Saturday 22 February 2014

Kehilangan.

Kehilangan.

Mengajar manusia --
 bahawa tiada manusia yang kekal abadi.
Di dunia.

Kehilangan.

Mengajar manusia --
supaya sentiasa mengingati bahawa kematian itu 
suatu kepastian.
Cuma,
cepat atau lambat.
Rahsia Sang Pencipta, Allah SWT.

Kehilangan.

Mengajar manusia --
supaya menghargai selagi ia masih ada
sebelum ia pergi buat selamanya.

Namun.
Ingatlah wahai diri.

Kehilangan demi kehilangan.
Itu pasti ada hikmahNya yang tersendiri.
Yang kita sendiri sebagai hambaNya,
terkadang tidak pernah menjangka.

Aturan hidup.
Terkadang di atas, terkadang di bawah.
Terkadang gembira, terkadang sedih.

Pernah rasa kehilangan?
Apatah lagi yang pergi itu orang yang --
paling rapat,
paling memahami,
paling disayangi.

Rasa --

Futur.
Rebah.

Bagaikan 
tak dapat menerima qada' & qadar.
Meskipun cuma seketika waktu.

Namun,
ingatlah wahai diri.

Tiada satu pun 
perkara yang terjadi didunia ini tanpa izin
Yang Maha Esa.

Meskipun,
beribu kali jua 
"aku akan selalu ada untuk kau"
"Jangan risaulah, saya setia dekat awak sorang je."
"Walau apapun terjadi, aku sentiasa ada untuk kau."
dilafazkan,
tidak menjaminkan bahawa ia sentiasa ada.

Harini,
dia lafaz setia.
Hari esok,
dia pergi jua.

Tak siapa dapat menduga, okay?

Hatta,
la futur, qawiy lillahi ta'ala.
[Jangan berputus asa, kuat kerana Allah ta'ala]

Bangkitlah.
Teruskan kehidupan seperti biasa.
Senyum.
Dia sedang melihatmu dengan penuh kasih sayang
yang melimpah ruah.
Tidak pernah kurang walau sedikitpun yakni lebih 
dari apa yang kita bayangkan.

Ada yang jauh lebih baik menanti.
Janji Allah itu pasti.
Perbaiki diri.
Muhasabah diri.

Mungkin --
kerana dosa masa silam.
Maka,
ditarik kembali "orang-orang" yang kita sayang pergi.
Supaya,
kita sedar bahawa kafarah itu wujud.
Bukan sekadar omong kosong.

Mengajar manusia --
supaya bersangka baik dengan Sang Pencipta.

Bersabarlah,
wahai diri.

Maafkan aku, fi hifzillah.

Wednesday 19 February 2014

Melangkah pergi.

"Aku nak tanya something boleh?"

"Boleh.."

"Kau still mengharap dekat dia lagi ke?"

"Haha entahlah. Malas nak fikir. Dia pun dah tak kisah. Dia dah bahagia. Senyum."

"Aku bukan apa, cuma aku taknak kau sakit lagi je."

"Aku okay."

Melangkah pergi.
Atau bila ditranslasikan sebagai "move on."
Move on means letting go.

Tekak berpasir.

Seolah
ada sesuatu yang tersekat di kerongkong.
Tiada kata yang mampu diluahkan.

Tiada
siapa yang sebenarnya mengerti
melainkan --
Rabbul Izzati, Sang Pencipta segala makhluk.
Al-Khaliq.

"Biarkanlah dia bahagia. Move on weh."
Kata si kawan.

Ya.
Kelak aku akan melangkah pergi.
Mungkin, selamanya.

Aku sedang mencuba.
Doakan aku.

Takdir Ilahi kita dipertemukan,
yakni perpisahan jua merupakan takdir Ilahi.
Ingat.

Aku mengarang,
bukan bererti aku tidak menerima takdir.
bukan bererti aku meraih simpati.
Cuma, sekadar untuk meluahkan.
Maafkan aku.

Hatta,
siapalah aku untuk menidakkan suratan Ilahi?
Aku sekadar hambaNya yang kerdil lagi hina.

Aku tahu,
dia sedang bahagia.

Terima kasih atas segalanya.
Selama hampir 3 tahun perkenalan antara kita.
Kawan.

Jangan risau.
Aku akan sentiasa tersenyum.
Sepertimana sebelum aku mengenali dirinya.
Pasti.

Moga,
dikau tidak pernah melupakanku didalam setiap
doamu meskipun hanya sekadar sebagai seorang kawan.
Aku perlukan.

Aasif jiddan.

Moga kamu sentiasa bawah perlindunganNya.
Moga kejayaan & kebahagiaan mengiringi kamu
di dunia mahupun di akhirat.

InsyaAllah.


Sunday 16 February 2014

Terkadang.

16 Februari 2014.

Terkadang,
tanpa kita sedari --

Manusia
terlalu pantas membuat spekulasi sendiri.
Spekulasi yang barangkali
suuzhon (bersangka buruk) terhadap seseorang.

Ya.

Kerana,
manusia lebih gemar untuk judge terlebih dahulu
berbanding bertanya kepada si empunya diri --
"mengapa?"

Tapi,
terkadang aku juga seperti itu.
Ya,
tanpa aku sedar aku juga menghukum manusia 
tanpa bertanya terlebih dahulu.

Manusia.

"Dia ni memanjang je sedih. Nyampah lak hak0o. Lifeless."
"Kau ni kan takda kerja lain ke? Sikit-sikit nak sedih, nangis. Move on lah weh!"

Hakikatnya,
pernah kau cuba untuk dekati dia?
pernah kau cuba untuk bertanya kenapa?

TIDAK.

Maafkan aku,
andai ada kesilapan malah mengguriskan hati sesiapa
selama ini.
Tanpa aku sedar mahupun tidak.
Mengata didepan mahupun dibelakang.

Aasif jiddan.