Friday 4 July 2014

Tentang perasaan.

4 Julai 2014.

Perasaan;
seringkali dikaitkan dengan --
soal hati.
Jatuh hati.
Sakit hati.
Eh, suka hati.

Namun.

Mungkin,
salah sendiri --
memberi hati tanpa berhati-hati,
Makanya --
Dia tarik rasa itu pergi,
Akhirnya --
sendiri lelah & menyendiri.

Jatuh hati?
Bohong andai tidak pernah merasai.
Walau sekali.
Dalam hidup ini.

Jatuh hati bisa buat dikau --

Gembira.
Ketawa.
Bahagia.
 Tersenyum.

Jatuh hati juga bisa buat dikau --

Sedih.
Rebah.
Lemah.
Futur.

Pelbagai perasaan bercampur jadi satu.

Cuma,
satu pesan aku,
pesan jua untukku.

Walau apa jua keadaan sekalipun,
Jangan kau lupa pada Yang Maha Esa.

"Sesungguhnya, hati manusia ini bersifat bolak-balik,
hatta berdoalah kepadanya agar tidak dipalingkan dari jalanNya."

Janji Allah itu pasti,
kelak bahagia menanti,
InsyaAllah kita tidak terkecuali,
tetaplah senyum wahai hati.

"Senyum biarlah nampak gigi :p"

Satu pesanan
 yang akan ku kenang.
Meskipun,
terkadang tidak pantas.
Tidak layak.

Moga bahagia,
bersama dia.

Mungkin,
salah sendiri --
tidak jujur akan apa yang dirasai.

Mungkin,
salah sendiri,
mensiakan peluang yang diberi.

Tapi,
aku yakin.

"Janji Allah itu pasti."

Mungkin,
kelak kita kan bertemu.

Mungkin,
yang jauh lebih baik menanti.

Doaku,
moga kau tak lupa.
Kenang daku dalam doa.

Mungkin,
depa kata --
"dia suka awak sebab dia rasa awak bagi harapan pada dia."
"dia suka awak sebab awak layan dia baik."

Hakikatnya,
depa tak tahu --
satu kisah yang cuma hanya,
aku & Dia yang tahu.

Mungkin,
bukan sekarang waktunya untuk hgpa tahu,
Segala apa yang terbuku.

Mungkin,
kelak kan tiba masa yang sesuai.
Andai nyawa masih ada,
akan ku lerai.

Biarkan.
Lupakan.
Lepaskan.

Terima kasih,
kerana hadir meskipun seketika.

Terima kasih,
kerana bahagia itu ada walau sekejap.

Terima kasih,
kerana perkenalan antara kita tidak ternilai.

Doaku,
moga dikau bahagia walau bukan denganku.

Maafkan saya,
sahabat sekalian.

Aku redha.






p/s; mesti ko kata "eh banyak perkataan mungkin je dia ni,
nyampah lak hakoo." Haha kisah pula saya. Kbai.