Wednesday 23 January 2013

Semoga tabah dlm mengharungi dugaan yg menimpa, wahai kawan.

Assalamualaikum wbt. 

Pertama sekali, Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam  Berselawatlah sentiasa ke atas nabi junjungan kita iaitu ya Rasulullah SAW. Semoga ia menjadi sebati didalam hari-hari kita. InsyaAllah. Amin.


Disini, aku ingin menyampaikan salam takziah buat kawan aku, Kamil atas apa yg telah menimpa dirinya & keluarga. Sungguh, walaupun aku tidaklah serapat mana tapi aku mula berkawan dengannya sejak tahun lepas. Dia seorang yg peramah & suka buat aku senyum kadangkala ((serious)) bila tweet dgn dia. Pada masa yg sama, mungkin kerana tarikh lahir kami hampir nk dekat iaitu pada bulan Mac. Pada aku, dia seperti abang & juga kawan yg baik (lol). Tapi, aku tau hakikatnya dia memang seorang abang yg baik untuk adik-adiknya. InsyaAllah. 

Kamil, 

Aku tahu mungkin sukar bagi kau hadapi ini semua. Tapi, percayalah & yakinlah bahawa semua ini telah ditakdirkan oleh Allah swt yang Maha Esa. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Aku tau kau seorang yang kuat, Kamil. Allah swt tidak akan memberi sesuatu dugaan kepada hambaNya jikalau hambaNya tidak mampu untuk hadapi. Perbanyakkan sedekah al-fatihah & surah Yassin untuk arwah ibu kau. Aku yakin, arwah seorang wanita yg sangat baik yakni seorang ibu yang sangat hebat untuk anak-anaknya. 

Aku turut bersimpati atas apa yg terjadi kepada adik kau. Aku tau kau sayang dia, well abang mana yg tak sayangkan adik bukan? Dan aku tau mungkin sukar untuk kau tengok dia dalam keadaan begitu. Tapi, kau kena kuat bila berdepan dengan dia. Jangan pernah sesekali tunjukkan kesedihan didepannya. Bila kau kuat, aku yakin dia juga akan rasakan sebegitu. Sentiasa berikan dia kata-kata semangat. Sentiasa ada untuk dia. Yang penting sekali, sentiasa berdoa kepadaNya agar dia permudahkan segala urusan kau di dunia & di akhirat  . 

Maaf, mungkin aku over sangat. Mungkin, kau pun fikir mcmtu. Tapi, kau kawan aku, Kamil. Aku tak boleh tengok kau sedih. Aku tau, walaupun kau selalu buat emoticon smiley, tapi hakikatnya kau tidak memaksudkannya. Aku selalu terfikirkan kau. Risaukan kau. Tapi, takpalah. Siapalah aku pada kau bukan. Walau apapun, kalau kau ada sesuatu yg perlu diluahkan, aku sentiasa ada untuk kau sbg kawan. Tapi, seeloknya mengadulah pada Allah swt yang Maha Penyanyang lagi Maha Mengasihi. Dia lebih memahami hambaNya. 

Akhir kata, semoga semuanya berjalan dengan lancar. Sentiasa sedekahkan al-fatihah & surah yassin buat arwah ibu kau. Semoga Allah swt menempatkan arwah didalam kalangan orang-orang yang beriman yakni mencucuri rahmat keatas rohnya. Semoga sentiasa tabah dlm mengharungi ini semua. Salam.

No comments:

Post a Comment