Sunday 18 May 2014

Persoalan.

Persoalan.

Terkadang --
terlalu banyak perkara berlegar difikiran.

 Sampai satu tahap ;
kau rasa malas nak fikir.

Sampai satu tahap ;
kau rasa macam --
"ah gi lantak ah, bukan ada orang kisah pun."

Sampai satu tahap ; 
kau rasa seolah kau futur.

Lemah.
Rebah.
Kebah.
Resah.

Pernah kau rasa?

Bilamana,
apa yang kau lakukan.
Semua serba serbi tak kena.

Hambar.

Pengakhirannya,
kau duduk dalam bilik.

Di suatu sudut.
Kau terduduk.

Sepi.
Kelam.

Yang kedengaran cuma,
esakan tangisan.

Penyesalan.

Persoalan
yang mana sampai kesudah tidak terungkai.
Menyiksa jiwa.

Nak ditanya,
takut kecewa.

Nak ditanya,
nanti orang kata apa.

Akhirnya --
simpan dalam hati.
Kau makan hati.

Takpa.

Bangkit semula,
ya?

Mungkin,
ada hikmah disebalik semua yang tersirat.
Yang bilamana,
para hambaNya sendiri terjerut dek hakikat.
Tidak terungkai.

Namun,
percayalah wahai hati.

"Setiap yang berlaku adalah diatas kehendakNya."

Hikmah.
Kelak kan muncul.
Dari arah yang kita sendiri tidak sangka.

InsyaAllah.

Terkadang --
apa yang dibiar tidak dijawab
itu lebih baik dibiar sepi tanpa jawapan.

Kerana,
terkadang khuatir jawapan yang diberi;
tidaklah sepertimana apa yang kita impi.

Sabarlah.

Senyum.

Janji Allah itu pasti,
insyaAllah dikau tidak terkecuali.

Untuk --
merasai nikmat kebahagiaan yang dikau damba
selama ini.

Manusia merancang.
Namun ingatlah;
Allah swt itu sebaik-baik perancang.

Dia Maha Mengetahui
apa yang terbaik untuk para hambaNya.

Cuma;
cepat atau lambat.

Tunggu.

"Innallaha ma'ana."
[Sesungguhnya Allah bersama kita]

-RZ.

No comments:

Post a Comment