tklama lepas tu.....aku dapat tau dia ada suka dgn someone. K patah sejuta hatikuu~~ </3 Cewah tkda ah patah mana pun. Kecewa sikit tu adalah~ Hahaha. K serious aku jealous jugak waktu. Tp, bila difikirkan balik..Kenapa aku perlu cemburukan dia sedangkan dia bukan milik aku? Stupid? Yeah~ I'm form 1 students on that moment.. No wonder. Hahahaha k.
Aku ingat lagi dulu, aku suka kacau dia dengan surat-surat aku. Hahaha, k bila ingat balik malu k -___-' Aku ingat lagi waktu third day PMR. Waktu tu, petang ada paper Sejarah. K pagi tu exam apa ntah aku dah lupa, aku pergi sekolah balik..jalan lenggang kangkung~ then jalan jalan. Tetiba terserempak dgn dia. Dia baru balik sekolah maybe.

Dia tengah betulkan tali kasut dia waktu tu.. Mula-mula dalam hati aku *err, buat tknmpk je ah* Padahal dlm hati *Ya Allah...* Serious berdebar gila k. Sekali dia nampak aku, dia tegur aku dulu....k tksangka. Haha, dia tanya 'Ada paper ke?' Aku ; Ada, paper Sejarah. Him ; Oh...goodluck :) Me ; Thanks...*senyum spnjg jalan* K serious waktu tu, Allah swt je yang tau apa yang aku rasa. Berdebar. Tangan sejuk. Semua ada. Alahai~ Haha.Kalau dulu, first day sekolah, dia lah orang first yang aku akan cari. Muka dialah yang aku nak tengok first sekali...Tapi, sekarang semua tu takkan berlaku lagi. Dia dh habis *cough**cough* K tkda pape :B Haha. Heh, I already have my love on in my life. Amirul Husaini bin Mazli :) I wish I'll be last longer with him. Amin..Yang pasti, semua kenangan tu takkan pernah aku lupakan. Forever, unless I've lost my memories..


Mesti korang tertanya-tanya kan siapa dia? BIarlah rahsiaaaaaa~ *pasang kaset Dato' Siti* Sesiapa yang tau....aip!! DIam-diam sudah *letak jari telunjuk dkt bibir* Hehehe. Okay. Itu semua cerita lama okay. Apa yang penting skrg, doakan supaya aku dgn Amirul bertahan lama :) Amin..

Saturday, 5 May 2012

Happy Birthday Sofia Adila ♥


( Sofia Adila with Aminuddin Hasnan )

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakhatu! Hehehe,


Ok semua, harini tknk post emo-emo bagai. Harini kita kena happy, happy bagai. Hahaha k mula merepek. Em em, seperti umum ketahui...harini bersamaan 6 Mei 2012. Adalah merupakan harijadi salah seorang daripada bestfriend aku. Siapakah dia? Alahai, siapa yang taktau tu....dia buta. Yelah, sudah terang lagi disuluh *pepatah Fikri* aku ada tulis nama dia dekat atas tu!! Sila buka mata anda dengan lagi besar okay O.O kalau yang sepet tu......tktau ah kan mcmne. HIhihi.


Okay, Sofia Adila bt. Aminudin merupakan bestfriend aku since darjah 3. Actually, dari darjah 1 lagi dah sama kelas. Tapi, since darjah 3 baru kiteorg rapat. Duduk sama-sama dekat dalam kelas. Sebab apa? Sebab kiteorg telah tercampak ke kelas 3 Mawar. Sebab kelas tu baru dibuka. So cikgu dgn 'baik hati' nya menukarkan kami ke kelas tersebut eventhough itu kelas terakhir. -____- Hahah k.


Sejak dari darjah 1 sampai lah form 4 ni....kiteorg duduk dalam kelas yang sama. Gelak sama-sama. Nangis sesama. Semua sama-sama lah..Dia sentiasa ada buat aku. Ajar aku dalam matapelajaran yang aku lemah especially in Mathematics.....omg. Hahaha. I know her very well. I know her attitude. I know her wether she's in happy or sad. And I can't ever imagine if she also go to residential school. Omg, I bet I must be lonely. 


SOFIA ADILA BT. AMINUDIN ; Happy 16th Birthday awak!! Hahaha k. Semoga kau sentiasa cemerlang dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Aku sayang kau, Eh?......hahaha. Semoga berbahagia disamping insan tersayang dan adik baru. Inan sayang gua. Haha. Kiss-kan Inan utk aku eh? Aku nak jumpa dia.....*tetiba* haha. K merepek dah ni. Ehm, semoga kau sentiasa happy walau dimana kau berada. Nanti dah kahwin jgn lupa jemput aku k? *tetiba lagi* haha. K ah, dah merepek -_______- Bye!! 

Thursday, 3 May 2012

Dear friends,



Dear friends, 


Dulu aku tak kenal apa itu erti persahabatan. Adakah persahabatan itu seperti cinta? Yang putus dan akhirnya tidak lagi berhubungan antara satu sama lain? Tapi, setelah awak, awak dan awak hadir dalam hidup aku beberapa tahun yang lepas..


Aku lebih mengenali apa itu ertinya sebuah persahabatan. Sahabat umpama kristal yang sangat cantik dan susah utk kita jumpa. Kerana nilai sebuah persahabatan yang sejati itu terlalu berharga. Tidak ternilai. Aku mula rapat dengan awak, awak dan awak bermula dari saat itu..


Hari-hari ku dipenuhi dengan gelak tawa, senyuman dan duka. Semuanya ada. Sungguh aku rindu saat itu. Sungguh aku inginkan saat itu untuk kita sama-sama laluinya semula. Sungguh aku berharap. Walaupun aku tau semua itu tidak mungkin akan berlaku. Di saat hati ini sentiasa dipenuhi dgn gelak tawa & kebahagiaan. Sorang daripada awak membawa berita kedukaan dan memedihkan hati. Walaupun aku tau itu semua adalah yang terbaik utkmu di masa depan..


Kita berjanji untuk tidak terputus hubungan begitu sahaja setelah engkau pergi berpindah ke sana. Kau bahagia disana, walaupun aku tau dalam hati kau tak bahagia. Walaupun aku tau senyuman yang terukir dibibir mu selama setahun itu hanya sekadar utk menenangkan hatimu yang duka. Engkau taknak orang sekeliling kau tau bahawa sesungguhnya kau lemah tanpa kami. Kau lemah utk teruskan hidup tanpa kami disisi.


Setahun berlalu...


Kini kau bahagia bersama mereka. Melihat gambar wajahmu yang tersenyum dengan mereka.. Aku tau kau sudah bahagia bersama mereka. Aku tau kau dapat menerima mereka dengan sepenuhnya dalam hidupmu kini. Walaupun begitu, aku juga tumpang bahagia buatmu. "Aku gembira bila tengok kawan-kawan aku gembira." Fakta.


Walaupun aku bersedih, jangan lah kawan aku yang bersedih. Aku tktahan tengok. Aku tkluahkan melalui kata, tapi aku menzahirkan melalui lirikan mata. *ayat tkboleh blah*  


Setahun berlalu juga...


Awak lagi sorang meninggalkan diri ini utk berpindah. Okay, amat sedih sangat. *broken malay* Jujur aku kata, aku sedih sangat-sangat bila dapat berita mengenai itu. Mata aku tkberhenti tengok apa yang kau text dekat aku pagi tu.. Sungguh cepat waktu berlalu. Sungguh cepat kenangan kita berempat berlalu.


Walau bagaimanapun, hidup ini harus diteruskan tanpa korang. Aku yakin korang boleh berjaya tanpa adanya aku disisi. Andai aku pergi suatu hari nanti...please don't miss my laugh, my voices, my 'mcmne-mcmne', my smiles too much. It'll be heartbreaking moment to see you guys like that. Aku tau korang mampu bangkit & bahagia tanpa aku...Aku sayang korang.

Monday, 30 April 2012

Langit tidak selalunya indah dan cerah..





Assalamualaikum warahmatullahiwabarakhatu.


Jawab salam tu dulu ye kawan-kawan semua. Ehem ehem. Testing 123....okay. Dipagi yang indah ni~ Eh wait, dah tengahari kan? Ah...so apa ku kisah? :p lol.


Berbalik kepada tajuk kita harini...


Andai dapatku undur masa, aku teringin sangat nak putarkan masa balik pada tahun 2010 dan juga 2011. Aku rindu kenangan pada masa tu. Sungguh aku cakap. Aku tk tipu. Aku rindu member aku. Aku rindu classmates aku yang dulu. Aku rindu bestfriends aku yang dulu....


Sopie, Aizza, Zatie, Maryam, Ummi, Atun, Dibah, Aishah, Sherah, Mubin, Amin, Syeran, Leena, Lydia, Zik, Izzat, Bella, Aqilah, Usha, Khairi, Haqim, Pia dan yang selebihnya..*aku tkberapa ingat* LOL. Serious aku rindu korang semua. Korang yang dulu. Aku rindu zaman form 1. 


Kita reramai satu kelas, duduk dekat belakang. Tutup langsir, tutup pintu depan dan belakang. Kita luahkan perasaan. Sampai nangis apa semua. Especially aku ah kan~ Hahaha k. Serious rindu waktu tu. Korang semua hadiah yang paling bermakna dalam hidup aku. Tanpa korang, hidup aku tak sebahagia ini. 


Tapi, bila lepas habis PMR. Kita semua mula berpisah. Sorang pergi sana, sorang pergi sini. Sungguh aku kata, aku terluka. Aku terluka dgn perpisahan ini. Tapi, orang selalu cakap "Jika adanya pertemuan, perpisahan itu suatu kepastian." Aku tau perpisahan itu amat menyakitkan. Ye, memang aku sendiri aku akui semua itu..


Tapi, kita ditakdirkan untuk bertemu, bersama dalam tempoh masa yang singkat. Akhirnya, kita berpisah dengan membawa haluan masing-masing. Kejayaan semakin menghapiri korang semua. Jadi, tolong jangan sia-siakan peluang yang korang ada ni. 


"Study smart don't study hard." Aku tau korang semua boleh. Sebab tu korang boleh hidup dalam dunia asrama. Andai satu hari kita bertemu kembali. Aku harap korang semua waktu tu tengah bahagia dgn hidup korang. Tengah bahagia  dgn kejayaan yg telah korang capai dan impikan selama ini.


Naik form 4, masuk tahun 2012. Semuanya berubah. Even aku rasa diri aku sendiri pun berubah. Terlalu cepat ini semua berlaku. Terlalu cepat semua ini berlalu..Tapi, aku tau ini semua ada hikmahnya. Sesungguhnya Allah swt adalah perancang yang terbaik untuk diri kita. Kita hanya mampu merancang, Allah swt yang menentukan segalanya.


Goodluck untuk masa depan korang semua, goodluck dalam menghadapi segala cabaran & rintangan yang bakal tiba pada masa hadapan. Jaga diri. Aku sayang korang semua. Aku rindu korang semua. Assalamualaikum..

Saturday, 28 April 2012

Our Friendship.


Assalamualaikum w.b.t and a very morning.


"I  think that most  of you have  your own bestfriend  right? As  all of you know that I have three bestfriends. Yes, three. They are  Sofia Adila bt. Aminudin , Aizzanum Roshayaty and Nurul Izzatie bt. Zulkifli. Most  of  you  know them since primary school.  But, our friendship started when we’ve  been  so closed since 2010. I know you’d realise how closed we’re when we’re together. Wherever we go,  whatever  that we do.  We  will  stay together. Walking, making fun and laugh together. For me , it’s the precious moment ever in my life. If only I could turn back to the past, I want that moment. The moment when four of us were together.

But  now, I don’t  think  that it would be come true.  Why? Ya , two of them are not here anymore.  There  only left me and Sofia. It’s the saddest moment when I have to say goodbye to them. It’s just like break my heart into the pieces. Eventhough I don’t cried infront of them, but in deep of my heart. It really hurt me. I cried a lot in my heart.  Nobody knows.  “You know someone is a true friend when, you’re about  to  break down and cry,  but they will say the stupidest, most of random thing just to you smile.” 
  
“Good friends are like stars. You don’t always see them,  but you know they’re always there.”
Since they  moved, our  life was not just liked before. Eventhough we’re apart away,  we still contact with each other.  Appreciate your bestfriend[s] or those who always  be with  you. Never be shy to say to them that you loved them and how much they mean in your life. Don’t ever regret if it’s too late to admitted."


Sebenarnya ini semua untuk Oral english aku. Tapi bila ditanya dkt cikgu. Cikgu tidak luluskan. So, aku buat lah post dekat blog ksygn aku ni. First of all, sorry sebab dah lama tk update blog. Lacking of ideas is the main factor. So sorry. 

Aku update ni pun bersebab. Sebab? Kawan aku, eh bestfriend aku nak masuk SBP Banting tklama lagi~ Bukan tklama lagi. This week. Terkejut? Aku pun...Aizzanum Roshayaty bt. Ahmad Mubarak. Rezeki dia telah tiba. Tkboleh nak buat apa. Lagipun itu adalah impian umi dan ayah dia. Nak lihat anaknya masuk ke asrama supaya masa depannya lebih terjamin.

Anyway, congrats Aizza sebab dapat tawaran utk SBP even lambat. Kau memang layak. And say congrats to Ben10 jugok :) Aku tau kau boleh sesuaikan diri kau dekat sana nanti. Aku tau kau kuat. Ini semua telah tertulis di Luh Mahfuz bahawa kau tetap akan pergi ke sana. Aku sbg kawan hang, tumpang gembira dgn semua ini.

Aku rindu kau. Eh.....k tetiba hahaha. Memang betul pun. Aku rindu kau, dah lama tkjumpa kan? Haih, tah bila nak jumpa lagi. Lepak sesama lagi, gelak sesama lagi...Apapun goodluck dekat sana nanti k? :-) Buat yang terbaik. Aku tau kau boleh. Lagi-lagi Ben10 dgn Nizan ada dgn kau.

Act, sebenarnya aku jealous juga bila dpt tau..bukan apa, sebab aku tkdpt nak further study dekat SMVKK. Korang pun tau kan mcmne impian aku bila tktercapai haritu? Setiap malam aku nangis..aku tkdpt terima waktu tu. Aku tktau kenapa. Mungkin sebab aku terlampau berharap kot? Ken..Tapi tkpalah. Aku redha. Takdir telah menentukan ini lah tempatku sehingga tamatnya aku tingkatan 5.

Maybe lepaih habis je form 5 aku akan keluar drpd SEPANG ni..Act aku dah tksanggup nak tinggal sini. Terlalu banyak kenangan pahit & manis. Aku pun rindukan Izzatie. Serious, tktipu. Aku rindu korang berdua. Selamanya. Aku takkan pernah dapat lupakan korang. Unless kalau aku hilang ingatan lah kan? :-) 

Okaylah dah panjang sesangat ni. Kang boring pulak korang nak baca~ Hahaha. K sampai sini je dulu.

Aizza, take care bila ada dekat sana nanti. Be strong. Jangan lupa contact kiteorg kay? SILA HAFAL NOMBOR GUA. Hahahah, yelah. Izzatie pun hafal nombor sopie je ;-( Sedih ai~ Wuwuwuwuu~ Haha kjk. Kalau nk balik rumah kiteorg pun apa salahnya :-) I'm gonna miss your blog, your tweets and even YOU. Likes seriously no joke. Tmau nangis-nangis tau bila ada dekat sana nanti? Jangan duk termenung pulak. Jangan lepaihkan peluang ni dgn sia-sia. Fikir masa depan. AKu tau kau boleh :-) Byebye!! Loveyou. Forever SAIZ. 

I PUT OUR MEMORIES PICTURE AS MY WALLPAPER PHONE, SO EVERYDAY I CAN SEE 

ALL OF YOU GUYS SMILED. I MISSED THAT MOMENT SO BAD. SERIOUS. I HOPE I CAN 

TURN THE TIME BACK, SO WE CAN HANG OUT, SMILED, LAUGHING TOGETHER JUST 

LIKE BEFORE AGAIN. BUT, I KNOW IT'LL BECOME TRUE. ONEDAY :) GOODLUCK GUYS. 

LOVEYOU.