Tuesday 18 March 2014

dia pergi, tiada disisi.

Selamat pagi dunia.

Setiap pagi sebelum ke sekolah Hanie tidak pernah lupa untuk salam dan cium kedua belah pipi ibunya. Ambil berkat dan restu sebelum menuntut ilmu. Seperti biasa, Hanie hanya berjalan kaki ke sekolah.

Pagi itu indah seperti pagi sebelumnya tapi hari ini Hanie akan menghadapi satu lagi tamparan yang agak hebat. Tiada senyum pagi pada hari itu, tiada gurauan pagi di kala itu. Langkah Hanie longlai masuk ke kelas, lemah melangkah ke tempat duduknya.

Hanie pandang kerusi meja di sebelahnya

Air mata di tahan

Tekak berpasir

Hati meraung

Tiada sesiapa pun yang tahu pasal "berita" tersebut. Nak kata berita gembira kenapa Hanie sedih, nak kata berita sedih, tapi ini untuk masa depan dia.

Hati mengeluh lagi

paksa atau rela ?

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Hanie, kalau aku pindah macam mana?"

"Kau dapat tawaran ke?"

"Haah, isnin ni daftar"

"Pergilahh tu impian kau kan, dah dapat jangan lepas. Aku doakan kau"

"Terima kasih Hanie, aku sayang kau"

air mata ditahan lagi.

Sebak.

Gembira.

Macam macam yang difikirkan malam itu. Hanie tak dapat tidur lena dek kerana overthinking yang ter amat over. Bangun pagi pun dia perasan matanya sembab. sangat sembab.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nabel tepuk Hanie dari belakang

"woi kau okay ke idok?"

 "..........."

"Hanie? kenapa ni" Nabel mula risau

"..... dia pindah" suara Hanie serak

Nabel pantas peluk. Tak perlu ditanya lagi. Nab faham sangat apa maksud Hanie.




Selama ni, dari sekolah rendah. Berdua ni tak pernah berpisah. Di mana ada Hanie di situ ada dia. Cikgu cikgu semua kenal budak berdua ni. Kalau diorang bergaduh semua orang boleh tau sebab diorang terlampau rapat.

Tapi hari tu. dia dah tak ada, dia pergi capai impian dia.

"Siapa nak duduk sebelah aku lepas ni, siapa nak ajar aku lepas ni, siapa nak pegang tangan aku lepas ni, siapa nak marah aku lepas ni, siapa nak teman aku pergi tandas lepas ni, siapa nak dengar cerita aku lepasni, siapa nak menyanyi dekat aku lepasni " naik jemu Hanie monolog sendiri.

itulah bila girls student berkawan baik. and boys student like
 "ek elehh macam tak ada kawan lain"

tempeleng laju laju. shut up please.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hanie ambil masa lama nak biasakan diri tanpa dia disisi. Luar nampak tenang. Dalam mengeluh perih. Senyum di bibir jarang. Hati di dalam teresak. Gelak tawa, susah nak jumpa.

Nabel, Afie, Adi mereka terkelu. Nak gelak. Nak senyum. Nak buat lawak. semua serba salah bila tengok muka Hanie macam tu. Macam macam cara mereka fikir nak tolong Hanie. Tapi.... tak lama. Hanie senyap semula.

Hanie tak pernah lupa dia. Hanie harap dia pun tak pernah lupa Hanie. Hanie tak pernah lupa doakan untuk dia. Hanie harap dia pun selalu doakan untuk Hanie.

Itulah bila perempuan berkawan, dengki mendengki, cepat terasa, cepat bergaduh, puak bukan main, gosip jangan cakaplah, cemburu pun dahsyat juga tapi bila dah ngam umph tak tau macam mana nak kata.

Bina ukhuwah moga sampai syurga.
Moga Allah redha.


Uhibbuki fillah Lia.


PPG
0512
190314

No comments:

Post a Comment