Saturday 26 November 2011

" I Hate Luv Storys "

Heyhoihaii guys :> Hikhik. Selamat malam semua. Tengah buatpa huh ? Okayokay, aku tau korang mestilah tengah baca post aku yang sat lagi nak merapu meraban ni kankan ? Hahaa. K, aku dah mulakan -,- Ngehngeh :>

Okay, lets straight to Focus Point noh :p Nampak tak tajuk aku dekat atas tuh ? Huh ! Nampak maksudnya mata anda bagus, and kalau tak nampak, mata anda ada masalah yang sungguh serius. Pergi check dgan doktor pakar mata di hospital yang berhampiran dgan rumah anda sekarang ! Aicehh, promote doktor pakar mata lee pulok.

Mentang-mentanglah aku sendiri pung pakai spect. Hehe, maaf diatas kekalutan itu :> okayokay. Korang tengok tak cerita Hindustan petang tadi dekat TV3 ? Kalau tengok sure ! Korang tau kan apa tajuknya? Huh, ni lah tajuk cerita Hindustan pada hari ini :>

Ngengeh :> " I Hate Luv Storys." To be honest, yeap ! Hero dia...pergh ! Sungguh lah handsome double triple plus ! hehe. Nama sebenar hero tuh, Imran Khan. And and ! Muka dia kalau tengok dari sudut tepi, macam Aamir Khan lah. Ya Allah. #okay, aku tau aku agak over excited :p Muhehehe.


Cerita dia mengisahkan tentang seorang lelaki ( Jay ) yang tak percayakan akan kewujudan CINTA. Tetapi lastly, dia jatuh cinta juga pada seorang teman sekerjanya (  Simran ). Okay, perempuan tuh pun not bad. Cantik. Mula-mula perempuan tuh dah luahkan perasaan yang dia cintakan dekat Jay and pada masa yang sama dia sanggup utk tinggalkan tunang dia, Raj.

#Dasyatkan sampai sanggup tinggalkan tunang? Then, si Jay takpercaya dgn cinta. Diorg menjadi renggang. Dlm tempoh tu, baru lah si Jay sedar yang dia pun telah jatuh cinta dgan si Simran. Tapi, waktu tu Simran dh kembali semula pada Raj iaitu bekas tunangnya. Si Jay rasa macam dh putus asa gila bila Raj kata Simran dah setuju nak kahwin dgan dia. Apa yang dia buat semua serba tak kena.

Penatlah nak story telling balik uolls ! Hahaa. K lastly, diorg bersama. Simran tinggalkan tunang dia and pergi kepada Jay. " Keajaiban telah berlaku." "Sesuatu perkara yang paling aku takut, telah pun berlaku. Iaitu CINTA." Haha. Lebih kurang mcamnie lah dialog dalam cerita tuh. Kahkah. lol :p

Okay lah guys, nak tengok tak muka Imran Khan tu? Taknak tengok, boleh blah sekarang ! Nak tengok? Mai sini noh..Hehe, okay just kidding. Don't be so touching :> Ngehngeh. Meh sini aku nak tunjukkan marka ceq yang sungguh segak lagi menawan ini ;)

Tadaaa ! Hehee..


Imran Khan & Aamir Khan.
Aku rasa diorg ni, anak dgan bapak lah ~ Muka sama kankan ? :)


Imran Khan  ♥ He is shoo hot and sexy. Aww ;) haha.
Don't be jealousy AMIRUL HUSAINI BIN MAZLI :)


Thursday 24 November 2011

Pergi tak kembali..

Setiap makhluk yang bernyawa di atas muka bumi Allah swt ini pasti akan MATI. Kita sebagai seorang insan yang kerdil disampingNya pasti akan kembali pada Nya jua suatu hari nanti. Cuma, Allah swt shj yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.

Tarikh, masa, dimana kita berada utk kita kembali kepadaNya adalah merupakan rahsia Allah swt. Tiada siapa yang tahu. Hm, mesti korang tertanya-tanya kan kenapa aku berkata-kata seperti sedemikian? Korang nak cakap yang aku dah buang tebiat? Terpulang lah dekat korang.

Aku tak mampu untuk menghalang apa yang korang nak fikirkan. Aku juga hanyalah seorang hambaNya yang kerdil lagi lemah disampingNya.

Okay, bangun-bangun pagi tadi. Lepas mandi and dah siap pakai baju apa semua. Aku keluar bilik. Then, tetiba mak aku cakap dgan aku "guru besar sekolah rendah dah meninggal pagi tadi, cikgu Hani hantar SMS dekat mak pagi tadi."

And aku just like..meni"what ? baru semalam cakap pasai dia. Tau-tau, bangun pagi, dapat berita dia dah meninnggal." Urhm. Innalillah. Ya Allah, sesunggunya hanya Engkau yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.

Haritu, aku baru jeh nampak arwah sewaktu aku dgan mak bapak aku pergi ke sekolah rendah untuk mengambil duit bantuan kerajaan dan kebetulan pada hari sama, keputusan UPSR diumumkan. Aku nampak arwah tersenyum, tergelak seperti biasa.

Namun, disebalik itu. Hanya Allah swt shj yang tahu. Beliau meninggal pada jam 2 pagi tadi akibat mengalami komplikasi jantung. Aku sebagai BEKAS anak didik beliau ataupun BEKAS murid SK Taman Pantai Sepang Putra juga turut terasa atas kehilangan arwah.

Since aku darjah satu, arwah telah berkhidmat sebagai Guru Besar di sekolah tersebut sehinggalah saat ini. Ya Allah, sejujurnya aku masih lagi terkejut dengan perkhabaran itu. Urgh. Tapi, takda ape yang boleh halang. Allah swt lebih menyanyangi arwah.

FYI, esok genap 5 bulan arwah Paklang aku pergi meninggalkan dunia yang sibuk ini. Ya Allah, sungguh cepat masa itu berlalu pergi. Bagaikan takpercaya yang arwah juga telah tiada disini lagi :(  Haih. Hanya Allah swt shj yang tahu betapa aku rindukan arwah.

Setiap kali aku teringatkan arwah, pasti akan ada air hangat yang mengalir di pipi. Okay, aku tau dah lari drpd tajuk aku yang asal.

Al-Fatihah buat arwah Hj.Sanusi bin Mohd.Noor dan juga arwah Hj Zainon bin Yaakob. Semoga roh arwah akan dicucuri rahmat oleh-Nya. Dan semoga arwah -2 ditempatkan dikalangan orang-2 yang beriman. Aminn. Assalamualaikum.