Sunday 2 March 2014

Memori lalu.

Terkadang ;
hati kecil ini tertanya.

"Bagaimana sebegitu mudah 
dia lupakan seseorang yang dahulunya
dikatakan terlalu sayang & berjanji setia?"

Namun --
tersentak akan hakikat.

Bahawa,
"Sesungguhnya, hati manusia ini Allah SWT yang pegang.
Dia jualah yang Maha membolak-balikkan
hati para hambaNya."

Hari ini,
dia berjanji setia.
Hari esok,
dia tinggalkan kita.

Tiada siapa menduga.

Kenangan,
andainya bisa dilupakan.
Dipadamkan.
Pasti sudah lama dilakukan.

Namun --
tetap jua tersimpan rapi.
Jauh disudut hati.
Walau suka mahupun duka yang diberi.
Aku hargai.

"Dia dah lama kot dengan kau, takkan tak ingat langsung?"
"Hm, entahlah weh. Hati orang. Kita tak
boleh nak expect apa yang dia fikir & rasa.
Dia dah bahagia dengan orang baru,
yang lama lupalah. Biasalah."

Tipulah kalau tak ingat.
Tapi,
ingatkah dia pada aku?
Wallahua'lam.

Dari jauh,
doa menjadi penghubung.

Mendoakan --
kejayaan yakni kebahagiaan
dunia mahupun akhirat.

Walau dimana jua,
aku tahu dikau sentiasa
dibawah perlindungan yang Maha Esa.


Fi hifzillah,
Aasif jiddan.

No comments:

Post a Comment