Friday 16 December 2011

Andai esok tiada lagi buatku..





Andai hari esok tiada lagi buatku...


Maafkan aku atas segala apa yg telah aku lakukan dekat korang semua yg mengenali diri ini. Aku hanyalah seorang hambaNya yg lemah dan juga tidak lari daripada melakukan kesilapan kecil mahupun besar.


Mungkin, tanpa aku sedari aku telah menyakiti dan melukai hati korang semua. Aku tau, ada diantara korang yg ANTI dengan aku. Mungkin korang-korang yg ANTI dengan aku tu, menganggap diri aku musuh pada korang.


Tapi, siapalah aku untuk membenci dan menghukum korang kan? Its okay. Aku maafkan korang semua. Aku bukan lah nak tunjuk baik ke apa. Mungkin ada yg meluat bila baca apa yg aku coretkan ni. Tapi....entahlah.


Aku ikhlas. Aku redha andai itu yg korang semua anggap aku. Mungkin dimata korang , aku ni jahat kan? Aku bukanlah seorang kawan yg baik. Aku tau. Maafkan aku untuk itu. Semoga hidup korang akan lebih gembira tanpa aku disamping korang semua.


Mungkin aku sudah lagi tidak diperlukan lagi untuk korang semua. Mungkin ada baiknya kalau aku pergi jauh dari sini. Terima kasih kerana korang semua sudi menjadi kawan aku. Assalamualaikum.


Entry kali ini tiada kaitan dengan
 yg hidup mahupun telah kembali kepadaNya.
Ianya hanya rekaan semata-mata.
"HARAP MAKLUM."

Saturday 10 December 2011

Penyakit Amblyopia atau Lazy Eyes. Apakah itu ?

Heyhoihai guys. Hehe, Assalamualaikum wbt. Sapa takjawab dosa, sapa jawab aku sayang. Haha. Okay :p Buatpe huh? Eh, mestilah tengah baca blog aku kan? Hahaa. Dah tau, buat-buat tanya pulak. Haih. Takpa-takpa :)


Okay guys, korang pernah dengar tak penyakit Lazy Eyes ? Pelik jeh kan bunyi nama penyakit tu kan? Tapi, hakikatnya. Ternyata memang ada dan ianya terjadi pada diri aku sendiri. *Dugaan drpd Allah swt buat diriku.*


Jom tengok serba sedikit mengenai penyakit ini :) 



Amblyopia, also known as lazy eye,[1] is a disorder of the visual system that is characterized by a vision deficiency in an eye that is otherwise physically normal, or out of proportion to associated structural abnormalities of the eye. It has been estimated to affect 1–5% of the population.[2]
Amblyopia means that visual stimulation either fails to transmit or is poorly transmitted through the optic nerve to the brain for a continuous period of time. It can also occur when the brain "turns off" the visual processing of one eye, to prevent double-vision, for example in strabismus (crossed-eyes). It often occurs during early childhood, resulting in poor or blurry vision. Amblyopia normally affects only one eye in most patients. However, it is possible, though rare, to be amblyopic in both eyes, if both fail to receive clear visual images. Detecting the condition in early childhood increases the chance of successful treatment, especially if detected before the age of five. The earlier it is detected, and the underlying cause corrected with spectacles and/or surgery, the more successful the treatment in equalizing vision between the two eyes.




Aku mula dapat tahu yang aku ada penyakit tuh since aku berumur 10tahun kalau taksilap aku lah kot? Lupa dah. Hehe :p Lazy eyes adalah penyakit rabun. Ianya terjadi akibat anak mata aku tidak berkembang apabila aku melihat sesuatu benda. Atau lebih tepat, ianya tidak fokus.


Macamne aku boleh dapat penyakit ini ? Mungkin ianya berlaku sewaktu mak aku mengandungkan aku, mak aku kena chicken pox. So, ianya akan memberikan effect terhadap bayi didalam kandungan tersebut.


Mungkin aku boleh dikategorikan dalam orang yang agak "untung" jugak lah. Sebab, aku cuma ditakdirkan rabun mata. Ada orang yang sampai sebelah telinga pekak sebab effect drpd tersebut.


And aku rabun bukan setakat 200, 300 powernya. Mata sebelah kiri aku power dia sebanyak 1500 and sebelah kanan pulak 500. Terkejut ? Okay, aku faham. Selalunya jarangkan korang jumpa orang yg power mata rabun dia setinggi macam aku ? Tapi, itu adalah takdir aku.


Mungkin, disebalik ini semua. Aku yakin, pasti ada hikmah. Aku redha dengan ketentuan Ilahi ke atas diri aku. Malah , aku turut bersyukur kerana aku juga masih melihat dunia yang begitu indah ini yang diciptakan olehNya untuk para hambaNya. 


Alhamdulillah kerana aku telah diberi peluang olehNya untuk aku melihat wajah insan yang aku amat sayangi dalam hidup aku. :) Walaupun dengan bantuan cermin mata, aku masih lagi bersyukur. 


Budak-budak yang TAKberapa nak matang dekat sekolah selalu panggil orang seperti aku dengan gelaran "mata empat". Don't you ever think how our feel on that time ? I guess no at all rite ? Kayh, aku faham dan aku tahu. ORANG YANG TAKRABUN TAKKAN PERNAH FAHAM PERASAAN ORANG YANG RABUN.


Weh, please lah. Be matured sikit kepala otak kau tuh kalau nak ejek org sekali pun ? Korang tkprnah rasa apa yang kitaorg rasa. Kena pakai spect untuk melihat sesuatu benda. Bangun pagi-pagi kena pakai spect. Hm :(


Tapi, apapun. Kalau korang nak ejek aku sekali pun, aku akan buat dek jeh. Inilah diri aku. Bukan orang lain. So, just shut up okay. K lah korang. Aku rasa dah terlebih panjang pulak aku membebel dekat sini kan? Kang korang malaih pulak nak baca. 


Haha, sorie. Nyte korang. Aku rindukan Amirul Husaini bin Mazli :( Assalamualaikum 



Saturday 26 November 2011

" I Hate Luv Storys "

Heyhoihaii guys :> Hikhik. Selamat malam semua. Tengah buatpa huh ? Okayokay, aku tau korang mestilah tengah baca post aku yang sat lagi nak merapu meraban ni kankan ? Hahaa. K, aku dah mulakan -,- Ngehngeh :>

Okay, lets straight to Focus Point noh :p Nampak tak tajuk aku dekat atas tuh ? Huh ! Nampak maksudnya mata anda bagus, and kalau tak nampak, mata anda ada masalah yang sungguh serius. Pergi check dgan doktor pakar mata di hospital yang berhampiran dgan rumah anda sekarang ! Aicehh, promote doktor pakar mata lee pulok.

Mentang-mentanglah aku sendiri pung pakai spect. Hehe, maaf diatas kekalutan itu :> okayokay. Korang tengok tak cerita Hindustan petang tadi dekat TV3 ? Kalau tengok sure ! Korang tau kan apa tajuknya? Huh, ni lah tajuk cerita Hindustan pada hari ini :>

Ngengeh :> " I Hate Luv Storys." To be honest, yeap ! Hero dia...pergh ! Sungguh lah handsome double triple plus ! hehe. Nama sebenar hero tuh, Imran Khan. And and ! Muka dia kalau tengok dari sudut tepi, macam Aamir Khan lah. Ya Allah. #okay, aku tau aku agak over excited :p Muhehehe.


Cerita dia mengisahkan tentang seorang lelaki ( Jay ) yang tak percayakan akan kewujudan CINTA. Tetapi lastly, dia jatuh cinta juga pada seorang teman sekerjanya (  Simran ). Okay, perempuan tuh pun not bad. Cantik. Mula-mula perempuan tuh dah luahkan perasaan yang dia cintakan dekat Jay and pada masa yang sama dia sanggup utk tinggalkan tunang dia, Raj.

#Dasyatkan sampai sanggup tinggalkan tunang? Then, si Jay takpercaya dgn cinta. Diorg menjadi renggang. Dlm tempoh tu, baru lah si Jay sedar yang dia pun telah jatuh cinta dgan si Simran. Tapi, waktu tu Simran dh kembali semula pada Raj iaitu bekas tunangnya. Si Jay rasa macam dh putus asa gila bila Raj kata Simran dah setuju nak kahwin dgan dia. Apa yang dia buat semua serba tak kena.

Penatlah nak story telling balik uolls ! Hahaa. K lastly, diorg bersama. Simran tinggalkan tunang dia and pergi kepada Jay. " Keajaiban telah berlaku." "Sesuatu perkara yang paling aku takut, telah pun berlaku. Iaitu CINTA." Haha. Lebih kurang mcamnie lah dialog dalam cerita tuh. Kahkah. lol :p

Okay lah guys, nak tengok tak muka Imran Khan tu? Taknak tengok, boleh blah sekarang ! Nak tengok? Mai sini noh..Hehe, okay just kidding. Don't be so touching :> Ngehngeh. Meh sini aku nak tunjukkan marka ceq yang sungguh segak lagi menawan ini ;)

Tadaaa ! Hehee..


Imran Khan & Aamir Khan.
Aku rasa diorg ni, anak dgan bapak lah ~ Muka sama kankan ? :)


Imran Khan  ♥ He is shoo hot and sexy. Aww ;) haha.
Don't be jealousy AMIRUL HUSAINI BIN MAZLI :)


Thursday 24 November 2011

Pergi tak kembali..

Setiap makhluk yang bernyawa di atas muka bumi Allah swt ini pasti akan MATI. Kita sebagai seorang insan yang kerdil disampingNya pasti akan kembali pada Nya jua suatu hari nanti. Cuma, Allah swt shj yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.

Tarikh, masa, dimana kita berada utk kita kembali kepadaNya adalah merupakan rahsia Allah swt. Tiada siapa yang tahu. Hm, mesti korang tertanya-tanya kan kenapa aku berkata-kata seperti sedemikian? Korang nak cakap yang aku dah buang tebiat? Terpulang lah dekat korang.

Aku tak mampu untuk menghalang apa yang korang nak fikirkan. Aku juga hanyalah seorang hambaNya yang kerdil lagi lemah disampingNya.

Okay, bangun-bangun pagi tadi. Lepas mandi and dah siap pakai baju apa semua. Aku keluar bilik. Then, tetiba mak aku cakap dgan aku "guru besar sekolah rendah dah meninggal pagi tadi, cikgu Hani hantar SMS dekat mak pagi tadi."

And aku just like..meni"what ? baru semalam cakap pasai dia. Tau-tau, bangun pagi, dapat berita dia dah meninnggal." Urhm. Innalillah. Ya Allah, sesunggunya hanya Engkau yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.

Haritu, aku baru jeh nampak arwah sewaktu aku dgan mak bapak aku pergi ke sekolah rendah untuk mengambil duit bantuan kerajaan dan kebetulan pada hari sama, keputusan UPSR diumumkan. Aku nampak arwah tersenyum, tergelak seperti biasa.

Namun, disebalik itu. Hanya Allah swt shj yang tahu. Beliau meninggal pada jam 2 pagi tadi akibat mengalami komplikasi jantung. Aku sebagai BEKAS anak didik beliau ataupun BEKAS murid SK Taman Pantai Sepang Putra juga turut terasa atas kehilangan arwah.

Since aku darjah satu, arwah telah berkhidmat sebagai Guru Besar di sekolah tersebut sehinggalah saat ini. Ya Allah, sejujurnya aku masih lagi terkejut dengan perkhabaran itu. Urgh. Tapi, takda ape yang boleh halang. Allah swt lebih menyanyangi arwah.

FYI, esok genap 5 bulan arwah Paklang aku pergi meninggalkan dunia yang sibuk ini. Ya Allah, sungguh cepat masa itu berlalu pergi. Bagaikan takpercaya yang arwah juga telah tiada disini lagi :(  Haih. Hanya Allah swt shj yang tahu betapa aku rindukan arwah.

Setiap kali aku teringatkan arwah, pasti akan ada air hangat yang mengalir di pipi. Okay, aku tau dah lari drpd tajuk aku yang asal.

Al-Fatihah buat arwah Hj.Sanusi bin Mohd.Noor dan juga arwah Hj Zainon bin Yaakob. Semoga roh arwah akan dicucuri rahmat oleh-Nya. Dan semoga arwah -2 ditempatkan dikalangan orang-2 yang beriman. Aminn. Assalamualaikum.

Monday 24 October 2011

Bersahabat bukan sekadar hanya sehari sahaja.

Assalamualaikum and hyep reader(s).

Lets read about "Bersahabat bukan sekadar hanya sehari sahaja"







Rasulullah saw pernah berpesan: “Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan

yang dipilih oleh rakannya”. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang 


harus dijadikan sahabat.

Apakah ciri2 sahabat yang baik ? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya:



 “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka 


hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:



# Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.

# Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan 



kamu.

# Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.

# Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan 



baik.

# Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai 



atau menyebut kebaikan kamu.

# Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

# Jka engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.

# Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan 



kesusahan kamu.

# Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.

# Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.

# Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.

# Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga 



kepentingan persahabatan.

Thursday 2 June 2011

Antara CINTA dan PERSAHABATAN .


Assalamualaikum dan selamat pagi .

Harini aku membuka topik mengenai antara cinta dan persahabatan . Ramai yang menganggapkan yang bahawa cinta itu boleh meruntuhkan persahabatan yang telah terjalin antara satu sama lain  sekiranya mereka putus cinta atau lebih advance 'breakup' .


Tetapi , cuba korang flashback balik . Percintaan tu bermula drpd mana ? Kalau bukan drpd ikatan persahabatan yang terjalin . Betol tak ? Maksud aku disini adalah . Daripada ikatan persahabatan yang telah lama terjalin akan mula bertukar sedikit demi sedikit menjadi kepada perasaan cinta jikalau sahabat kita itu berlawanan jantina .

Yeah , sesetengah orang boleh terima kawan baik dia sbg teman hidup dia sampai hujung nyawa . Tapi , apa pulak akan terjadi sekiranya cinta mereka akan ditolak ? Mesti diorg akan membawa diri pergi jauh drpd anda . Dan mungkin juga yang paling teruk sekali ikatan persabahatan yang telah lama terjalin akan putus serta merta .

Tetapi ada juga yang tolak cinta drpd teman baik mereka untuk menyelamatkan persahabatan yang terjalin antara mereka . Bagaimanakah itu ? yeap . Maybe dengan menolak cinta drpd mereka adalah untuk tidak melukai hati teman baik mereka sendiri .

Kalau dalam persahabatan , jika hati terluka atau terasa dgan kawan kita , kita takkan terasa sangat dan mudah untuk memaafkan walau sebesar mana pun kesilapan yang mereka lakukan . Tapi , jikalau dalam percintaan . Jikalau hati kita dilukai oleh mereka , mungkin kita takkan dapat memaafkan mereka . 

Maybe antara persahabatan dan percintaan , persahabatan lebih baik . Ikatan persahabatan takkan putus sampai bila bila manakala ikatan percintaan , andai putus berakhirlah semuanya :)

Renung renungkan lah ayat aku di atas itu . Aku mungkin tak pandai untuk meluahkan kata kata puitis , tetapi aku menulis atas dasar pengalaman aku :) so harap dimaafkan sekiranya terdapat kesalahan saya :)