Saturday 28 December 2013

Pengganti.

Kawan.
Jikalau hilang masih boleh dicari ganti.

Tapi,
bagaimana pula ibu bapa?

Tidak.
Tidak bisa ditukar ganti.

Walaupun ada,
tidak akan sama nikmatnya dengan adanya
ibu bapa kandung.

Selamanya.

Friday 20 December 2013

Kenangan.

28 November 2013.

Kau tahu?
Tarikh ini keramat bagiku.

Kenapa?
Kerana tarikh ini adalah hari terakhir aku.
Bergelar seorang murid sekolah menengah.

Allah.

Sungguh, cepat waktu berlalu pergi.
Meninggalkan kita bersama kenangan.

Terlalu,
terlalu banyak suka & duka.
DIukir bersama si rakan seperjuangan 
& si pejuang anak bangsa ; cikgu.

Pasti, 
akan sentiasa dirindui.

Segalanya,
Allah.

Moga Engkau kurniakan kami kejayaan
yakni kebahagiaan di dunia & di akhiratMu.

Moga,
ukhuwah yang terjalin selama 5 tahun ini,
tiada berpenghujungnya, infiniti.

Ukhuwah fillah abadan abada, sahabat.


Salam kasih,
Penolong ketua tingkatan,
5 Musytari 2013.

Sunday 15 December 2013

Senyuman.

Tersedar dek mimpi.

Dalam kesamaran,
aku lihat kau teguh berdiri.

Dekat.
Ya, terasa bagaikan begitu dekat.

Berbalas senyuman,
mulut berkunci.

Tanpa membicarakan sebarang madah,
hanya senyuman menjadi penyeri wadah.

Senyuman.
Senyuman itu yang aku rindukan, barangkali.

Mungkin,
senyuman itu sekadar pengubat rindu.

Tidak,
ini semua dusta belaka.

Terjaga dek mimpi,
kerna sebaris senyuman itu.
Pemilik sang penghuni hati suatu ketika dulu.

Moga,
dikau bahagia, wahai teman.

Fi hifzillah.

Monday 9 December 2013

La tahzan, innallaha ma'ana, sahabatku (2).

13
   Hari  berganti  hari, musim berganti musim.  Setiap  nafas  yang  dihela,  rindu  pada  sahabat  karibnya tidak  pernah  berganjak  walau  seinci.  Tidak.  Terlalu  merindui. 

Amira Adila,
Apa khabar dirimu disana, sahabatku?
Setiap detik berlalu,
Setiap derap langkah yang aku ambil,
Setiap nafas yang aku hela,
Setiap degup jantungku,
Setiap senyuman yang aku ukir dibibir,
Setiap air mata yang jatuh membasahi pipiku,
Aku  rindukan dirimu.
Aku  rindukan kehadiranmu disisiku.
Aku  rindukan gurau & tawamu.
Sungguh, aku amat merindui mu.
Semoga roh dirimu sentiasa dicucuri rahmatNya sayang.
Semoga kita dipertemukan kembali di jannah milikNya kelak. InsyaAllah.

Salam rindu,
Rasyiqah Hanina.

Diari  personal  miliknya itu ditutup rapat. Hanya diari menjadi peneman hari-harinya setelah arwah Adila pergi.  Hanya diari tempat ia meluahkan rasa rindunya itu selain Allah SWT. Dia menarik nafas dalam. Panjang. Matanya dipejamkan. Gelap. Terlayar segala kenangan bersama arwah sewaktu kecil dahulu. Semuanya  tampak begitu indah. Allahurabbi.. terima kasih kerana telah meminjamkan seorang sahabat yang begitu memahami di dalam hidupku walau untuk seketika cuma. Senyum. Kembali berpijak dibumi nyata. Ini semua hanya sementara, Allah SWT sedang mengujiku. La Tahzan, Innallaha Ma’ana, dearself! Bisik hatinya seakan meniup kembali semangat baru dalam dirinya untuk terus meniti hari demi hari tanpa arwah Adila disisinya.



14
Dalam  diam, aku duduk termangu buat seketika waktu. Menantikan hadirmu di dalam setiap tidurku. Seperti malam-malam kelmarin, kau hadir di dalam mimpiku membuatkan aku terasa begitu dekat dengan dirimu. “Nina, mesti best kan bila dah besar nanti, kita dapat further study sama-sama and kita dapat jadi doktor. Then, beli rumah besar, kereta besar, suami pun handsome. Eh? Hehe.” Jemari runcing milik Nina pantas hinggap ke peha gebu milik teman baikmya itu. “Amboi, part awal-awal dah okay. Sampai part terakhir…pergh! Gatai noh hang ni.” “Alah, benda betul apa aku cakap. Yelah, setiap butir kata yang keluar daripada mulut kita kan ibarat satu doa. Aamiin kan cepat!” balas Adila. “Haa, yelah. Aamiin.” Setitis air mata jernih jatuh ke pipi Nina perlahan-lahan. Sebak. Rindu. Teramat sangat! Allahurabbi.
“Haa, menungkan apa tu? Jauhnya termenung. Kau ni kan Nina, sejak arwah Adila pergi, kau selalu termenung. Come on Nina, dah hampir 4 tahun berlalu arwah tinggalkan kita.” sapa Emriz. Nina tersenyum. Cuba selindungkan segala rasa yang terbuku jauh di sudut hatinya. “Nina, andai arwah lihat kau masih dalam keadaan macam ni, mesti dia akan sedih. Be strong, kawan! Aku tahu kau boleh. Aku kenal kawan aku.” Nina menarik nafas dalam-dalam. Panjang.


Thursday 24 October 2013

Andai..

Mungkin..
Kini, bukan waktunya untuk bersama.

Andai telah tercatat di Luh Mahfuz,
InsyaAllah tidak kemana wahai bakal zauj.

Awak,
La tahzan, innallah ma'ana.
[Don't be sad, indeed Allah SWT always with us]

Walakin begitu,
Aku percaya sesungguhnya Dia
adalah sebaik-baik perancang.

Sungguh, 
setiap apa yang Ia rancang untuk kita disini,
adalah yang terbaik untuk saya, awak & mereka.

Allah SWT itu Maha Adil.

Walau mungkin takdirNya menyatakan,
"pertemuan"  kita sekadar memberi secebis
memori untuk dikenang.

Saya harap awak, saya & mereka redha.
Redha akan ketetapanNya.

Ya, mungkin sukar..
Tapi, siapalah kita untuk menafikan takdirNya?

Namun, ingatlah..
Setiap pertemuan & perpisahan
yang berlaku itu adalah diatas kehendak Ilahi.

Akhirul kalam
Semoga kamu sentiasa dibawah perlindunganNya.

Selamat malam, penghuni hati.

Saturday 19 October 2013

Tawar hati.

Andai,
kau bisa tawar hati.

Mengapa aku tidak bisa, bukan?
Sedangkan aku juga punya perasaan.

Rasa sakit bila orang yang disayangi,
kini telah berpaling arah, dimiliki.

---------------------------------------------------------------------------------

Dulu,
kau ucap kata sayang,
hanya aku seorang.

Berjanji untuk sumpah setia,
namun kau mungkiri ia.

Tiada guna,
untuk berharap lagi.
Disaat aku lihat kau ucap kata sayang terhadapnya.

--------------------------------------------------------------------------------

Penat.

Penat untuk pertahankan semua.
Sedangkan kau berdua.

Mungkin,
sudah tiba masanya.
Aku undur diri selamanya.

Moga,
kau bahagia dunia & akhirat.
Kerana,
ini semua keputusan yang dikau buat.

Selamat malam, AK.

Thursday 17 October 2013

Keliru.



Keliru.
Antara hati & perasaan.

Setelah dua tahun,
dua hati yang bertaut,
akhirnya terlerai jua dipersimpangan jalan.

Bahagia.
Mengapa perlu dipersoal?

Sengsara.
Mengapa perlu wujud?
Sedangkan suatu ketika dahulu,
hanya dirimu yang bisa buatku tersenyum.

Namun, mungkin..
Telah acapkali disakiti,
Membuatkan hatiku lali.
Buat endah tak endah.

Walakin begitu,
terima kasih atas hadirmu dalam hidup ini.

Menjadi penyeri tatkala aku berduka.

Menjadi teman tatkala tiada siapa disisi selain Dia.

Walau hadirmu hanya persinggahan,
aku harap tidak berpenghujung.

Maafkan aku andai terkasar bahasa,
yakni membuat dirimu berkecil hati.
Kerana, aku cuma aku.
Bukan dia.

Kawan,
selamanya.. insyaAllah.

Friday 23 August 2013

La Tahzan, Innallaha Ma'ana, sahabatku.






1
   Terjalinnya  sebuah  ikatan  persahabatan  serta  diniatkan kerana Lillahi Taala  antara dua sahabat iaitu Rasyiqah Hanina dan Amira Adilla.  Dua insan yang tidak pernah kenal  erti  jemu dalam menerokai erti dan nilai sebuah persahabatan. Talian persahabatan  mereka yang bagaikan isi dan kuku memberikan perspektif positif terhadap rakannya yang lain bahawa  kata-kata “kawan ketika senang mudah dicari, tetapi sahabat tatkala waktu sulit sukar dicari” masih boleh digunapakai walaupun hidup di zaman Mellenium ini.
“Weh Adila! Cepatlah sikit ambil buku tu. Kita dah lambat nak pergi makmal ni!” omel Nina.  Nama yang menjadi panggilan setiap insan yang mengenalinya. Ayu dan bijak.  Itulah insan yang bernama Rasyiqah Hanina bt. Md Alif.  “Yelah, yelah kejaplah! Kau ni kan tak reti sabar sat lah.” Jemari Adila pantas mengambil barang-barang yang perlu dibawanya ke makmal.  Lantas mereka berdua laju mengorak langkah menuju ke destinasi yang dituju.
Ketika dalam perjalanan ke makmal.. gedebuk! Bunyi  hentakan kuat akibat berlakunya perlanggaran yang tidak dijangka antara Nina dan Emriz. Buku-buku ditangannya habis jatuh menyembah ke bumi, berselerakkan. Nina dan Adila kaget. Terkedu buat seketika waktu. “Aduh! Sakit  gila  tangan aku. Buta ke apa mamat ni? Aku yang besar ni pun dia tak nampak ke ha?” Nina bermonolog sendirian di dalam hatinya sambil jemarinya menari-nari mengutip kembali buku-bukunya yang jatuh berselerakkan.
“Awak, awak tak apa-apa ke? Kuat sangat ke saya terlanggar sampai awak terjatuh? Awak cedera ke? Maaf..”  Bertubi-tubi soalan  Emriz yang ditujukan kepada Nina bagaikan peluru machine gun. “Takpa, takpa. Saya okay.” Emriz Ar-Rayyan seorang anak muda yang berwajah tampan serta bertubuh sedikit tegap dan dalam diam telah menaruh harapan terhadap Nina  setelah sekian lama. Tanpa berlengah, ia juga pantas menghulurkan bantuan mengutip semula buku-buku Nina. Sedari tadi,  Adila cuma menjadi pemerhati setia. Tidak berkata-kata apa.
Nina dan Adila pantas berlalu pergi meninggalkan Emriz yang masih lagi terpinga-pinga akan kejadian sebentar tadi. Mengatur langkah dengan kemas menuju ke makmal komputer. Bergegas. Tahun ini mereka bakal menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Pelbagai persiapan yang telah mereka lakukan disamping menjalankan tugas sebagai pengawas sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mawar. Mereka juga merupakan antara pelajar harapan pihak sekolah serta guru-guru ekoran mereka memperoleh 8A dalam peperiksaan percubaan yang lepas. Nina dan Adila juga aktif dalam bidang kokurikulum. Mereka telah mewakili dalam pertandingan bola jaring saban tahun dan pada tahun ini mereka  berjaya mendapat tempat kedua dalam peringkat daerah.

2

Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Kini tiba masanya bagi semua pelajar tingkatan tiga di seluruh Malaysia untuk menerima keputusan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Sesiapa yang menanam, pasti akan menuai. Itulah ungkapan yang menjadi pegangan dalam hidup Nina. Debaran yang kian mengocak perasaan setiap murid bakal menutup tirainya tidak lama lagi. Begitu juga yang dirasai oleh Nina dan sahabat karibnya, Adila. Gementar. Tiada kata yang dapat diungkapkan pada waktu itu. Tawakal innallahu. “Apalah agaknya keputusan aku nanti? Adakah cemerlang atau sebaliknya? Adakah segala perngorbananku selama ini akan membuahkan hasil yang dapat menggembirakan hatiku dan orang sekelilingku? Allah..” rintih Nina jauh disudut hatinya. Pelbagai soalan yang berlegar-legar di benak pemikirannya. Dia memandang sekilas ke wajah Adila. Seorang sahabat yang amat ia sayangi sejak bertemu buat pertama kali ketika di bangku sekolah rendah dulu. Tampaknya Adila juga seperti keadaan dirinya. Gelisah menepis segala persoalan yang bermain diminda.
Masa yang dinantikan telah tiba. Degupan jantung Nina dan Adila semakin pantas sehingga boleh kedengaran bunyinya. Seusai pengetua habis berucap, kini giliran pengacara majlis untuk mengumumkan keputusannya. Dewan Mutiara ini bakal menjadi tempat terciptanya sejarah buat diriku dan rakan-rakan yang lain. Getus hati Nina. “Kau dah bersedia?” tanya Hanina pantas disambut dengan senyuman serta anggukkan oleh Adila. Mereka bergenggaman tangan. Redha dan pasrah akan apa yang bakal mereka peroleh.

“Rasyiqah Hanina bt. Md Alif!” pengacara majlis mula mengumumkan nama pelajar yang mendapat keputusan 8A. Nina terpana buat seketika waktu. “Ya Allah..adakah aku bermimpi?” Namun, lamunannya tersentak dek kerana Adila menepuk bahunya kegembiraan. “Amira Adila bt. Maanaf!” setiba itu Adila juga turut terkejut apabila namanya tersenarai dalam golongan yang memperoleh keputusan yang cemerlang. Bersyukur dan gembira. Mereka berdua bersalaman dan memeluk kedua ibubapa mereka. Itulah yang dirasai oleh mereka semua pada detik itu. Ibubapa mereka tersenyum bangga. Mereka pantas mengatur langkah dengan kemas sambil berpegangan tangan menuju ke pentas untuk menerima sijil penghargaan bersertakan plak cenderahati yang diberikan oleh pihak sekolah. “Tahniah! Kerana berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang.” Seungkai kata yang dilafazkan oleh pengetua sekolah dalam nada yang gembira. Terharu. “Syukur kerana Allah SWT telah memakbulkan doa-doaku. Alhamdulillah.”

3
“Tahniah Adila! Aku bangga ada kawan macam kau. Hehe. Sekarang kita dah peroleh apa yang kita impikan selama ni. Terasa macam dalam mimpi pulak.” Luah hati Rasyiqah yang tampaknya begitu gembira sekali dengan keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR)nya. Dalam hatinya bertalu-talu mengucapkan lafaz syukur ke hadrat Ilahi yang Maha Memberi. “Alhamdulillah. Ini semua milik Dia Nina. Walau apapun, aku tetap bersyukur dengan rezekiku, rezekimu. Tahniah juga!” Balas Adila dalam nada yang sukar digambarkan kerana terlalu bersyukur. Mereka berpelukan. Sehelai slip keputusan peperiksaan yang kelihatan sudah sedikit renyuk masih lagi digenggam kemas mereka. Syukur!
“Petang ni jom pergi celebrate nak?” cadang Nina bagi meraikan kejayaan cemerlang mereka. “Haa, boleh jugak. Nak pergi mana?” ujar Adila. “Hm, kita pergi secret recipe nak? Aku dah lama tak makan kek dekat sana. Teringin pulak rasanya. Hehe.” “Okay jugak. Aku pun dah lama tak makan kek.” Akhirnya mereka mencapai kata sepakat. Kedai kek Secret Recipe di IOI Puchong menjadi destinasi  pilihan hati.

4

Kini, mereka berdua berada di tingkatan empat Anggerik.  Aliran sains tulen sememangnya aliran yang telah lama diimpikan oleh mereka lantaran ingin mencapai cita-cita mereka untuk menjadi doktor pakar bedah. Januari telah berlalu, Februari mula datang bertandang. Dalam pada masa itu Nina dan Adila menerima beberapa tawaran ke asrama penuh dan Maktab Sains Rendah Mara (MRSM).
“Kau dapat tawaran dari mana Adila?” Nina mula membuka bicara disaat mereka sedang melayani perasaan masing-masing di hadapan tasik mengejutkan Adila daripada lamunannya. “Hah? Oh.. aku dapat tawaran dari MRSM Alor Setar, Kedah. Kau?”  Nina menggelengkan kepala sambil tersenyum melihat gelagat sahabat karibnya itu. Ya, wajah serta senyuman itu yang bakal aku rindui ketika berada di asrama kelak. “Aku dapat dekat MRSM Tun Ghafar Baba, Melaka.” Jawab Nina ringkas. “Fuyoh! Powernya kau. MRSM tu antara yang paling top dekat Malaysia tau. Untungnya… bangga aku ada kawan macam kau, Nina! Tahniah!” Adila menjawab dengan penuh bangga lantas menepuk lembut bahu Nina.  Gembira.

Berat terasa dihati untuk berpisah dengan sahabat karibnya yang telah bersama sejak dibangku sekolah rendah itu turut memberi impak yang mendalam pada diri Nina dan juga Adila. Tetapi, dek kerana ingin mengejar cita-cita, mereka sanggup menepis segala perkara yang berlegar diminda. Manakan tidaknya, seorang ke selatan dan seorang lagi ke utara jauh nun disana. Perit yang dirasainya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Allah..
“Saya dengar awak dapat tawaran ke MRSM, betul ke?” Emriz mula bertanya disaat semua orang sedang leka menghias kelas. Suara yang seakan sedih itu cuba ia selindungkan dengan sebaris senyuman yang dihadiahkan kepada Nina. Segak. Terpana seketika disaat Nina melihat wajah pemuda itu. Namun, dia cepat tersedar apabila berasakan seseorang sedang memerhatikannya. “Ya, benar. Lusa saya akan bertolak ke sana. Suasana baru, cikgu-cikgu baru, kawan-kawan baru.. semuanyalah. Doakan yang terbaik untuk saya ye?” balas Nina dengan lembut. Emriz tersenyum tatkala memandang wajah ayu Nina. Hambar dan kelat. Bagaimanakah hari-hariku tanpa melihat dia didepan mataku lagi selepas ini? Adakah dia akan mengingatiku setelah berada disana? Argh. Pelbagai persoalan yang seakan mengejeknya yang tidak berani untuk meluahkan perasaannya terhadap Nina. Bermonolog sendirian.
Petang itu, Nina dan Adila seperti biasa meluangkan sisa-sisa masa yang ada untuk bersama. Adila kemudiannya terasa seakan kepalanya begitu berat. Ya, seperti dihimpap dengan seketul batu yang amat besar! Aduh! Sakitnya.. Jemarinya yang panjang itu mula memicit kepalanya mengikut rentak. Nina yang sejak tadi sedar akan situasi Adila mula bertanya dengan nada cemas. “Weh, kau kenapa? Kau okay ke tak? Kita balik sekarang okay?” “Takpa Nina.. aku okay . Sakit kepala sikit je ni. Kau jangan risau ye. Takda apa-apa.” Jawab Adila untuk menenangkan hati sahabatnya itu sambil tersenyum walaupun sakit yang dirasai… Hanya Allah SWT saja yang Maha Mengetahui segalanya.

5
Hari yang paling mendebarkan telah tiba. Sehari sebelum itu, Nina dan Adila saling memberikan kata-kata semangat. “Aku tau kau kuat Adila. Maksud nama kau Adil. Aku pasti terdapat keadilan didalam diri kau untuk mencapai cita-cita kita selama ni. Kalau kau bersedih bagaimana perkara itu boleh dicapai? Adil terhadap diri kau sendiri dulu, baru fikir pasal orang lain. Allah SWT sentiasa ada untuk kita berdoa tatkala kita suka mahupun duka. Begitu juga aku. Mungkin, kali ini situasinya berbeza. Tetapi, ingatlah.. bahawa aku sentiasa bersama dengan kau. Dalam hati kau.” Nina mengimbas kembali apa yang telah diperkatakan kepada Adila semalam. Situasi hiba menyelubungi hari-hari terakhir mereka bersama.
Tidak lupa juga kepada Emriz Ar-Rayyan. Hanina sempat berjumpa dengannya semalam. “Emriz.. saya minta maaf andai saya ada buat awak sakit hati ke marah ke.. doakan kejayaan saya disana. Doakan supaya saya dapat sesuaikan diri dengan cepat disana ye, Emriz?” Nina cuba menyusun kata-kata dengan kemas. “Ya, NIna. Awak tak buat salah apapun dekat saya. Malah awak selalu tolong saya jika saya tidak faham dalam sesuatu pelajaran. Terima kasih. Alah, awak kan hati kental dan peramah. Saya yakin awak dapat sesuaikan diri dengan cepat bila disana.” Emriz mula berbicara meyakinkan Nina.
Tanpa disedari, Emriz ralit memerhatikan segenap ruang inci wajah ayu milik Rasyiqah Hanina yang kini berada didepan matanya. Wajah yang bakal aku rindui kelak. Ya, dialah insan pertama yang pernah bertakhta jauh disudut hatiku. Kini, dia bakal pergi meninggalkan aku. Tak mengapa, demi merealisasikan impianmu, aku merelakan.. akur. Rintih hati kecil Emriz. Nina yang berasa seperti ada mata memandangnya, pantas memalingkan wajahnya ke Emriz.
“Awak kenapa?” Nina bertanya kebingungan melihat lirikan mata milik Emriz. Cantik! SubhanAllah! “Takda apa-apalah. Saje je nak tengok muka awak. Yelah lepas ni kan dah tak selalu jumpa. Mesti saya rindu awak nanti.” Jelas Emriz dengan penuh yakin. “Haha, merepeklah awak ni Emriz! Alah, bukan saya pergi jauh pun. Nanti bila cuti sekolah, kita jumpalah. Okay?” Balas Nina dengan gelak tawa seakan hal itu adalah lucu baginya. Emriz tersenyum kelat. Padanya itu semua bukan gurauan semata. Dia benar-benar maksudkannya. Tak mengapalah. Harinya pasti tiba suatu hari nanti. Sabar dan  menunggu.
Terimbas kembali segala apa yang telah Nina katakan pada Emriz dan juga sahabat baiknya, Adila. Semoga semuanya berjalan dengan lancarnya. Ya Rabbi, Yassir Wala Tu’assir Tammim  Bil Khoir. Aamiin. Hari tanpa mereka pasti sukar dan perit. Semoga Allah SWT memberikan segala kekuatan dan ketabahan buat diriku dan juga sahabat baikku untuk meneruskan perjuangan suci demi menggapai impian kami. NIna menitipkan doa didalam hatinya. Amin ya Rabb.. 



6
“Aduh! Sakitnya.. argh..” Adila bermonolog sendirian dengan wajah yang sedikit berkerut kemerahan. Sejak belakangan ini, Adila seringkali diserang sakit kepala. Namun, bukan setakat sakit kepala biasa tetapi sakit yang teramat sangat sehingga adakalanya membuatkan dia jatuh pengsan. Rakannya, Syaza yang duduk bersebelahan dengannya di dalam kelas risau akan keadaan Adila pantas bertanya dengan nada yang sedikit cemas. “Weh Dila, kau okay tak ni? Kita pergi bilik kesihatan ye? Kau rehat dekat sana.” Adila tidak menjawab apa-apa. Jemari giat mengurut kepalanya yang kesakitan. Wajahnya yang putih itu lantas berubah warna merah. Pandangan mata Adila semakin kabur. Pitam.
“Tolong! Tolong!” teriak Syaza Arisya meminta bantuan kepada cikgu dan rakan sekelasnya yang turut berada disitu kerana terlalu cemas disaat tubuh kecil milik Adila mula rebah menyembah ke bumi tidak menyedarkan diri. Keadaan kelasnya kelihatan seperti huru-hara seketika. Adila gegas dibawa ke klinik yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Syaza dan rakannya yang lain tidak putus-putus untuk menitipkan doa agar semuanya baik-baik sahaja.
“Adila, kau dah sedar? Kenapa sampai boleh pengsan weh? Kau buat aku cuak je. Nasib baik aku tak nangis tadi tau! Kau ni.. kalau sakit, cakaplah dengan warden asrama. Jangan buat kami risau macam ni. Kau tak kesian ke tengok muka aku ni?” soalan yang diajukan oleh Syaza sebaik sahaja melihat Adila sudah sedar. Syukur, Alhamdulillah. “Alah, kau tu je yang panik lebih. Aku okay je. Mungkin sebab sekarang cuaca panas sangat kot. Air dalam badan kurang. Maaflah sebab buat kau susah hati pasal aku. By the way, thanks sebab risau pasal aku. Untung aku dapat kawan macam kau. Hehe.” Jawab Adilla sekadar ingin mengaburi mata sahabatnya. Jujur, dia juga risau akan keadaan dirinya sendiri yang sering diserang sakit kepala. Fikirannya buntu.

7
     Penyakit  kepala yang dialami Adila semakin menggila saban hari. Seminggu selepas peristiwa Adila jatuh pengsan dan digegaskan ke klinik yang berhampiran dengan asramanya, kini dia dimasukkan ke dalam wad kecemasan pula. Doa yang tidak putus-putus dititipkan oleh orang yang berada disekelilingnya. “Sayang… mama harap kamu kuat dengan ujian yang Allah SWT berikan buatmu. Cepat sedarkan diri ya? Mama rindu nak tengok anak mama senyum. Rindu sangat, sayang..” cik Mah membisikkan kata-kata rindu ditelinga puteri tunggalnya, Amira Adila yang kini terlantar lemah diatas katil pesakit di Hospital Damansara, KPJ. Tampaknya, muka Adila tidak seindah selalu yang dihiasi dengan senyuman indahnya. Hari ini, dia cuma kaku terbaring diatas katil. Mukanya pucat dan lesu. Rindu yang ditanggung oleh cik Mah sudah sukar untuk dibendung. Lantas, cik Mah berlalu keluar dari wad kecemasan untuk mengumpul kembali segala kekuatan.
   Hujan lebat mula membasahi bumi bertuah Malaysia seakan tahu apa yang sedang dirasai oleh cik Mah sekeluarga. Menzahirkan apa yang terpendam jauh disudut hati mereka. “Ya Allah, Engkau kurniakanlah ketabahan dan kekuatan buat anakku yang sedang menderita ditimpa ujianMu. Sesungguhnya, Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Aamiin..” “Abang, kalau abang dah letih, abang baliklah dulu berehat dirumah ya? Saya temankan Dila dekat sini. Esok abang kena kerja pula.” Cik Mah seakan memujuk Encik Maanaf. “Yalah, abang balik dulu. Kalau ada apa-apa, telefon segara, ya? Jaga diri, Assalamualaikum..” “Waalaikumussalam..” Encik Maanaf melangkah dengan berat hati untuk meninggalkan puteri tunggal kesayangannya itu di hospital.  Kalau tidak kerana esok dia harus pergi ke tempat kerja, memang dia tidak akan pulang berehat. Getus hatinya. Encik Maanaf, seorang bapa yang amat mengasihi isteri dan anak-anaknya. “Semoga dikau cepat sembuh, wahai anakku..” doanya di dalam hati.

8
Cahaya mentari yang menerangi segenap inci ruang bilik wad  yang didiami Adila seakan meniup semangat yang baru ke dalam dirinya demi meneruskan kehidupannya disamping insan yang tercinta. Dia berlagak kuat. Senyuman indahnya mula diukir kembali di bibir mungilnya. “Mama…” “Ya, Dila? Dila nak makan apa-apa? Mama boleh belikan..” ujar cik Mah. Dia bersyukur tatkala Adila mula menyedarkan diri setelah hampir seminggu dia terlantar tidak sedarkan diri. Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui apa yang dia rasakan pada ketika itu. Alhamdulillah, ya Rabb.
“Tak, ma.. Dila nak jumpa dengan Emriz. Mama tolong panggilkan dia boleh?” “Oh, boleh.. nanti mama panggilkan dia ya, sayang. Kejap.” Cik Mah berlalu pergi untuk memanggil Emriz yang sejak tadi menunggu diluar bilik wad. “Emriz, masuklah.. Dila nak jumpa dengan Riz.” “Oh, ya. Terima kasih makcik.” Sopan tutur katanya lantas dia menyelak pintu bilik wad menuju kearah katil yang menjadi tempat Adila terbaring sejak memasuki hospital. Sebuah senyuman manis dihadiahkan oleh Emriz kepadanya.
“Assalamualaikum, Dila. Apa khabar?” Emriz memulakan bicara menyapa mesra Adila. “Waalaikumussalam Riz, setakat ni okay lah sikit kot. Kau datang dari rumah ke?” Adila cuba untuk mengukir senyuman dibibirnya sedaya yang boleh. Kalau boleh, dia taknak orang disekelilingnya bersedih hanya kerana dia. Tidak. “Alhamdulillah. Oh, a’ah datang dari rumah. Saja datang nak melawat kau.” Emriz menyusun kata-katanya dengan kemas. Dia memandang sejenak wajah pucat milik rakannya itu. Rambut yang dulunya sering diikat kemas kini semakin menipis dek kerana akibat daripada proses kimoterapi.
“Tadi, cik Mah kata kau nak cakap something dekat aku. Apa dia? “ “Oh, hm ye aku nak cakap something dengan kau.” Adila cuba untuk menggarap kembali segala sisa kekuatannya yang masih berbaki sebelum memulakan bicaranya. Seusai menghembuskan nafasnya, “Aku tau..walau pelbagai ikhtiar yang telah dilakukan oleh mama dengan ayah aku untuk lihat aku sembuh kembali, aku pasti akan pergi jua akhirnya. Aku dah dengar semuanya apa yang doktor terangkan mengenai penyakitku dekat mama tempoh hari. Aku kini berada di stage 4, stage terakhir bagi penyakit ni. Andai aku pergi dulu…” tidak sempat Adila meneruskan bicaranya, Emriz mula mencelah “Tak, tak. Kau mesti yakin yang kau boleh sembuh. Kau kena kuat..” “Riz, dengar dulu apa yang aku nak cakapkan. Aku harap kau rahsiakan perkara ni daripada pengetahuan Nina. Aku tak nak dia sedih sebab aku. Aku tak sanggup nak tengok dia sedih. Kau tolong jagakan dia, okay? Cuma pada kau aku boleh harapkan. Aku tau kau sayangkan dia. Tolong jagakan dia untuk aku, Riz..” luah Adila dalam nada yang seakan sebak namun dia cuba untuk berlagak seolah tiada apa yang berlaku. “InsyaAllah, Adila. Jangan risau.” Emriz sekadar membalas dengan ringkas dan disertai anggukkan lemah. Mengukir senyuman sebagai tanda memberi kekuatan kepada rakannya untuk menempuhi dugaan yang diberikan oleh Sang Pencipta untuknya. Semoga kau tabah, kawan..

9
Hari yang berlalu begitu pantas. Setakat ini, Nina dapat menyesuaikan dirinya dengan rakan-rakan yang baru, guru-guru yang baru dan juga persekitaran yang baru. Dia juga tidak putus-putus berdoa agar Adila juga seperti keadaan dirinya. Dia gembira dengan segalanya. Dia juga mempunyai rakan baru iaitu Zahlia Imani merangkap rakan sebiliknya dan rakan yang duduk bersebelahan dengannya didalam kelas. Zahlia merupakan seseorang yang berperwatakan lemah lembut apabila menuturkan kata-kata. Dia jugalah yang mula-mula sekali menegur Nina dihari orientasi pertama mereka di asrama.
Kini telah tibanya cuti penggal kedua. Waktu inilah yang paling dinantikan Zaireen. Jemarinya pantas menghentam keypad telefon bimbitnya, menghantar pesanan ringkas kepada sahabat baiknya, Adila. “Adila, tunggu aku balik ye! Nanti kita spent time sama-sama. Tak sabar aku nak jumpa kau! Argh, rindunyaaaa..” seusai pesanan ringkas telah pun dihantar, ia menjadi penunggu setia. Memegang telefon bimbitnya setiap saat yang berlalu, namun tiada satu pun pesanan ringkas yang baru masuk. Pelik. “Hm, mungkin sebab dia busy kot? Mungkin sebab dia takda kredit. Alah, nanti dapat jumpa jugak. Takpalah..” Rakan sebiliknya hanya mampu menggelengkan kepala melihat gelagat rakan mereka seorang ini. Ceria yang teramat sangat. “Balik kampong.. oo balik kampong… hati riang…” Nina  menyanyi riang. “Adila, tunggu aku ye!” jerit hati kecil Hanina.
“Orang tua-tua kata, jangan terlalu suka nanti ada yang menangis. Kau ni aku tengok happy semacam je? Apa kes? Happy sebab tak lama lagi dapat jumpa pakwe lah tu.” Sindir Munira dalam nada yang seakan ingin bergurau. Suasana bilik dorm mereka ketika itu amat riuh rendah. Almaklum lah, kejap lagi semuanya akan pulang ke “rumahku, syurgaku”. Terpalit dengan jelas wajah kegembiraan mereka semua. “Merepeklah kau ni Munira! Aku mana ada boyfriend. Takat kawan tu adalah. Itupun sorang perempuan, sorang lelaki. Kau jealous cakap jelah. Wek.” Nina membalas kembali sindirannya. “Haha yelah Nina.. kau ni ada je benda nak jawab.” Munirah menjawab ala kadar.


10
Kereta Naza Kia milik encik Md. Alif tiba diperkarangan asrama MRSM Tun Ghafar Baba, Melaka. Ibubapa Nina telah pun sampai di asrama untuk menjemputnya pulang ke rumah. Tangan tua kedua ibubapanya itu pantas disambut dan disalam dengan rasa penuh hormat. Nina  juga turut memeluk tubuh ibunya yang kian hari kian dimamah usia. Redup matanya memandang wajah ibu yang amat dia kasihi. Eh, boleh pulak aku nak berdrama dekat sini? Hehe. Nina mula bermonolog didalam hati. “Ibu.. ayah.. jomlah kita balik! Nak buat apa dok tercegat lagi dekat sini?” rengek Nina yang agak manja dengan kedua ibubapanya. “Yelah, yelah.. jom kita balik. Lagipun hari dah nak gelap. Kejap lagi jalan jam pulak kang.” Kata ibunya. Nina  hanya menghadiahkan sebuah senyuman buat ibunya.
Jarak perjalanannya hari ini tidak seperti selalu. Terasa jarum jam berdetik dengan begitu perlahan hinggakan kalau ikutkan hatinya ingin saja dia mencepatkan masa. Dalam pada masa itu, Nina terfikir sejenak melayani perasaan, “Kemanakah Adila pergi menyepikan diri? Tidakkah dia tahu bahawa aku begitu rindukannya? Tidak ingatkah dia pada diriku? Kenapa dia selalu tak balas pesanan ringkas yang aku hantar?” pelbagai persoalan yang bermain diminda namun dia cuba menepis segala anasir negatif itu. “Tidak… tidak mungkin dia lupakan aku. Mungkin dia terlalu busy atau penat sebab perjalanan MRSM Alor Setar, Kedah ke Puchong Perdana lebih jauh berbanding aku yang berada di Melaka.” Nina berperang dengan hatinya sendiri menidakkan segala perkara yang buruk mengenai sahabat baiknya itu. Dia kenal akan Adila, seorang sahabat yang setia dan sejati sejak dibangku sekolah rendah lagi. Mana mungkin dia berpaling tadah. “Kau ada dikala ku suka, dikala ku duka. Setiap tangisan dan juga ketawa.. “ lagu Sahabat oleh Najwa Latiff sedang berkumandang di  siaran radio kegemarannya, Era.fm. Nina ralit melayani perasaannya sendiri dalam suasana yang dingin dek kerana penghawa dingin keretanya.  Suasana didalam kereta sunyi sepi. Hanya celoteh dj radio dan lagu-lagu yang dimainkan saja yang kedengaran.

11
Setibanya NIna dirumahnya yang berada di Puchong Perdana, sang mentari telah pun berganti dengan sang rembulan. Hari kian menjadi  gelap serta dihiasi bintang-bintang yang indah menjadi hiasan alam semesta dengan cahayanya yang menerangi malam yang sepi. Keesaan Allah SWT, SubhanAllah! “Em, esok aje lah aku pergi rumah Adila. Mesti dia penat sekarang. Biarlah dia berehat dulu. Hari esok masih ada.” Nina mula berkata-kata perlahan seakan memujuk dirinya.
Langkahnya kemas diatur menuju ke destinasi yang ingin ditujunya. Ya, rumah sahabatnya, Adila. Kini dia tiba di hadapan rumahnya. Sunyi sepi. Tetapi kereta ayahnya turut kelihatan diparkir rapi di halaman rumahnya. “Aik, tak bangun lagi ke semuanya? Pelik!” Nina pantas memberikan salam apabila melihat pintu rumahnya masih lagi tertutup rapat, “Assalamualaikum! Adila oh Adila! Assalamualaikum!” sebaik saja salam kedua dilaungkan, ibu Adila lekas membuka daun pintu rumahnya. Nina tersenyum sebaik sahaja melihat wajah ibu Adila terpacul dimuka pintu rumah dan bergegas menuju kearah wanita yang lebih kurang seusia dengan ibunya untuk bersalaman. Badannya dipeluk erat oleh Cik Mah. Pelik. Tidak seperti selalu. “Cik Mah, Adila ada? Saya nak jumpa dia.” Nina  bertanya kepada wanita tersebut yang telah dianggap seperti ibunya sendiri dengan penuh sopan santun sebaik sahaja pelukan erat itu dileraikan. “Adila takda Nina..” cik Mah menjawab dengan nada yang seakan sebak. Air jernih di tubir mata kian bertakung menunggu masa untuk empangan pecah, berjurai. Matanya pula mula kelihatan merah.
Hanina mula berasa cemas dan tidak sedap hati. Apa dah jadi kepada Adila? Mana dia pergi? Pelbagai persoalan bermain diminda berlegar-legar minta dileraikan. Kusut. “Cik Mah, apa yang dah terjadi dekat Adila? Mana Adilla pergi? Mana makcik?! Adila! Weh, turunlah jangan main-main dengan aku! Aku rindu kau ni weh!” Air jernih di empangan tubir mata Cik Mah sudah mula pecah dengan derasnya. Dalam esakkan yang seakan ditahan, “Adila dah takda Nina, dia dah pergi buat selamanya..” sebak.
Suasana pagi itu terasa begitu hening dan kelam. Berita yang paling digeruni selama ini kini menjadi realiti. Lututnya mula terasa lemah longlai lalu jatuh terjelopok ke lantai. Terasa bagaikan seluruh alam semesta dan langit biru jatuh menghimpapnya, seluruh dunia bagaikan gelap gelita serta merta. Terasa bagaikan seperti didalam drama seketika. “Ya Allah, adakah benar apa yang baru saja aku dengarkan? Kenapa dia, Ya Allah? Beratnya dugaan yang Engkau berikan..” rintih hati kecil Nina.
Cik Mah bergegas menuju ke bilik Adila mencari sepucuk warkah terakhir yang ditinggalkan sebelum roh arwah pergi meninggalkan sebujur jasad kaku buat sahabat tercintanya, Rasyiqah Hanina. Sekembali Cik Mah di ruang tamunya, wanita yang telah dianggap sebagai ibu itu pantas menghulurkan amanah terakhir anak kesayangannya itu kepada Nina. Kini, surat itu telah pun berpindah milik. “Allah lebih sayangkan dia Nina, dia meninggal kerana ketumbuhan dalam otak. Arwah suruh makcik dan keluarga kamu rahsiakan daripada pengetahuan kamu. Maafkan dia, nak..” Jelas Cik Mah dalam nada yang sebak. Nina sedaya upaya mengumpul segala kudrat dan kekuatan sebelum membuka warkah  terakhir yang dicoretkan oleh sahabatnya, Adila. Tangannya menggigil, tubir matanya tidak berhenti-henti daripada terus mengeluarkan butiran jernih airmata. Allahurabbi..

Assalamualaikum wbt,

Sahabat yang daku sayangi,

Tika dan saat dikau sedang leka membaca coretan terakhir daripadaku ini, barangkali diriku sudah pergi buat selamanya kerana ku kira sudah tiba waktunya untuk diriku menyambut seruan Sang Pencipta seluruh makhluk dan alam. Sungguh.. ingin aku nyatakan persahabatan yang terjalin antara kita tidak ada tukar gantinya. Mempunyai seorang sahabat seperti dirimu telah membawa 1001 erti persahabatan di dalam segenap ruang hidupku. Sahabat, terima kasih kerana sudi menjadi teman di kala ku suka dan duka. Apalah ertinya hidupku tanpa dikau disisiku. Masih daku ingat sewaktu pertama kalinya kita bertemu. Sebuah senyuman indah yang dikau hamparkan menjadi detik permulaannya talian ukhuwah yang terjalin antara kita. Waktu kini berlalu begitu pantas. Sungguh aku rindukan segala detik yang berlalu. Terlalu banyak kenangan yang telah kita  ukirkan setelah hampir 12 tahun persahabatan kita terjalin. Nina, maafkan daku kerana menyembunyikan mengenai perihal penyakit yang sedang aku tempuhi selama ini. Aku takut seandainya aku luahkan segalanya, senyuman indah dibibirmu itu akan lenyap. Biarlah daku menderita seorang diri menanggung segala perit dan dugaan yang Allah SWT berikan kepadaku. Mungkin ini adalah bahagian buatku didunia yang fana ini. Aku tidak mahu melibatkan dikau didalam perihal ini. Hanya senyumanmu menjadi penawar dikala kesakitan menyerang diriku. Maaf sebab aku tak sempat untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun hadapan dan mengulangi semula kejayaan bersama dikau. Maaf kerana aku tak sempat untuk merealisasikan impian kita untuk menjadi doktor pakar bedah suatu hari nanti. Hidup.. tidak selalunya dihadiri oleh sang mentari, adakalanya Allah SWT sengaja memberikan kita hujan supaya kelak pelangi bakal mewarnai kehidupan kita. Walau diriku tiada lagi disisimu, tersenyumlah wahai sahabatku, kerana ingat…aku sentiasa bersama denganmu tidak kira dimana jua kau berada. Aku sentiasa ada dalam hati kau. La Tahzan, Innallaha Ma’ana (Jangan bersedih, Allah SWT sentiasa bersamamu). Akhir kalam, jaga diri jangan makan hati. Titipkanlah  surah Yassin dan al-Fatihah  buat diriku andai dikau merinduiku. Aku sentiasa menunggumu, sahabat. Semoga kita dipertemukan semula di syurgaNya kelak. Uhhibuki fillah, fi Hifzillah (Aku sayangkanmu kerana Allah SWT dan semoga dikau dibawah perlindunganNya).
Yang benar,
AMIRA ADILLA  BT. MAANAF.

  “Kenapa kau sanggup tak bagitahu aku Adila? Bukankah kita telah berjanji susah payah kita akan harungi bersama? Kenapa?” jerit Hanina dalam sedu sedan yang semakin menggila. Sesak nafasnya menahan sebak yang teramat. Dia menangis semahunya. Cik Mah yang menjadi pemerhati setia sedari tadi hanya memandang pilu terhadap Nina. “Nina, cik Mah harap Nina redha akan pemergiannya. Sudah tiba masanya untuk pergi. Allah SWT lebih sayangkan dia, Nina.. Arwah didapati menghidapi barah otak bila arwah jatuh pengsan dan koma ketika sewaktu berada di asrama dua bulan yang lalu. Doktor mengesahkan bahawa dia telah berada pada tahap 4. Tahap kronik. Cik Mah harap kamu dapat terima dengan ketentuan Ilahi walaupun dengan perlahan-lahan, sayang. ” Cik Mah cuba memujuk Nina. Dia tahu yang Nina terlalukan sayangkan Adila, namun apatah lagi dia sebagai ibunya yang telah membawanya dalam kandungan selama 9 bulan 10 hari.
“Maafkan aku Adilla, sebab aku tak dapat bersama tatkala kau sedang menderita kesakitan manakala aku masih bisa tersenyum. Ini tidak adil bagimu. Maafkan aku..” rintih hati kecil Nina. Hidupnya kini tidak akan lagi dihadiri oleh gelak tawa serta gurau senda oleh satu-satunya sahabat baiknya, Adila. Mengharungi liku-liku kehidupan tanpa arwah sebagai pembakar semangat dalam hidupnya. Ya Allah, Engkau tempatkanlah sahabat karibku, Amira Adila  bt. Maanaf di dalam kalangan para mukmin yang beriman. Engkau ampunilah segala dosanya didunia ini. Aamiin. Hanina menggenggam erat warkah terakhir daripada sahabat baiknya itu. Amira Adila, selamanya kau akan bertakhta dihatiku. Tiada insan lain yang dapat menggantikan tempatmu. Kau terlalu istimewa buatku..

12
Tatkala Nina lena dibuai lamunan di hari petang yang indah, tersentak seketika apabila bahunya ditepuk perlahan oleh Zahlia. Tanpa ia sedari, setitis air jernih mengalir perlahan dari kelopak matanya yang redup itu. Terasa hangat disaat airmatanya mengalir dipipi gebunya. Pantas ia menyeka untuk mengaburi mata insan disekelilingnya. Lantas dia menghadiahkan sebuah senyuman bagi menghilangkan segala persoalan yang berlegar di ruang pemikiran rakannya itu, “Kau okay?” Zahlia menyapa Nina yang dia sedari tadi kelihatan seperti agak murung. Wajah Nina juga tidak seceria seperti dulu. “Ya, aku okay. Jangan risau eh?” sambut Nina sambil tersenyum manis kepada Zahlia. Zahlia merupakan rakan yang duduk bersebelahan dengannya di dalam kelas sejak berada di tingkatan 4 Aminuddin Baki. Dia juga merupakan seorang rakan yang seringkali mengingatkannya mengenai hal duniawi dan akhirat malahan seorang pendengar yang baik.
“Kau teringat pasal siapa? Adila?” soal Zahlia menduga Nina. “Ya, pasal dia. Arwah hadir dalam mimpi aku semalam dengan wajah yang tersenyum manis. Hari ini, genap setahun arwah pergi buat selamanya meninggalkan aku seorang diri dimuka bumi ini. Aku rindukan kehadirannya disisiku. Adila merupakan seorang sahabat sejati. Arwah suka menolong orang yang memerlukan sehingga adakalanya dia terpaksa abaikan perasaannya sendiri demi kebahagiaan orang lain. Kini, takda lagi lawak jenaka arwah yang seringkali menjadi penawar hati bila aku sedang berduka.” Jelas Hanina dalam sedu yang ditahannya. Zahlia hanya menjadi pendengar setia luahan hati Nina. Dia mengusap perlahan bahu rakannya disebelah seakan memberikan semangat yang baru. Berat  sungguh dugaan yang menimpa diri kau, kawan. Semoga arwah sahabat baikmu ditempatkan bersama kalangan para solihin. Aamiin..
Terimbas kembali segala memori indah yang mereka bina bersama. Semuanya indah belaka. Tiba-tiba Nina teringat kembali kata-kata terakhir Adila sewaktu mereka berdua meluangkan masa bersama dulu “Kalau aku pergi dulu, kau rindu aku tak?”. Adila menduga sahabat baiknya. Nina yang fikirkan soalan itu seolah lucu pada pendengarannya, menumbuk perlahan lengan sahabatnya itu dan ketawa perlahan “Mestilah. Kau kan kawan aku. The only one true friend that I have ever had in my life. Kenapa kau tanya? Kau nak pergi mana?”. “Takda apa, saja je nak tau jawapan kau.” Jawab Adila dengan ringkas. Ketika itu mereka berdua sedang duduk dipangkin depan rumah Adila. Melihat hamparan langit yang gelap gelita serta indah dihiasi bintang dan sang rembulan ciptaan Allah SWT. Segala pujian bagiMu, ya Allah. Cantik!
Sungguh, kehilangan seorang sahabat sejati adalah amat perit bagiku. Terasa bagaikan duniaku kosong tanpa kehadirannya, gelak tawanya yang seringkali menghiasi hari-hariku dan menjadi penawar tatkala hatiku dilanda gundah gulana. Kini, semuanya telah berubah sejak kau pergi. Itu semua hanyalah tinggal kenangan. Kenangan yang akan aku abadikan di dalam hatiku sehingga ke pernafasanku yang terakhir. Aku rindu, malahan akan sentiasa merinduimu wahai sahabatku, Amira Adila bt Maanaf. Rintih Rasyiqah Hanina seorang diri bermonolog didalam hati. Aku redha akan pemergianmu, sahabat. Semoga dikau berbahagia disamping Sang Penciptamu disana. Aamiin.

Thursday 25 July 2013

Ya Ramadhan, time flies too fast..

Assalamualaikum wbt 

Ya Ramadhan Kareem, time flies too fast right now. Tertanya, adakah "nikmat masa" kini telah ditarik olehNya sedikit demi sedikit? Sungguh, terlalu cepat masa berlalu sehingga lelah untuk aku mengejarnya. Allahurabbi.. Kini umat Islam berada pada fasa kedua dalam bulan Ramadhan. Alhamdulillah.

Alhamdulillah kerana Allah SWT masih memberi peluang untukku mengharungi detik-detik menyambut kedatang bulan yang mulia ini disamping insan yang tersayang. Syukur. Ini adalah suatu anugerah yang tidak terhingga. Ramadhan 2013 bakal berakhir tidak lama kelak. Namun, masih adakah peluang untukku pada tahun hadapan? Wallahu'alam. InsyaAllah.

By the way, Salam Jumaat ya Muslimin & Muslimat. Salam Nuzul Quran. It's a beautiful day. Hari Nuzul Quran jatuh pada hari Jumaat yang penuh barakah ini. Allah :'> Semoga kita semua sentiasa diberkati Ilahi. InsyaAllah. Aamiin. Selamat menjalani ibadah puasa :)

Saturday 13 April 2013

Nama-nama yang dilarang dalam Islam.

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini, ingin diriku berkongsi serba sedikit pengetahuan yg aku telah diriku peroleh. Semoga apa yang akan dikongsi memberi manfaat & iktibar kepada kita semua sebagai seorang umat Islam. InsyaAllah. Aamiin. 




Nama Nama Yang Dilarang Islam

Nama adalah doa kepada seseorang, maka ibu bapa menjadi pemegang 

amanah yang besar untuk menamakan cahaya mata mereka. Nama hendaknya

 memiliki makna yang bagus. Janganlah memberikan nama hanya mengikut 

perasaan, asalkan indah dan sedap didengar tanpa mengetahui makna yang 

tersirat atau maksud sebenarnya.

Jika nama tersebut buruk dan memalukan, maka ibubapa boleh dikira berlaku 

zalim dan derhaka pada si anak.


A. NAMA-NAMA LARANGAN

1. Pengabdian / Penghambaan
Syarak menegah menamakan seseorang atau anak dengan nama yang dilarang 

seperti yang khusus bagi Allah atau sembahan-sembahan lain. Jauhilah dari 

nama-nama yang menunjukkan pengabdian/penghambaan kepada selain Allah 

seperti Abdul-Kaabah (Hamba Kaabah), Abdun-Nabi (Hamba Nabi), Abdul-‘Uzza 

(Hamba Tuhan ‘Uzza) dan sebagainya.

2. MALIKUL-AMLAK

Diharamkan memberi nama dengan nama ‘Malikul-Amlak’ yang bermaksud; 

‘Raja bagi segala raja’. Sabda Rasulullah SAW:

إنَّ أخْنَعَ اسْمٍ عِنْدَ اللَّهِ تَعالى رَجُلٌ تَسَمَّى مَلِكَ الأمْلاكِ

“Sesungguhnya sehina-hina/seburuk-buruk nama di sisi Allah ialah seorang 

lelaki yang bernama Malikul-Amlak.” (Riwayat Imam Bukhari dari Abu Hurairah

 r.a.)

Dalam riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda;


أَغْيَظُ رَجُلٍ عَلَى اللهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَأَخْبَثُهُ، رَجُلٌ كَانَ يُسَمَّى مَلِكَ الأَمْلاَكِ، لاَ مَلِكَ إِلاَّ اللَّهُ

“Lelaki yang paling dimukai oleh Allah pada hari kiamat dan paling hina ialah 

lelaki yang diberi nama Malikul-Amlak (kerana hakikatnya) tiada raja 

melainkan Allah.” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)


3. NAMA MALAIKAT

Menurut mazhab Syafi’ie, harus memberi nama dengan nama-nama Malaikat.

 Namun demikian, sebahagian ulama’ memakruhkannya. Berkata Qadhi ‘Iyadh; 

“Telah memakruhkan sebahagian ulama’ memberi nama dengan nama-nama 

Malaikat dan ia adalah pandangan al-Harith bin Miskin. Imam Malik 

memakruhkan memberi nama dengan Jibril dan Ya-sin.”

4. TENGOK NASIB DAN PENAFIAN

Begitu juga, dimakruhkan memberi nama dengan nama-nama yang dijadikan 

tengok nasib dengan penafiannya pada adat/kebiasaan seperti nama-nama 

yang terkandung dalam sabda Rasulullah SAW;

لاَ تُسَمِّيَنَّ غُلاَمَكَ يَسَاراً، وَلاَ رَبَاحاً، وَلاَ نَجِيحاً، وَلاَ أَفْلَحَ، فَإِنَّكَ تَقُولُ: أَثَمَّ هُوَ؟ فَلاَ يَكُونُ، 

فَيَقُولُ: لاَ”. إِنَّمَا هُنَّ أَرْبَعٌ، فَلاَ تَزِيدُنَّ عَلَيَّ.

“Janganlah kamu menamakan anak kamu Yasar (mudah), Rabah (untung),

 Najih (berjaya) dan Aflah (berjaya). Kerana sesungguhnya jika kamu bertanya 

seseorang; “Apakah ada di sana (Yasar, Rabah dan sebagainya itu)?” Lalu ia 

menjawab; “Tidak ada”.” (Riwayat Imam Muslim dari Samurah bin Jundab r.a.)

Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda::

لا تسمين غلامك يسارا ولا رباحا ولا نجيحا ولا أفلح فإنك تقول أثم هو فلا يكون فيقول: لا

“Jangan namakan anakmu dengan nama senang, keuntungan dan kejayaan. 

Sebabnya adalah jika kamu bertanya adakah ‘kuntungan’ ada? Jika tidak ada, 

orang akan menjawab “Keuntungan tidak ada”.” (Hadis riwayat Muslim, Tirmizi 

r.a. dan Abu Daud r.a.)

Menurut Imam Nawawi, dimakruhkan nama-nama tersebut (dalam hadis) 

adalah kerana buruk dan rosaknya jawapan yang bakal diterima, juga nama-

nama tersebut ada kemungkinan menjatuhkan sebahagian golongan ke dalam 

suatu bentuk perbuatan menenung untung/nasib. (Contohnya; apabila ditanya; 

“Adakah di sana ada Rabah (untung)?”, lalu dijawab; “Ada”. Apabila orang 

yang suka menengok/menilai nasib dengan suatu sempena atau kejadian 

mendengar jawapan ini, maka ia akan membuat andaian bahawa hari tersebut 

adalah hari untung).

Menurut Syeikh Abdullah Nasih ‘Ulwan; memberi nama dengan nama-nama ini 

hukumnya adalah haram dengan sepakat para ulama’. (Tarbiyatul-Aulad)


5. KEKUFURAN DAN KEJAHATAN

Nama-nama yang memberikan maksud yang tidak baik dan melambangkan 

kekufuran dan yang terkenal dengan kejahatan, seperti Wisky, Ifrit, Firaun dan 

Syaitan adalah dilarang.

6. TIDAK MELAMBANGKAN ISLAM

Hendaklah dijauhi juga dari memberi nama dengan nama-nama yang tidak 

beridentitikan Islam dan menggambarkan hilangnya jati-diri sebagai seorang 

muslim, seperti meniru-niru nama orang bukan Islam seperti Natasya, Susan, 

Suzuki, Mazda dan Ninja. Juga nama-nama yang menzahirkan cinta-berahi 

seperti nama ‘Huyam’ (gila berahi), dan sebagainya.


7. MEMUJI DIRI SENDIRI

Banyak nama yang menunjukkan memuji diri sendiri dalam masyarakat Melayu 

kini. Tidak kiralah namanya dengan nama Khairun Nisa (sebaik-baik wanita), 

nama ‘mujahid’ pejuang, syahid, nama ‘salafus soleh dan sebagainya. Setiap 

ibubapa hendaklah berhati-hati menamakan bayi mereka kerana ini dilarang 

dan termasuk dalam memuji diri anak itu sendiri.

Rasulullah SAW melarang menggunakan nama yang memuji diri sendiri. Pernah 

terjadi pada suatu ketika, apabila Nabi SAW bertemu seorang wanita bernama 

Barrah (wanita yang sangat baik); Rasulullah SAW bersabda:


لاَ تُزَكُّوْا أَنْفُسَكُمْ اَللهُ أَعْلَمُ بِأَهْلِ الْبِرِّ مِنْكُمْ

“Janganlah kamu memuji diri kamu sendiri. Allah SWT lebih mengetahui 

siapakah yang lebih baik dikalangan kamu.”

Mereka bertanya: “Apa yang kami hendak namakannya.”

Baginda menjawab: “Zainab.”

(Hadis sahih riwayat Muslim r.a.)

Daripada Umar RA berkata, Rasulullah SAW bersabda;

عن عمر رضي الله عنه قال, قال رسول الله صلي الله عليه وسلم:لأنهين ان يسمى رافع 

وبركة ويسار.

“Aku menegah daripada menamakan dengan nama Rafi’ (ketinggian)’, Barakah 

(keberkatan) dan Yassar (senang).” (Hadis riwayat Tirmizi r.a.).

Imam Nawawi berkata: Ulama syafie berkata: “Dimakruhkan memberi nama

 dengan nama-nama ini dan apa yang membawa kepada sebab larangan ini. 

Larangan ini adalah hanya makruh tidak haram.”


8. GABUNGAN NAMA

Memang ramai yang suka menggabungkan nama suami dan isteri tetapi adakah

 ia menghasilkan makna yang baik? Ketahuilah nama juga merupakan 

gambaran bagi sifat, gaya hidup dan pemikiran kedua ibu bapa seseorang.

Nama seperti Rozana, Suzana atau yang menggunakan nama ‘zana’, bunyinya 

sedap sekali tapi maknanya ‘berzina’ atau pun nama ‘wati’ yang bererti 

‘bersetubuh’. Jadi elakkanlah menggunakan nama-nama tersebut.


9. NAMA BURUK

Dimakruhkan memberi nama dengan nama-nama yang buruk seperti Harb, 

Murrah, Kalb, ‘Ashiyah, Syaitan, Dzalim, Himar dan sebagainya.Sabda 

Rasulullah SAW;

تَسَمَّوا بأسْماءِ الأنْبِياءِ، وَأحَبُّ الأسْماءِ إلى اللّه تَعالى عَبْدُ اللّه وَعَبْدُ الرَّحْمَن، وأصْدَقُها: 

حَارِثٌ وَهمَّامٌ، وأقْبَحُها: حَرْبٌ وَمُرَّةُ

“Berilah nama dengan nama-nama para Nabi. Nama yang paling disukai oleh 

Allah ialah ‘Abdullah’ dan ‘Abdurrahman’. Nama yang paling tepat (dengan 

hakikat manusia) ialah ‘Harith’ dan ‘Hammam’, dan nama yang paling buruk 

ialah ‘Harb’ dan ‘Murrah’.” (Riwayat Abu Daud, an-Nasai dan lain-lain dari Abi 

Wahb al-Jusyami r.a.)


B. PERAWATAN ISLAM

Di dalam perawatan Islam juga terdapat beberapa nama yang sebaiknya 

dielakkan untuk diberikan kepada putera-puteri anda kerana maknanya yang

 tidak elok, buruk dan boleh mendatangkan masalah di kemudian hari.

 Hindarilah agar tidak bertembung dengan nama-nama jin. Contohnya;

1. Balqis – ketua jin

2. Qistina/Kistina – penghulu jin

3. Najwa – bisikan

4. Zaqwan/Zaquan – anak jin

5. Haikal/Haiqal – tengkorak

6. Badrisha/Badlisha/Herisha


Anak-anak ini bermungkinan akan menimbulkan banyak masalah, seperti 

sering sakit, berpenyakit ‘berat’ dan kronik, degil, kerap menangis, 

memberontak, hiperaktif dan sebagainya.


C. NAMA-NAMA YANG DILARANG DALAM ISLAM

Berikut adalah sebahagian daripada nama-nama lain dalam Islam yang harus 

dielakkan dan dihindari bagi menamakan bayi anda:

A

Abiqah Hamba yang lari dari tuannya

Abkam Tidak celik, buta

Afinah Yang bodoh

Amah Hamba suruhan perempuan

Asiah Wanita yang derhaka

Asyar Paling jahat

Asyirah Yang tidak bersyukur atas nikmat

Aznie Aku berzina



Baghiah Yang zalim, jahat

Bahimah Binatang

Bakiah Yang menangis, merengek

Balidah Yang bodoh, bebal

Baqarah Lembu Betina

Batilah Yang batil, tidak benar



Dabbah Binatang

Dahisyah Goncang, stress

Dahriyah Yang mempercayai alam wujud dengan sendirinya

Dami’ah Yang mengalir air matanya

Daniyah Yang lemah dan hina

Darakah Kedudukan yang rendah


F

Faji’ah Kecelakaan

Fajirah Yang jahat, yang berdosa

Fasidah Yang rosak, yang binasa

Fasiqah Yang jahat, si fasik

Fasyilah Gagal, kalah


G

Ghafilah Yang lalai, yang leka

Ghaibah Hilang

Ghailah Kecelakaan, bencana

Ghamitah Yang tidak mensyukuri nikmat

Ghasibah Perampas, perompak

Ghawiah Yang sesat, yang mengikut hawa nafsu


H

Haqidah Yang dengki

Hasidah Yang hasad

Hazinah Yang sedih

Huzn Kesedihan


J

Jafiah Yang tidak suka berkawan

Jariah Hamba suruhan perempuan


K

Kafirah Yang kafir, yang ingkar

Kaibah Yang sedih

Kamidah Yang hiba, yang sangat berduka

Kazibah Pendusta, pembohong

Khabithah Yang jahat, yang keji

Khali’ah Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu

Khamrah Arak

Khasirah Yang rugi

Khati’ah Yang bersalah, yang berdosa


L

Laghiah Sia-sia, tidak berfaedah

Lahab Bara api

Lahifah Yang sedih, menyesal dan dizalimi

La’imah Yang tercela

Lainah Yang terkutuk


M

Majinah Yang bergurau senda tanpa perasaan malu

Majusiah Agama menyembah api atau matahari

Maridah Yang menderhaka

Munafikah Yang munafik

Musibah Celaka, bencana, kemalangan


N

Najisah Yang najis dan kotor

Nariah Api

Nasyizah Yang menderhaka dan melawan suami


Q

Qabihah Yang buruk, hodoh

Qasitah Yang melampaui batasan dan menyeleweng dari kebenaran

Qatilah Pembunuh

Qazurah Kejahatan, perzinaan


R

Rajimah Yang direjam, yang dilaknat

Razani Kepala zakar lelaki

Razi’ah Kecelakaan, musibah

Razilah Yang keji dan hina


S

Safih Insan Manusia bodoh

Safilah Yang rendah dan hina

Sahiah Yang pelupa

Sharrul / Sharru Jahat

Sakirah Pemabuk

Sakitah Yang jatuh, yang hina, yang jahat

Syafihah Yang bodoh

Syani’ah Yang buruk

Syaqiyah Yang menderita

Syaridah Yang diusir

Syariqah Pencuri

Syarisah Yang buruk akhlak

Syarrul Bariyyah Sejahat-jahat manusia

Syatimah Maki hamun


T

Tafihah Karut

Talifah Yang rosak, yang binasa

Talihah Yang tidak baik

Tarbiyah Yang papa kedana

Tarikah Anak dara tua



Wahiah Yang lemah, yang jatuh, yang buruk

Wahimah Yang lemah

Wahinah Penakut

Wailah Bencana, keburukan

Wajilah Penakut

Waqi’ah Pertempuran dalam peperangan, umpatan

Waqihah Yang kurang sopan dan malu

Wasikhah Yang kotor

Wasyiah Yang mengumpat, yang mengadu dombakan orang

Wati/Waty Nama Hindu/tiada makna

Wathy / Wathi Bersetubuh



Yabisah Yang kering, yang sedikit kebaikannya

Yaisah Yang berputus asa


Z

Zalijah Kebinasaan

Zalilah Yang hina

Zalimah Yang zalim

Zaniyah Penzina, pelacur

Zufafah Racun pembunuh



D. RENDAH DIRI

Nama-nama yang buruk, berbunyi pelik dan ganjil mungkin membuatkan yang 

empunya diri berasa agak terasing. Tidak mustahil juga nama itu menjadi 

bahan ejekan dan tidak begitu disenangi anak-anak kerana tekanan yang

 dihadapi di sekolah atau di alam pekerjaan.


Kesan daripadanya, nama ini menimbulkan rasa malu kepada mereka yang

 akhirnya menyebabkan rasa marah, membangkitkan pergaduhan, malah juga 

boleh membina perasaan rendah diri dan berkemungkinan ia boleh 

menjejaskan perkembangan penghargaan kendiri seseorang itu.

Sabda Rasulullah SAW : “Kamu sekalian pada hari kiamat akan dipanggil 

dengan nama kamu dan nama bapa kamu, maka hendaklah kamu 

memperelokkan nama kamu.” (Hadis riwayat Abu Daud r.a.).


E. PANGGILAN PENDEK

Orang Melayu suka menggunakan nama panggilan/timangan atau 

memendekkan nama, seperti nama Muhamad/Muhammad akan jadi Mohd 

(jom) atau Mat (mati) dan jika nama Abdullah, jadi Dolah saja. Amalan ini 

haruslah ditinggalkan dan contohilah orang Arab yang menghargai dan 

memanggil nama penuh pada setiap masa, kerana padanya terkandung doa.


F. PENUKARAN NAMA

Disunatkan mengubah nama yang buruk atau yang tidak baik kerana Nabi SAW

 telah melakukannya kepada para sahabat baginda, di mana Rasulullah SAW 

pernah menukar nama seorang yang bernama Abdul Hajar (hamba batu) 

kepada Abdullah. Ada yang bernama ‘Asi (yang derhaka) lalu ditukar kepada 

Muti’ (yang taat).

Aishah r.a berkata: “Rasulullah telah menukar nama-nama yang buruk.” 

(riwayat Tirmidzi).”

Ibn Umar berkata: “Anak perempuan Umar dinamakan dengan nama ‘Asiah 

(wanita yang derhaka), lalu dinamakan oleh Rasulullah SAW dengan Jamilah

 (cantik).” (riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah).


Ibnu Umar r.a. menceritakan;


أَنَّ رَسُولَ اللهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- غَيَّرَ اسْمَ عَاصِيَةَ. وَقَالَ: “أَنْتِ جَمِيلَةُ”.

“Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menukar nama (seorang perempuan 

bernama) ‘Ashiyah (perempuan yang engkar) di mana baginda berkata kepada

 (perempuan itu); ‘Kamu adalah Jamilah (yang indah)’.” (Riwayat Imam Muslim)

Said bin al-Musayyab menceritakan bahawa bapanya yang bernama Hazn 

(susah/sedih), telah datang kepada Rasulullah SAW lalu Baginda bertanya 

kepadanya; “Apa nama kamu?” Jawab bapaku; “Hazn”. Lalu Rasulullah 

berkata; “Kamu adalah Sahl (iaitu Nabi menukar namanya kepada Sahl yang 

bererti; mudah).” Namun bapaku berkata; “Aku tidak akan menukar nama yang 

diberikan kepadaku oleh bapaku.” Said berkata; “(Dengan kedegilannya itu) 

maka berterusanlah ‘huzunah’ (kepayahan/kesedihan) membelenggu keluarga

 kami selepasnya.” (Riwayat Imam Bukhari dari Said bin al-Musayyab dari 

bapanya)

Berdasarkan kepada apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW mengenai

 penukaran nama di atas, adalah disunatkan menukar nama buruk kepada yang

 lebih baik.

Sekiranya sesiapa yang telah terlanjur menamakan anak dengan nama yang 

buruk, tidak elok atau ‘kurang manis’, tidak perlulah mengubah nama tersebu

di pejabat pendaftaran, cukuplah hanya menukar nama panggilan kepada 

nama pangkat dalam keluarga seperti along, angah atau nama keduanya. Jika 

nama anak itu ‘Siti Balqis’, panggillah ‘Siti’ sahaja.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam bishowab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)



 Maaf andai ada yang terguris hati. Niat dihati cuma ingin 
berkongsi ilmu & pengajaran kepada semua. 
Semoga kita semua sentiasa diberkati oleh Allah swt.
Assalamualaikum  :)