Tuesday 26 June 2012

Setahun sudah berlalu. Al-fatihah.

"Setiap makhluk yang bernyawa di atas muka bumi ini, pasti akan merasa saat kematian. Cuma yang berbeza, bila dan dimana."


Setahun sudah berlalu, setahun sudah peristiwa itu berlalu. Masih lagi aku ingat disaat kami sekeluarga mendapat panggilan daripada salah seorang saudara kami memberitahu mengenai berita tentang pemergian arwah Pak lang aku. Masih lagi aku ingat betapa sayunya hati aku pada ketika itu tatkala melihat wajah bapak aku. Dia hanya mampu terdiam dan meneruskan perjalanan pulang terus ke kampung halaman, Sg. Bakap, Penang. Suasana didalam kereta disaat itu begitu sunyi. Hanya lagu dari radio sahaja yang berkumandang.


Aku turut bersedih dan melayan perasaan pada ketika itu. Namun, tidak pula airmata ini menitis menyembah ke bumi. Mungkin kerana aku takut, takut andai setitis airmataku jatuh, aku tidak akan pernah berhenti. Ya Allah, aku taknak roh arwah Paklang terseksa disebabkan hanya setitis airmataku. Tidak sesekali aku inginkan. 


Disaat itu juga, hati aku tidak berapa tenang. Aku takut, aku takut andai aku sampai ke rumahnya, aku lihat jenazahnya yang terkaku dibaluti dengan kain putih, aku tak kuat. Ye, aku tak kuat utk berhadapan dan menghadapinya. Sungguh. Disaat aku ingin melangkah masuk ke dalam rumahnya, kaki ku terasa lemah longlai. Mengumpul segala kekuatan didalam diri utk menjejakkan kaki masuk sambil menahan "empangan" airmata drpd pecah lalu jatuh dengan begitu derasnya.


Aku nampak. Aku nampak jasad arwah terbaring terkaku dibaluti dengan kain putih di dalam sebuah bilik yang sering menjadi tempat tidur kami tatkala bertandang ke rumahnya. Kini tiada lagi gurau senda drpd arwah. Kini tiada lagi senyuman darinya. Betapa aku rindukan semua itu. Aku sedih tengok bapak aku, act sebenarnya sehari sebelum arwah meninggal dunia, bapak aku bercadang nak balik kampung, melawat arwah dekat hospital. Dan sebelum arwah meninggal juga, arwah telah menyatakan hasratnya utk berjumpa dengan bapak aku. Kiranya macam tak kesampaian hajat terakhir arwah. K sedih gila.


Aku akui, walaupun kami tidaklah sebegitu rapat. Namun hakikatnya aku rindukan arwah, aku yakin dan memang yakin bahawa dia seorang pkcik apatah lagi abang yang sangat hebat dan penyanyang. Buktinya, arwah pernah menjaga segala kebajikan bapak aku ketika bapak aku masih lg dibangku sekolah dan arwah tokwan aku telahpun meninggalkan dunia ini. Memandangkan bapak aku juga merupakan anak bongsu dalam keluarga. Betapa besar pengorbanan arwah sebagai seorang abang. 




Walau apapun, juju sentiasa doakan kesejahteraan arwah paklang di sana. Semoga arwah paklang sentiasa dicucuri rahmatNya dan ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman. Amin. Al-fatihah buat arwah Hj. Zainon b. Yaakob ( 26 Jun 2011 ) :')