Friday 8 August 2014

Selamanya.

"Am.." Ashriq menyapa Amir Ilham. Dia tersentak. 

"Yes, Ash?" Dia memandang wajah sahabatnya disebelah dengan penuh kasih sayang. Mereka merupakan kawan sejak kecil lagi. 

"Kalau aku pergi dulu, kau rindu tak?" soal Iman Ashriq menduga Amir Ilham.

Amir Ilham mula berasa pelik namun dia cuba menepis segala perkara negatif yang berlegar difikirannya. "Husnudzon, Am! Husnudzon. Astaghfirullah.."

"Rindu? Hm..tak kot hahaha" Am menjawab dalam nada gurauan.

"Oh okay. Okay lah Ash, aku mintak diri dulu. Dah lewat malam ni. Kang risau pulak mak aku dekat rumah. Aasif jiddan, moga sentiasa dibawah perlindunganNya. Assalamualaikum." Dia menghadiahkan sebuah senyuman kepada sahabatnya itu & berlalu pergi.

Jauh disudut hati Ashriq, dia berasa kecil hati namun dia cuma mendiamkan diri. Dia melangkah pergi meninggalkan Amir Ilham sendirian digelanggang futsal perumahan mereka.

***

Siapa menjangka bahawa itu senyuman terakhir darinya. Kini, dia telah pergi. Bukan khayalan bukan jua perkara mainan. Ya, dia pergi. Selamanya. Bertemu dengan Sang Pencipta -- Allah Azza Wa jala.

Tiada lagi ;

Gurau sendanya.
Gelak & tawanya.
Kata-kata nasihatnya.
Tumbukan manjanya.
Gaduh manjanya.

...& tiada lagi insan murni yang bernama Iman Ashriq didunia ini. Seorang sahabat yang ku kira begitu jarang & sukar untuk ditemui. Ia ibarat permata yang terselit dicelahan pepasir pantai halus. Senyuman & kata-katanya membawa kedamaian jiwa pada setiap insan yang bertemu dengannya.

Insan yang sering bantu dia untuk bangkit semula dikala ia futur. Insan yang sering mengingatkannya bahawa "Allah SWT itu tidak akan sesekali menduga hambaNya dengan sesuatu ujian diluar kemampuan para hambaNya.". Insan yang sering berada disisinya tatkala senang mahupun sukar, tatkala gembira mahupun sedih; tatkala tiada siapa disisinya.

"Ash, maafkan aku. Maafkan aku andai aku gagal menjadi seorang sahabat yang baik yakni sering melalaikan. Bersemadilah dikau disisi Penciptamu. Moga kita akan dipertemukan kelak disyurga milikNya." desis hati Amir Ilham mengenang sayu tentang sahabatnya, Iman Ashriq.

Tanpa ia sedari, butiran jernih mula membasahi pipinya. Terasa hangat pipinya dikala itu. 

"Come on, Am. La tahzan, innallaha ma'assobirrin, remember? Senyum. Kalau Ash tengok kau macam ni mesti dia lagi sedih. Biarlah dia tenang disisi Tuhannya. Doakan yang terbaik buatnya. Sahabat, kerana Allah kita dipertemukan hatta kerana Allah jua kita dipisahkan. Aku yakin, hikmah itu pasti ada." Dia bermonolog sendirian. Memungut kembali segala kekuatan untuk meneruskan derap langkahnya tanpa seorang sahabat fillah disisinya. Ya, kuat kerana Allah SWT.

Senyum.