Assalamualaikum and hyep reader(s).
Lets read about "Bersahabat bukan sekadar hanya sehari sahaja"
yang dipilih oleh rakannya”. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang
harus dijadikan sahabat.
Apakah ciri2 sahabat yang baik ? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya:
“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka
hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
# Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
# Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan
kamu.
# Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
# Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan
baik.
# Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai
atau menyebut kebaikan kamu.
# Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
# Jka engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
# Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan
kesusahan kamu.
# Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
# Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
# Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
# Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga
kepentingan persahabatan.
No comments:
Post a Comment