Sunday 18 May 2014

Warkah rindu.






"Bila kelak aku pergi, kau akan rindu aku tak?"

"Eh, mestilah rindu!"

Terkadang --
hati tertanya,
jiwa dilanda tanda tanya.

"Ada ke orang rindu aku bilamana kelak aku pergi?"
Pergi jauh.
Jauh dari sini.
Jauh dari yang dikenali.

Kelak aku akan pergi.
Mengapa masih tidak mengerti?
Hati kata pergi.
Jasad terkaku besi.

Terkadang --
hati merindu,
cuma tidak pasti pada siapa.

Terkadang --
manusia sering lupa.
Leka.
Alpa.

Pada ;
 orang-orang yang sering ada disisinya,
diwaktu suka mahupun duka,
diwaktu dikau runsing mahupun gembira.

Hingga
tiba suatu saat nanti.

"Orang-orang" itu pergi,
selamanya.

Fikir sejenak,
bila dikau runsing gelisah dek dugaan yang menimpa,
dia sentiasa ada.
Memberi kata semangat.
Menyuntik kembali semangat.

TAPI.

saya ulang.

TAPI.

Bilamana dia perlukan seseorang disisi,
kemanakah dikau pergi?
Tepuk dada, jawab pakai hati.
Usah berjanji andai tidak bisa direalisasi.

Bukan  ;
niat untuk mengungkit.
Jauh sekali untuk mengaibkan.

Cuma,
terkadang dalam diam  "orang-orang" itu terkilan.
dia simpan.
dia pendam.

Pernah dikau kisah?
Tidak.

Pernah dikau tanya?
Tidak.

Andai --
kelak pemergiannya tanpa sempat
ucap kata selamat,
mohon diampunkan.

Usah ditangisi.
Usah diratapi.
Usah dirindui.

Andai,
pemergiannya yang dikau pinta dulu.
Andai,
pemergiannya bisa buat dikau bahagia.

Senyumlah wahai hati.
Tiada guna lagi.
Dikau menyesali.

Doakannya.
Kebahagiaannya.
Kesejahteraannya.

Dalam,
kejauhan terpisah dek jarak dan masa.
Doa menyatukan dua jiwa.

Warkah rindu,
pena menulis, hati berbicara.
Tinta tiada siapa menduga.

Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Aasif jiddan.
Fi hifzillah.

Salam rindu,
RZ.

Persoalan.

Persoalan.

Terkadang --
terlalu banyak perkara berlegar difikiran.

 Sampai satu tahap ;
kau rasa malas nak fikir.

Sampai satu tahap ;
kau rasa macam --
"ah gi lantak ah, bukan ada orang kisah pun."

Sampai satu tahap ; 
kau rasa seolah kau futur.

Lemah.
Rebah.
Kebah.
Resah.

Pernah kau rasa?

Bilamana,
apa yang kau lakukan.
Semua serba serbi tak kena.

Hambar.

Pengakhirannya,
kau duduk dalam bilik.

Di suatu sudut.
Kau terduduk.

Sepi.
Kelam.

Yang kedengaran cuma,
esakan tangisan.

Penyesalan.

Persoalan
yang mana sampai kesudah tidak terungkai.
Menyiksa jiwa.

Nak ditanya,
takut kecewa.

Nak ditanya,
nanti orang kata apa.

Akhirnya --
simpan dalam hati.
Kau makan hati.

Takpa.

Bangkit semula,
ya?

Mungkin,
ada hikmah disebalik semua yang tersirat.
Yang bilamana,
para hambaNya sendiri terjerut dek hakikat.
Tidak terungkai.

Namun,
percayalah wahai hati.

"Setiap yang berlaku adalah diatas kehendakNya."

Hikmah.
Kelak kan muncul.
Dari arah yang kita sendiri tidak sangka.

InsyaAllah.

Terkadang --
apa yang dibiar tidak dijawab
itu lebih baik dibiar sepi tanpa jawapan.

Kerana,
terkadang khuatir jawapan yang diberi;
tidaklah sepertimana apa yang kita impi.

Sabarlah.

Senyum.

Janji Allah itu pasti,
insyaAllah dikau tidak terkecuali.

Untuk --
merasai nikmat kebahagiaan yang dikau damba
selama ini.

Manusia merancang.
Namun ingatlah;
Allah swt itu sebaik-baik perancang.

Dia Maha Mengetahui
apa yang terbaik untuk para hambaNya.

Cuma;
cepat atau lambat.

Tunggu.

"Innallaha ma'ana."
[Sesungguhnya Allah bersama kita]

-RZ.

Kehadiran.

18 May 2014.



Kehadirannya,
diatur rapi oleh Sang Pencipta --
Allah Azza wa jala.

Pertemuan.

Bertergur sapa.
Tanpa diduga.

Hadir tanpa diundang,
siang malam ku kenang.

Tanpa disedari --
terbit senyuman dibibir.
Tatkala,
teringatkannya.

"Senyuman tu kan free, so senyumlah ;)"
"Jgn sedih, keep smile ;)"
dikau kata.

Syukran ya Rabb,
atas nikmat gembira yang Engkau kurniakan ini.
Meskipun cuma seketika waktu.

Syukran ya Rabb,
atas pertemuan ini.
Meskipun hadirnya cuma penyeri.

Moga,
dikau sentiasa dibawah perlindunganNya.
Tidak kira --
dimana,
sedang apa,
dengan siapa.

La tahzan, innallaha ma'assobirin, awak.
Senyum.

Tuesday 6 May 2014

Melupakan.

"...Zahirah." Saffiya menyapa.

"Ye, ko nak apa?" zahirah tersentak dari lamunannya seketika.

"Amboi, garangnya. Aku nak tanya something ni."

"Oh, apa dia?"

"Kau...suka Hadif ke?"

"Hah?! hahaha mana ada. Merepek betul. Aku tak suka sesiapapun. Awat tanya?" jawab Zahirah.

Suasana kembali menyepi. Keduanya mulai melayani perasaan sendiri. Soalan yang diajukan kepada Zahirah cuma dijawab ringkas. Sekadar berbasa basi.

"Ya, aku suka dia. Tanpa aku sendiri sedar. Namun, demi kebaikan bersama aku harus melupakannya. Demi persahabatan antara aku dan dia." Zahirah bermonolog sendirian.

Dia tersenyum sendiri.

"Hadif Iftiqal."

Moga dikau sentiasa dibawah perlindungan yang Maha Esa.


-RZ.