Tuesday 14 October 2014

Menunggu.

"Ku tetapkan menunggumu, walau apapun berlaku; ku tetapkan bersamamu, hanya waktu yang berlalu.."

Lagu kegemaran Medina berkumandang di radio. Diam seribu bahasa cuba untuk menghadam setiap bait ayat yang tersirat disebalik lagu tersebut.

Zalikha dan Rafisya yang baru sahaja pulang dari kolej memandang pelik terhadap Medina.

"Aku ingatkan takda orang tadi. Bagi salam tak berjawab, ketuk pintu tak berbalas. Rupanya tengah berangan minah sorang ni!" Ujar Zalikha sebaik saja melangkah masuk ke dalam bilik hostel mereka.

"He he he.. sorrylah Zalikha, Rafisya. Aku bukan sengaja buat tak dengar. Cuma terleka sat ja." Balas Medina.

"Haa! Dok teringat dekat marka lah tu." usik Rafisya yang sejak tadi cuma menjadi penonton setia.

"Uish, mana ada aih. Hang ni memandai ja." Bidas si Medina cuba untuk menafikanya. Akhirnya ketawa mereka meletus memeriahkan lagi suasana bilik mereka.

"Sebenarnya, aku masih tunggu dia. Dia yang pernah buat aku gembira, tersenyum dengan setiap gurau sendanya, bait katanya dan juga nasihatnya. I thought that I already had moved on; but I was wrong. Those feeling will never be fade away because even after years, I still feel the same. Moga awak dikurniakan kejayaan hatta kebahagiaan disamping insan yang awak sayang didunia mahupun diakhirat." Medina bermonolog didalam hatinya.

Terimbas kembali segala kenangan lalu. 

"Senyum. Teruskan langkah. Kalau benar dia ditakdirkan untuk kau, dia pasti akan kembali. Percaya akan qada' dan qadar Allah SWT, Medina. Perkara penting sekarang adalah kau perlu perbaiki diri sendiri. Mana tau "jodoh" kau juga tengah sibuk buat "persiapan diri" sebelum dipertemukan dengan kau. Who knows, right? Relaks, tak didunia kelak diakhirat akan dipertemukan kembali. Janji Allah itu pasti, sahabat."

Tiba-tiba Medina teringat kembali kata-kata yang pernah diucapkan Saffiya. Saffiya, seorang sahabat yang sering ada untuknya dikala bangun jatuh. Seorang sahabat yang tidak jemu memberinya kata-kata nasihat & semangat.

"Terima kasih awak atas segala memori."