Monday 1 December 2014

Jaga diri.



1 Disember 2014.

"Take care of yourself. Take care of your health. I dont want any bad things happen."
she said.

Jaga diri.
Jangan makan hati.
Yang hilang akang  berganti.
Bila aku pergi nanti.

Sakit.

"Kalau boleh biar aku pergi dulu."
she said.

"Then, how about me after you've gone? Is it fair for me seeing the one
that I love leaving me alone here?"
she replied.

Terkadang --

Dia kurniakan cahaya mentari,
agar kehidupan kita penuh dengan warna warni.

Gembira.
Gelak & tawa.

Terkadang --

Dia kurniakan pula ribut & hujan,
agar dijadikan pedoman & pengajaran.

Futur.
Rebah.
Lemah.

Hidup.
Tak selamanya diatas.

Ada masa,
kau teguh berdiri.
Di atas kaki sendiri.
Jangan pula kau lupa pada Ilahi.

Ada masa,
kau perlu seseorang disisi,
& menyendiri bersama Ilahi.
Luahkan segala perih hati.

Alhamdulillah.

Ujian itu tidak melemahkan,
hatta --
Ujian itu menguatkan.

Terima kasih mendoakan.
Senyum.


Tuesday 14 October 2014

Menunggu.

"Ku tetapkan menunggumu, walau apapun berlaku; ku tetapkan bersamamu, hanya waktu yang berlalu.."

Lagu kegemaran Medina berkumandang di radio. Diam seribu bahasa cuba untuk menghadam setiap bait ayat yang tersirat disebalik lagu tersebut.

Zalikha dan Rafisya yang baru sahaja pulang dari kolej memandang pelik terhadap Medina.

"Aku ingatkan takda orang tadi. Bagi salam tak berjawab, ketuk pintu tak berbalas. Rupanya tengah berangan minah sorang ni!" Ujar Zalikha sebaik saja melangkah masuk ke dalam bilik hostel mereka.

"He he he.. sorrylah Zalikha, Rafisya. Aku bukan sengaja buat tak dengar. Cuma terleka sat ja." Balas Medina.

"Haa! Dok teringat dekat marka lah tu." usik Rafisya yang sejak tadi cuma menjadi penonton setia.

"Uish, mana ada aih. Hang ni memandai ja." Bidas si Medina cuba untuk menafikanya. Akhirnya ketawa mereka meletus memeriahkan lagi suasana bilik mereka.

"Sebenarnya, aku masih tunggu dia. Dia yang pernah buat aku gembira, tersenyum dengan setiap gurau sendanya, bait katanya dan juga nasihatnya. I thought that I already had moved on; but I was wrong. Those feeling will never be fade away because even after years, I still feel the same. Moga awak dikurniakan kejayaan hatta kebahagiaan disamping insan yang awak sayang didunia mahupun diakhirat." Medina bermonolog didalam hatinya.

Terimbas kembali segala kenangan lalu. 

"Senyum. Teruskan langkah. Kalau benar dia ditakdirkan untuk kau, dia pasti akan kembali. Percaya akan qada' dan qadar Allah SWT, Medina. Perkara penting sekarang adalah kau perlu perbaiki diri sendiri. Mana tau "jodoh" kau juga tengah sibuk buat "persiapan diri" sebelum dipertemukan dengan kau. Who knows, right? Relaks, tak didunia kelak diakhirat akan dipertemukan kembali. Janji Allah itu pasti, sahabat."

Tiba-tiba Medina teringat kembali kata-kata yang pernah diucapkan Saffiya. Saffiya, seorang sahabat yang sering ada untuknya dikala bangun jatuh. Seorang sahabat yang tidak jemu memberinya kata-kata nasihat & semangat.

"Terima kasih awak atas segala memori."

Friday 8 August 2014

Selamanya.

"Am.." Ashriq menyapa Amir Ilham. Dia tersentak. 

"Yes, Ash?" Dia memandang wajah sahabatnya disebelah dengan penuh kasih sayang. Mereka merupakan kawan sejak kecil lagi. 

"Kalau aku pergi dulu, kau rindu tak?" soal Iman Ashriq menduga Amir Ilham.

Amir Ilham mula berasa pelik namun dia cuba menepis segala perkara negatif yang berlegar difikirannya. "Husnudzon, Am! Husnudzon. Astaghfirullah.."

"Rindu? Hm..tak kot hahaha" Am menjawab dalam nada gurauan.

"Oh okay. Okay lah Ash, aku mintak diri dulu. Dah lewat malam ni. Kang risau pulak mak aku dekat rumah. Aasif jiddan, moga sentiasa dibawah perlindunganNya. Assalamualaikum." Dia menghadiahkan sebuah senyuman kepada sahabatnya itu & berlalu pergi.

Jauh disudut hati Ashriq, dia berasa kecil hati namun dia cuma mendiamkan diri. Dia melangkah pergi meninggalkan Amir Ilham sendirian digelanggang futsal perumahan mereka.

***

Siapa menjangka bahawa itu senyuman terakhir darinya. Kini, dia telah pergi. Bukan khayalan bukan jua perkara mainan. Ya, dia pergi. Selamanya. Bertemu dengan Sang Pencipta -- Allah Azza Wa jala.

Tiada lagi ;

Gurau sendanya.
Gelak & tawanya.
Kata-kata nasihatnya.
Tumbukan manjanya.
Gaduh manjanya.

...& tiada lagi insan murni yang bernama Iman Ashriq didunia ini. Seorang sahabat yang ku kira begitu jarang & sukar untuk ditemui. Ia ibarat permata yang terselit dicelahan pepasir pantai halus. Senyuman & kata-katanya membawa kedamaian jiwa pada setiap insan yang bertemu dengannya.

Insan yang sering bantu dia untuk bangkit semula dikala ia futur. Insan yang sering mengingatkannya bahawa "Allah SWT itu tidak akan sesekali menduga hambaNya dengan sesuatu ujian diluar kemampuan para hambaNya.". Insan yang sering berada disisinya tatkala senang mahupun sukar, tatkala gembira mahupun sedih; tatkala tiada siapa disisinya.

"Ash, maafkan aku. Maafkan aku andai aku gagal menjadi seorang sahabat yang baik yakni sering melalaikan. Bersemadilah dikau disisi Penciptamu. Moga kita akan dipertemukan kelak disyurga milikNya." desis hati Amir Ilham mengenang sayu tentang sahabatnya, Iman Ashriq.

Tanpa ia sedari, butiran jernih mula membasahi pipinya. Terasa hangat pipinya dikala itu. 

"Come on, Am. La tahzan, innallaha ma'assobirrin, remember? Senyum. Kalau Ash tengok kau macam ni mesti dia lagi sedih. Biarlah dia tenang disisi Tuhannya. Doakan yang terbaik buatnya. Sahabat, kerana Allah kita dipertemukan hatta kerana Allah jua kita dipisahkan. Aku yakin, hikmah itu pasti ada." Dia bermonolog sendirian. Memungut kembali segala kekuatan untuk meneruskan derap langkahnya tanpa seorang sahabat fillah disisinya. Ya, kuat kerana Allah SWT.

Senyum.

Friday 4 July 2014

Tentang perasaan.

4 Julai 2014.

Perasaan;
seringkali dikaitkan dengan --
soal hati.
Jatuh hati.
Sakit hati.
Eh, suka hati.

Namun.

Mungkin,
salah sendiri --
memberi hati tanpa berhati-hati,
Makanya --
Dia tarik rasa itu pergi,
Akhirnya --
sendiri lelah & menyendiri.

Jatuh hati?
Bohong andai tidak pernah merasai.
Walau sekali.
Dalam hidup ini.

Jatuh hati bisa buat dikau --

Gembira.
Ketawa.
Bahagia.
 Tersenyum.

Jatuh hati juga bisa buat dikau --

Sedih.
Rebah.
Lemah.
Futur.

Pelbagai perasaan bercampur jadi satu.

Cuma,
satu pesan aku,
pesan jua untukku.

Walau apa jua keadaan sekalipun,
Jangan kau lupa pada Yang Maha Esa.

"Sesungguhnya, hati manusia ini bersifat bolak-balik,
hatta berdoalah kepadanya agar tidak dipalingkan dari jalanNya."

Janji Allah itu pasti,
kelak bahagia menanti,
InsyaAllah kita tidak terkecuali,
tetaplah senyum wahai hati.

"Senyum biarlah nampak gigi :p"

Satu pesanan
 yang akan ku kenang.
Meskipun,
terkadang tidak pantas.
Tidak layak.

Moga bahagia,
bersama dia.

Mungkin,
salah sendiri --
tidak jujur akan apa yang dirasai.

Mungkin,
salah sendiri,
mensiakan peluang yang diberi.

Tapi,
aku yakin.

"Janji Allah itu pasti."

Mungkin,
kelak kita kan bertemu.

Mungkin,
yang jauh lebih baik menanti.

Doaku,
moga kau tak lupa.
Kenang daku dalam doa.

Mungkin,
depa kata --
"dia suka awak sebab dia rasa awak bagi harapan pada dia."
"dia suka awak sebab awak layan dia baik."

Hakikatnya,
depa tak tahu --
satu kisah yang cuma hanya,
aku & Dia yang tahu.

Mungkin,
bukan sekarang waktunya untuk hgpa tahu,
Segala apa yang terbuku.

Mungkin,
kelak kan tiba masa yang sesuai.
Andai nyawa masih ada,
akan ku lerai.

Biarkan.
Lupakan.
Lepaskan.

Terima kasih,
kerana hadir meskipun seketika.

Terima kasih,
kerana bahagia itu ada walau sekejap.

Terima kasih,
kerana perkenalan antara kita tidak ternilai.

Doaku,
moga dikau bahagia walau bukan denganku.

Maafkan saya,
sahabat sekalian.

Aku redha.






p/s; mesti ko kata "eh banyak perkataan mungkin je dia ni,
nyampah lak hakoo." Haha kisah pula saya. Kbai.

Sunday 18 May 2014

Warkah rindu.






"Bila kelak aku pergi, kau akan rindu aku tak?"

"Eh, mestilah rindu!"

Terkadang --
hati tertanya,
jiwa dilanda tanda tanya.

"Ada ke orang rindu aku bilamana kelak aku pergi?"
Pergi jauh.
Jauh dari sini.
Jauh dari yang dikenali.

Kelak aku akan pergi.
Mengapa masih tidak mengerti?
Hati kata pergi.
Jasad terkaku besi.

Terkadang --
hati merindu,
cuma tidak pasti pada siapa.

Terkadang --
manusia sering lupa.
Leka.
Alpa.

Pada ;
 orang-orang yang sering ada disisinya,
diwaktu suka mahupun duka,
diwaktu dikau runsing mahupun gembira.

Hingga
tiba suatu saat nanti.

"Orang-orang" itu pergi,
selamanya.

Fikir sejenak,
bila dikau runsing gelisah dek dugaan yang menimpa,
dia sentiasa ada.
Memberi kata semangat.
Menyuntik kembali semangat.

TAPI.

saya ulang.

TAPI.

Bilamana dia perlukan seseorang disisi,
kemanakah dikau pergi?
Tepuk dada, jawab pakai hati.
Usah berjanji andai tidak bisa direalisasi.

Bukan  ;
niat untuk mengungkit.
Jauh sekali untuk mengaibkan.

Cuma,
terkadang dalam diam  "orang-orang" itu terkilan.
dia simpan.
dia pendam.

Pernah dikau kisah?
Tidak.

Pernah dikau tanya?
Tidak.

Andai --
kelak pemergiannya tanpa sempat
ucap kata selamat,
mohon diampunkan.

Usah ditangisi.
Usah diratapi.
Usah dirindui.

Andai,
pemergiannya yang dikau pinta dulu.
Andai,
pemergiannya bisa buat dikau bahagia.

Senyumlah wahai hati.
Tiada guna lagi.
Dikau menyesali.

Doakannya.
Kebahagiaannya.
Kesejahteraannya.

Dalam,
kejauhan terpisah dek jarak dan masa.
Doa menyatukan dua jiwa.

Warkah rindu,
pena menulis, hati berbicara.
Tinta tiada siapa menduga.

Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Aasif jiddan.
Fi hifzillah.

Salam rindu,
RZ.

Persoalan.

Persoalan.

Terkadang --
terlalu banyak perkara berlegar difikiran.

 Sampai satu tahap ;
kau rasa malas nak fikir.

Sampai satu tahap ;
kau rasa macam --
"ah gi lantak ah, bukan ada orang kisah pun."

Sampai satu tahap ; 
kau rasa seolah kau futur.

Lemah.
Rebah.
Kebah.
Resah.

Pernah kau rasa?

Bilamana,
apa yang kau lakukan.
Semua serba serbi tak kena.

Hambar.

Pengakhirannya,
kau duduk dalam bilik.

Di suatu sudut.
Kau terduduk.

Sepi.
Kelam.

Yang kedengaran cuma,
esakan tangisan.

Penyesalan.

Persoalan
yang mana sampai kesudah tidak terungkai.
Menyiksa jiwa.

Nak ditanya,
takut kecewa.

Nak ditanya,
nanti orang kata apa.

Akhirnya --
simpan dalam hati.
Kau makan hati.

Takpa.

Bangkit semula,
ya?

Mungkin,
ada hikmah disebalik semua yang tersirat.
Yang bilamana,
para hambaNya sendiri terjerut dek hakikat.
Tidak terungkai.

Namun,
percayalah wahai hati.

"Setiap yang berlaku adalah diatas kehendakNya."

Hikmah.
Kelak kan muncul.
Dari arah yang kita sendiri tidak sangka.

InsyaAllah.

Terkadang --
apa yang dibiar tidak dijawab
itu lebih baik dibiar sepi tanpa jawapan.

Kerana,
terkadang khuatir jawapan yang diberi;
tidaklah sepertimana apa yang kita impi.

Sabarlah.

Senyum.

Janji Allah itu pasti,
insyaAllah dikau tidak terkecuali.

Untuk --
merasai nikmat kebahagiaan yang dikau damba
selama ini.

Manusia merancang.
Namun ingatlah;
Allah swt itu sebaik-baik perancang.

Dia Maha Mengetahui
apa yang terbaik untuk para hambaNya.

Cuma;
cepat atau lambat.

Tunggu.

"Innallaha ma'ana."
[Sesungguhnya Allah bersama kita]

-RZ.

Kehadiran.

18 May 2014.



Kehadirannya,
diatur rapi oleh Sang Pencipta --
Allah Azza wa jala.

Pertemuan.

Bertergur sapa.
Tanpa diduga.

Hadir tanpa diundang,
siang malam ku kenang.

Tanpa disedari --
terbit senyuman dibibir.
Tatkala,
teringatkannya.

"Senyuman tu kan free, so senyumlah ;)"
"Jgn sedih, keep smile ;)"
dikau kata.

Syukran ya Rabb,
atas nikmat gembira yang Engkau kurniakan ini.
Meskipun cuma seketika waktu.

Syukran ya Rabb,
atas pertemuan ini.
Meskipun hadirnya cuma penyeri.

Moga,
dikau sentiasa dibawah perlindunganNya.
Tidak kira --
dimana,
sedang apa,
dengan siapa.

La tahzan, innallaha ma'assobirin, awak.
Senyum.

Tuesday 6 May 2014

Melupakan.

"...Zahirah." Saffiya menyapa.

"Ye, ko nak apa?" zahirah tersentak dari lamunannya seketika.

"Amboi, garangnya. Aku nak tanya something ni."

"Oh, apa dia?"

"Kau...suka Hadif ke?"

"Hah?! hahaha mana ada. Merepek betul. Aku tak suka sesiapapun. Awat tanya?" jawab Zahirah.

Suasana kembali menyepi. Keduanya mulai melayani perasaan sendiri. Soalan yang diajukan kepada Zahirah cuma dijawab ringkas. Sekadar berbasa basi.

"Ya, aku suka dia. Tanpa aku sendiri sedar. Namun, demi kebaikan bersama aku harus melupakannya. Demi persahabatan antara aku dan dia." Zahirah bermonolog sendirian.

Dia tersenyum sendiri.

"Hadif Iftiqal."

Moga dikau sentiasa dibawah perlindungan yang Maha Esa.


-RZ.

Friday 21 March 2014

semua orang pandang kau. kau nak pandang siapa?

Ujian Prestasi 2 baru habis minggu lepas. Tapi confirm sangat dah mesti cikgu cikgu semua dah habis tanda. And this week of course dapat payperrr~~. Bila dapat paper macam biasala lah kan. Rasanya semua student dok kecut perut.

class physics baru habis. Result physic pun macam emm boleh lah not too bad and not to cool. Poyo ni. Semua classmates pun tengah bergegas nak pergi next class. Selalunya kelas Mr Adam mesti buat dekat bilik kuliah. Tak tau lah apa yang best sangat dekat bilik kuliah yang aircond pun macam hidup segan mati tak mau.

Riz perasan yang Aamar jalan sensorang. Dia pun dok mengendeng lah jalan sebelah Afiq

"kau okay?"

"ooookkkk and kkkkooo" senyum antara mampu tak mampu

"kes physic ke" Riz concern

Aamar ketap bibir, angguk. Riz tepuk bahu Aamar harap dapat bagi semangat

.............................................................................................................................................................................

"Guten Mogen Herr"

selepas ucap selamat pagi pada Mr Adam semua duduk. Gerun tengok muka Mr bila tak senyum. Nak pandang pun macam nak taknak.

"okay guys. I'll call your name based on your.......... based on your achievement. Not your result"

Semua kecut perut pandang meja.

"I've calculate the difference your marks from ujian prestasi 1 and your last exam which is last week. The good news for me is all of you have managed to upgrade your essay and even your essay still **** me up but its okay you did a great job"

semua senyap kipas je dok bunyi

"im calling up your name okay..."

" Anis shahirah +13. okay positve means its good and vice versa"

"Akmal syafiq +5"

"Diana rizal +20"

"Ammar Rizal +2"

"Muhammad daanial +8"

".................."

"..........."

"........"

"and last person is Suffiyan Asfiq Rizqan - 23 and you the only person get negative and whats wrong with you what the hell happened to you"

Riz terdiam tangan bergetar.

"Asfiq Rizqan stand up please tell me what happend to you during exam putus cinta ka awek lari ka habaq mai biar satu kelas boleh jadikan tauladan"

"Hows your other subject is it really bad like english?!" tanya mr adam

Riz bangun pandang bawah. Dia sedar 24 pasang mata sedang memerhatinya. Riz tak keruan nak pandang Mr Adam kalau berani mati boleh lah, pandang bawah ni. aduhhh

Riz telan air liur
"Im really sorry Mr Adam"

"Jumpa saya lepas class" tegas arahan Mr Adam

Sesi P&P berjalan seperti biasa lepas tu, tapi Riz kena perli berdas das dari Mr Adam

.........................................................................................................................................................................

Rizqan duduk di astaka, tak larat nak beriadah hari ini. Letih menahan malu, letih fikir apa salah sendiri. letih fikir kenapa Mr sanggup buat macamtu depan classmate.

Lepas habis sekolah tadi memang tak ada sorang pun berani tegur Riz, bukan tak nak tegur. Tapi entahlah.

"are you okay" tanya mr adam concern

"not really" riz tunduk

"okay im not going to ask you the same question, but do you want an extra class from me?" tanya mr adam lebih concern

"of course i really do" Riz senyum penuh harapan

"i'll inform you later okay. Sorry for what i've done" Jelas mr adam

"its okay mr. adam its for my own good"

Riz teringat apa yang berlaku lepas habis kelas tadi. Memang mr adam dah minta maaf. Dia pun ada kata dia tak ada maksud lain nak buat selain nak bagi sedar dekat classmate. Tapi tak ada cara lain selain tu? Riz boleh terima kalau tak ada side effect. Tapi ni side effectnya dalam sangat

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

sejak kes tu mana ada orang tanya Riz apa apa soalan. Maksudnya macam ni, bila orang tak faham orang tu tak akan tanya dekat Riz macam mana, diorang sanggup jalan jauh jauh daripada tanya Riz walaupun Riz duduk sebelah

'elehh sebab tu je lu nak sentap, makan dalam'

'its normal bro'

kalau korang duduk dalam satu kumpulan, bincang pasal one topic and need opinion from everyone. Tapi bila sampai turn kau semua orang tak dengar, kalau dengar pun kau punya opinion kena reject mati matian.
Riz tak tahan. Teruk sangat ke opinion Riz. nama pun opinion kan? mana ada betul mana ada salah.

and because of that "case" semua orang pandang serong dekat Riz.

sakit tak berbelah bahagi Riz rasa. Tak ada tempat nak luah. Riz pendam. Sakit. Cuba alami sendiri. Sakit sangat. Riz rasa macam dia tak layak ada dekat tempat tu.

apa yang Riz buat bila sedih, bila pedih, bila tekak berpasir, bila air mata tak sabar sabar nak jatuh, Riz ingat satu je.

'Suffiyan Asfiq Rizqan ingat ummi abah dekat rumah, ingat jasa ummi abah, ingat pengorbanan ummi abah, ingat harapan ummi abah. Terus kuat Asfiq Rizqan'

lepas tu jatuh juga air mata Riz. Riz bukan seperti lelaki lain ego tinggi tak nak menangis control mahco lah apa lah. Riz lebih selesa menangis daripada terus terbeban di hati. Tapi Riz tak lah menangis depan orang ramai ye dak.

Dalam mana Riz menyendiri, jauh mana Riz layan perasaan masih ada seseorang yang sangat concern dekat Riz. Tapi Riz belum perasan.





'Terus kuat Riz'

Tuesday 18 March 2014

dia pergi, tiada disisi.

Selamat pagi dunia.

Setiap pagi sebelum ke sekolah Hanie tidak pernah lupa untuk salam dan cium kedua belah pipi ibunya. Ambil berkat dan restu sebelum menuntut ilmu. Seperti biasa, Hanie hanya berjalan kaki ke sekolah.

Pagi itu indah seperti pagi sebelumnya tapi hari ini Hanie akan menghadapi satu lagi tamparan yang agak hebat. Tiada senyum pagi pada hari itu, tiada gurauan pagi di kala itu. Langkah Hanie longlai masuk ke kelas, lemah melangkah ke tempat duduknya.

Hanie pandang kerusi meja di sebelahnya

Air mata di tahan

Tekak berpasir

Hati meraung

Tiada sesiapa pun yang tahu pasal "berita" tersebut. Nak kata berita gembira kenapa Hanie sedih, nak kata berita sedih, tapi ini untuk masa depan dia.

Hati mengeluh lagi

paksa atau rela ?

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Hanie, kalau aku pindah macam mana?"

"Kau dapat tawaran ke?"

"Haah, isnin ni daftar"

"Pergilahh tu impian kau kan, dah dapat jangan lepas. Aku doakan kau"

"Terima kasih Hanie, aku sayang kau"

air mata ditahan lagi.

Sebak.

Gembira.

Macam macam yang difikirkan malam itu. Hanie tak dapat tidur lena dek kerana overthinking yang ter amat over. Bangun pagi pun dia perasan matanya sembab. sangat sembab.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nabel tepuk Hanie dari belakang

"woi kau okay ke idok?"

 "..........."

"Hanie? kenapa ni" Nabel mula risau

"..... dia pindah" suara Hanie serak

Nabel pantas peluk. Tak perlu ditanya lagi. Nab faham sangat apa maksud Hanie.




Selama ni, dari sekolah rendah. Berdua ni tak pernah berpisah. Di mana ada Hanie di situ ada dia. Cikgu cikgu semua kenal budak berdua ni. Kalau diorang bergaduh semua orang boleh tau sebab diorang terlampau rapat.

Tapi hari tu. dia dah tak ada, dia pergi capai impian dia.

"Siapa nak duduk sebelah aku lepas ni, siapa nak ajar aku lepas ni, siapa nak pegang tangan aku lepas ni, siapa nak marah aku lepas ni, siapa nak teman aku pergi tandas lepas ni, siapa nak dengar cerita aku lepasni, siapa nak menyanyi dekat aku lepasni " naik jemu Hanie monolog sendiri.

itulah bila girls student berkawan baik. and boys student like
 "ek elehh macam tak ada kawan lain"

tempeleng laju laju. shut up please.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hanie ambil masa lama nak biasakan diri tanpa dia disisi. Luar nampak tenang. Dalam mengeluh perih. Senyum di bibir jarang. Hati di dalam teresak. Gelak tawa, susah nak jumpa.

Nabel, Afie, Adi mereka terkelu. Nak gelak. Nak senyum. Nak buat lawak. semua serba salah bila tengok muka Hanie macam tu. Macam macam cara mereka fikir nak tolong Hanie. Tapi.... tak lama. Hanie senyap semula.

Hanie tak pernah lupa dia. Hanie harap dia pun tak pernah lupa Hanie. Hanie tak pernah lupa doakan untuk dia. Hanie harap dia pun selalu doakan untuk Hanie.

Itulah bila perempuan berkawan, dengki mendengki, cepat terasa, cepat bergaduh, puak bukan main, gosip jangan cakaplah, cemburu pun dahsyat juga tapi bila dah ngam umph tak tau macam mana nak kata.

Bina ukhuwah moga sampai syurga.
Moga Allah redha.


Uhibbuki fillah Lia.


PPG
0512
190314

kenapa dia tiba tiba senyap?

hari ni routine macam biasa, bangun pagi pergi sekolah, belajar belajar, main, borak. Benda biasa yang student malaysia suka buat.

makin hari makinn rasa bahang spm. Siapa yang tak takut spm ye dak? kekadang kita study beria ria kalau esok exam. Kalau esok mati ada study bebetul malam tu? hm? okay ayat copy paste je tu.

makin terasa setiap hari makin penat, berkejaran pergi class, masa tu kalau missed sikit je mesti rasa macam rugi sesangat. Tapi bila time gosip, masa sentiasa ada. Biasalah perempuan malaysia kan.

okay.

"weh, hari ni ada class chemist macam biasa, 5.30 sampai 7" jerit Lia dekat Shamim

"alaaaaa, aku baru ingat nak tidur. Penat kot harini.."

"engkau tetiap hari penat. Ingat tau aku tunggu kat tempat biasa"

memasing berpecah masuk bilik.

kelas tambahan chemist waktu nak dekat dekat spm hanya untuk yang berkelayakan dan hanya untuk yang rajin.(even dah pandai tapi pergi gak)

baru nak buka pintu. Lia dah dengar ada orang bisik bisik.

"hm, buat open table lah depa ni" dalam hati.

Lia selamba badak masuk tak ketuk pintu apatah lagi nak bagi salam. Terus letak beg atas katil. Bukak tudung, tanggal stokin, capai tuala, keluar bilik. Malas nak ambik tau apa diorang borakkan. Tapi Lia perasan, masa Lia masuk bilik tadi diorang terus senyap tak sambung borak. Terkejut mungkin Lia masuk selamba badak.

Habis Lia amik wudhu', masuk bilik diorang masih open table dan tidak bersuara. Lia agak diorang mesti mengumpat pasal dia. Malas nak ambik kisah lagi, capai telekung, capai sejadah solat dekat bilik sebelah.

Habis solat, habis mathurat. Lia masuk bilik balik, tengok dormmates memasing dah baring atas katil. Penat borak lah tu. Petang tu Lia diam, tak tegur sesiapa. Tapi sebenarnya dah lama Lia tak bercakap, selalu menyendiri. Homesick lah tu.

Lia siap, pakai tudung, pakai stokin, capai buku chemist dan apa yang patut. Blah tanpa sebarang kata.

"Aku yang tunggu kau ke kau yang tunggu aku Lia woi"

"Eh, kau demam ke apa ni shamim, awal siap"

"sampai bila aku nak tunggu kau panggil aku. sian jugak dekat kau"

Lia senyum simpul.

Kelas macam biasa. Cuma Lia tak berapa gemar kelas petang sebab bercampur dengan budak lelaki yang ehem. Tapi takkan sebab lelaki Lia taknak belajar kan?

On the way balik aspuri, Lia suruh Shamim masuk dulu.

Lia keluarkan phone and text Hana. Hana ni salah sorang dormmates Lia yang mana ada sekali masa open table mengumpat tadi.
"Hana, tadi korang borak pasal aku ke"

"haah, sorry weh. Nanti kau balik aku cerita okay"

Lia tak tahan. Lia rasa macam nak menjerit waktu tu juga. Apalagi salah dia kali ni. Lia memekak, Lia bising, Lia buat lawak ada orang tak puas hati, ada orang marah. Bila Lia senyap, Lia diam, Lian buat kerja sendiri pun ada orang tak puas hati.

Lia tak jadi balik bilik. Lia lepak dekat rooftop. Tempat dia lepaskan stress. biarlah dia tunggu sampai semua dormmates pergi surau untuk maghrib. Baru dia balik bilik.

Malam tu macam biasa. Lia masih senyap membisu. Senyum tak. Masam pun ala kadar. Tak ada sorang pun berani tegur Lia. Habis prep di kelas, Lia sambung stay up di bilik. Peneman Lia suka duka apa lagi kalau bukan penyumbat telinga. Tu bukan peneman Lia sorang, tapi peneman semua student bila stress.

Tepat 12.30 boleh dikatakan semua dormmates dah selubung dengan selimut. Lia macaam biasa, selagi belum pukul 1 lebih Lia tak boleh tidur. Dan selalunya waktu macam ni, Hana akan datang kat tempat Lia untuk wish goodnight.

Hana salah seorang kawan baik Lia. Tapi Hana bukan kawan baik Lia sorang, Hana kawann baik semua orang. Hana yang Lia cari bila Lia ada masalah, Lia percaya dekat Hana.

"Liaaa, kau busy ke?"

"Tak, diorang cakap apa pasal aku?" Lia tanya direct malas nak berkias.

"Diorang pelik kenapa sejak akhir akhir ni kau bagus. Maksud aku kerja sekolah kau semua siap, dekat kelas kau aktif"

"Pasal tu pun jadi masalah?!" Lia cuba slowkan suara walaupun tengah membara

"haah, aku dah cuba back up kau. Tapi diorang kata, diorang takut tengok kau. Stay up tiap tiap hari. Kau weekend malam tak tidur langsung kan?"

"Kenapa diorang sendiri yang taknak tanya aku, kenapa nak kena open table? apa lagi diorang borak?"

"emmm tu je lepastu tukar cerita lain"

"okay thanks Hana. Goodnight"

"Kau jangan stress Lia. Diorang risau kan kau."

Lia. selama ni Lia selalu sangat ke tak siap kerja? Teruk sangat ke Lia dalam kelas? Lia tak pernah struggle ke sebelum ni? Kenapa orang takut sangat nak tegur Lia, kenapa semua orang takut sangat nak nasihat Lia.

Malam tu Lia dah fikir macam macam. Mungkin niat diorang baik taknak Lia stress. Tapi at the same time, diorang pandang rendah dekat Lia.

Bukan sebab kes ni je Lia panas membara, dah banyak kes lain Lia tak puas hati. Depan depan baik bagai lalu atas titi uzur pun boleh lepas, tapi bila belakang Lia....

Hampir sebulan Lia seperti bisu. Jawab apa yang perlu. Tanya apa yang betul betul tak tahu. Tak apa, Lia banyak peneman lain.


PPG
0247
1932014

Sunday 2 March 2014

Memori lalu.

Terkadang ;
hati kecil ini tertanya.

"Bagaimana sebegitu mudah 
dia lupakan seseorang yang dahulunya
dikatakan terlalu sayang & berjanji setia?"

Namun --
tersentak akan hakikat.

Bahawa,
"Sesungguhnya, hati manusia ini Allah SWT yang pegang.
Dia jualah yang Maha membolak-balikkan
hati para hambaNya."

Hari ini,
dia berjanji setia.
Hari esok,
dia tinggalkan kita.

Tiada siapa menduga.

Kenangan,
andainya bisa dilupakan.
Dipadamkan.
Pasti sudah lama dilakukan.

Namun --
tetap jua tersimpan rapi.
Jauh disudut hati.
Walau suka mahupun duka yang diberi.
Aku hargai.

"Dia dah lama kot dengan kau, takkan tak ingat langsung?"
"Hm, entahlah weh. Hati orang. Kita tak
boleh nak expect apa yang dia fikir & rasa.
Dia dah bahagia dengan orang baru,
yang lama lupalah. Biasalah."

Tipulah kalau tak ingat.
Tapi,
ingatkah dia pada aku?
Wallahua'lam.

Dari jauh,
doa menjadi penghubung.

Mendoakan --
kejayaan yakni kebahagiaan
dunia mahupun akhirat.

Walau dimana jua,
aku tahu dikau sentiasa
dibawah perlindungan yang Maha Esa.


Fi hifzillah,
Aasif jiddan.

Saturday 22 February 2014

Kehilangan.

Kehilangan.

Mengajar manusia --
 bahawa tiada manusia yang kekal abadi.
Di dunia.

Kehilangan.

Mengajar manusia --
supaya sentiasa mengingati bahawa kematian itu 
suatu kepastian.
Cuma,
cepat atau lambat.
Rahsia Sang Pencipta, Allah SWT.

Kehilangan.

Mengajar manusia --
supaya menghargai selagi ia masih ada
sebelum ia pergi buat selamanya.

Namun.
Ingatlah wahai diri.

Kehilangan demi kehilangan.
Itu pasti ada hikmahNya yang tersendiri.
Yang kita sendiri sebagai hambaNya,
terkadang tidak pernah menjangka.

Aturan hidup.
Terkadang di atas, terkadang di bawah.
Terkadang gembira, terkadang sedih.

Pernah rasa kehilangan?
Apatah lagi yang pergi itu orang yang --
paling rapat,
paling memahami,
paling disayangi.

Rasa --

Futur.
Rebah.

Bagaikan 
tak dapat menerima qada' & qadar.
Meskipun cuma seketika waktu.

Namun,
ingatlah wahai diri.

Tiada satu pun 
perkara yang terjadi didunia ini tanpa izin
Yang Maha Esa.

Meskipun,
beribu kali jua 
"aku akan selalu ada untuk kau"
"Jangan risaulah, saya setia dekat awak sorang je."
"Walau apapun terjadi, aku sentiasa ada untuk kau."
dilafazkan,
tidak menjaminkan bahawa ia sentiasa ada.

Harini,
dia lafaz setia.
Hari esok,
dia pergi jua.

Tak siapa dapat menduga, okay?

Hatta,
la futur, qawiy lillahi ta'ala.
[Jangan berputus asa, kuat kerana Allah ta'ala]

Bangkitlah.
Teruskan kehidupan seperti biasa.
Senyum.
Dia sedang melihatmu dengan penuh kasih sayang
yang melimpah ruah.
Tidak pernah kurang walau sedikitpun yakni lebih 
dari apa yang kita bayangkan.

Ada yang jauh lebih baik menanti.
Janji Allah itu pasti.
Perbaiki diri.
Muhasabah diri.

Mungkin --
kerana dosa masa silam.
Maka,
ditarik kembali "orang-orang" yang kita sayang pergi.
Supaya,
kita sedar bahawa kafarah itu wujud.
Bukan sekadar omong kosong.

Mengajar manusia --
supaya bersangka baik dengan Sang Pencipta.

Bersabarlah,
wahai diri.

Maafkan aku, fi hifzillah.