1
Terjalinnya sebuah ikatan
persahabatan serta diniatkan kerana Lillahi Taala antara dua sahabat iaitu Rasyiqah Hanina dan
Amira Adilla. Dua insan yang tidak
pernah kenal erti jemu dalam menerokai erti dan nilai sebuah
persahabatan. Talian persahabatan mereka
yang bagaikan isi dan kuku memberikan perspektif positif terhadap rakannya yang
lain bahawa kata-kata “kawan ketika senang mudah dicari, tetapi
sahabat tatkala waktu sulit sukar dicari” masih boleh digunapakai walaupun
hidup di zaman Mellenium ini.
“Weh Adila! Cepatlah sikit ambil buku
tu. Kita dah lambat nak pergi makmal ni!” omel Nina. Nama yang menjadi panggilan setiap insan yang
mengenalinya. Ayu dan bijak. Itulah
insan yang bernama Rasyiqah Hanina bt. Md Alif.
“Yelah, yelah kejaplah! Kau ni kan tak reti sabar sat lah.” Jemari Adila
pantas mengambil barang-barang yang perlu dibawanya ke makmal. Lantas mereka berdua laju mengorak langkah
menuju ke destinasi yang dituju.
Ketika dalam perjalanan ke makmal..
gedebuk! Bunyi hentakan kuat akibat
berlakunya perlanggaran yang tidak dijangka antara Nina dan Emriz. Buku-buku
ditangannya habis jatuh menyembah ke bumi, berselerakkan. Nina dan Adila kaget.
Terkedu buat seketika waktu. “Aduh! Sakit
gila tangan aku. Buta ke apa
mamat ni? Aku yang besar ni pun dia tak nampak ke ha?” Nina bermonolog
sendirian di dalam hatinya sambil jemarinya menari-nari mengutip kembali
buku-bukunya yang jatuh berselerakkan.
“Awak, awak tak apa-apa ke? Kuat
sangat ke saya terlanggar sampai awak terjatuh? Awak cedera ke? Maaf..” Bertubi-tubi soalan Emriz yang ditujukan kepada Nina bagaikan
peluru machine gun. “Takpa, takpa.
Saya okay.” Emriz Ar-Rayyan seorang anak muda yang berwajah tampan serta bertubuh
sedikit tegap dan dalam diam telah menaruh harapan terhadap Nina setelah sekian lama. Tanpa berlengah, ia juga
pantas menghulurkan bantuan mengutip semula buku-buku Nina. Sedari tadi, Adila cuma menjadi pemerhati setia. Tidak
berkata-kata apa.
Nina dan Adila pantas berlalu pergi
meninggalkan Emriz yang masih lagi terpinga-pinga akan kejadian sebentar tadi.
Mengatur langkah dengan kemas menuju ke makmal komputer. Bergegas. Tahun ini
mereka bakal menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Pelbagai persiapan
yang telah mereka lakukan disamping menjalankan tugas sebagai pengawas sekolah
di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mawar. Mereka juga merupakan antara pelajar
harapan pihak sekolah serta guru-guru ekoran mereka memperoleh 8A dalam
peperiksaan percubaan yang lepas. Nina dan Adila juga aktif dalam bidang
kokurikulum. Mereka telah mewakili dalam pertandingan bola jaring saban tahun
dan pada tahun ini mereka berjaya
mendapat tempat kedua dalam peringkat daerah.
2
Hari berganti hari, bulan berganti
bulan. Kini tiba masanya bagi semua pelajar tingkatan tiga di seluruh Malaysia
untuk menerima keputusan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Sesiapa yang
menanam, pasti akan menuai. Itulah ungkapan yang menjadi pegangan dalam hidup Nina.
Debaran yang kian mengocak perasaan setiap murid bakal menutup tirainya tidak
lama lagi. Begitu juga yang dirasai oleh Nina dan sahabat karibnya, Adila.
Gementar. Tiada kata yang dapat diungkapkan pada waktu itu. Tawakal innallahu. “Apalah agaknya
keputusan aku nanti? Adakah cemerlang atau sebaliknya? Adakah segala
perngorbananku selama ini akan membuahkan hasil yang dapat menggembirakan
hatiku dan orang sekelilingku? Allah..” rintih Nina jauh disudut hatinya.
Pelbagai soalan yang berlegar-legar di benak pemikirannya. Dia memandang
sekilas ke wajah Adila. Seorang sahabat yang amat ia sayangi sejak bertemu buat
pertama kali ketika di bangku sekolah rendah dulu. Tampaknya Adila juga seperti
keadaan dirinya. Gelisah menepis segala persoalan yang bermain diminda.
Masa yang dinantikan telah tiba.
Degupan jantung Nina dan Adila semakin pantas sehingga boleh kedengaran bunyinya.
Seusai pengetua habis berucap, kini giliran pengacara majlis untuk mengumumkan
keputusannya. Dewan Mutiara ini bakal menjadi tempat terciptanya sejarah buat
diriku dan rakan-rakan yang lain. Getus hati Nina. “Kau dah bersedia?” tanya
Hanina pantas disambut dengan senyuman serta anggukkan oleh Adila. Mereka
bergenggaman tangan. Redha dan pasrah akan apa yang bakal mereka peroleh.
“Rasyiqah Hanina bt. Md Alif!”
pengacara majlis mula mengumumkan nama pelajar yang mendapat keputusan 8A. Nina
terpana buat seketika waktu. “Ya Allah..adakah aku bermimpi?” Namun, lamunannya
tersentak dek kerana Adila menepuk bahunya kegembiraan. “Amira Adila bt.
Maanaf!” setiba itu Adila juga turut terkejut apabila namanya tersenarai dalam
golongan yang memperoleh keputusan yang cemerlang. Bersyukur dan gembira.
Mereka berdua bersalaman dan memeluk kedua ibubapa mereka. Itulah yang dirasai
oleh mereka semua pada detik itu. Ibubapa mereka tersenyum bangga. Mereka
pantas mengatur langkah dengan kemas sambil berpegangan tangan menuju ke pentas
untuk menerima sijil penghargaan bersertakan plak cenderahati yang diberikan
oleh pihak sekolah. “Tahniah! Kerana berjaya memperoleh keputusan yang
cemerlang.” Seungkai kata yang dilafazkan oleh pengetua sekolah dalam nada yang
gembira. Terharu. “Syukur kerana Allah SWT telah memakbulkan doa-doaku.
Alhamdulillah.”
3
“Tahniah Adila! Aku bangga ada kawan
macam kau. Hehe. Sekarang kita dah peroleh apa yang kita impikan selama ni.
Terasa macam dalam mimpi pulak.” Luah hati Rasyiqah yang tampaknya begitu
gembira sekali dengan keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR)nya. Dalam
hatinya bertalu-talu mengucapkan lafaz syukur ke hadrat Ilahi yang Maha
Memberi. “Alhamdulillah. Ini semua milik Dia Nina. Walau apapun, aku tetap
bersyukur dengan rezekiku, rezekimu. Tahniah juga!” Balas Adila dalam nada yang
sukar digambarkan kerana terlalu bersyukur. Mereka berpelukan. Sehelai slip
keputusan peperiksaan yang kelihatan sudah sedikit renyuk masih lagi digenggam
kemas mereka. Syukur!
“Petang ni jom pergi celebrate nak?”
cadang Nina bagi meraikan kejayaan cemerlang mereka. “Haa, boleh jugak. Nak
pergi mana?” ujar Adila. “Hm, kita pergi secret recipe nak? Aku dah lama tak
makan kek dekat sana. Teringin pulak rasanya. Hehe.” “Okay jugak. Aku pun dah
lama tak makan kek.” Akhirnya mereka mencapai kata sepakat. Kedai kek Secret Recipe di IOI Puchong menjadi
destinasi pilihan hati.
4
Kini, mereka berdua berada di
tingkatan empat Anggerik. Aliran sains
tulen sememangnya aliran yang telah lama diimpikan oleh mereka lantaran ingin mencapai
cita-cita mereka untuk menjadi doktor pakar bedah. Januari telah berlalu,
Februari mula datang bertandang. Dalam pada masa itu Nina dan Adila menerima
beberapa tawaran ke asrama penuh dan Maktab Sains Rendah Mara (MRSM).
“Kau dapat tawaran dari mana Adila?” Nina
mula membuka bicara disaat mereka sedang melayani perasaan masing-masing di
hadapan tasik mengejutkan Adila daripada lamunannya. “Hah? Oh.. aku dapat
tawaran dari MRSM Alor Setar, Kedah. Kau?” Nina menggelengkan kepala sambil tersenyum melihat
gelagat sahabat karibnya itu. Ya, wajah serta senyuman itu yang bakal aku
rindui ketika berada di asrama kelak. “Aku dapat dekat MRSM Tun Ghafar Baba,
Melaka.” Jawab Nina ringkas. “Fuyoh! Powernya
kau. MRSM tu antara yang paling top
dekat Malaysia tau. Untungnya… bangga aku ada kawan macam kau, Nina! Tahniah!”
Adila menjawab dengan penuh bangga lantas menepuk lembut bahu Nina. Gembira.
Berat terasa dihati untuk berpisah
dengan sahabat karibnya yang telah bersama sejak dibangku sekolah rendah itu
turut memberi impak yang mendalam pada diri Nina dan juga Adila. Tetapi, dek
kerana ingin mengejar cita-cita, mereka sanggup menepis segala perkara yang
berlegar diminda. Manakan tidaknya, seorang ke selatan dan seorang lagi ke
utara jauh nun disana. Perit yang dirasainya. Berat mata memandang, berat lagi
bahu yang memikul. Allah..
“Saya dengar awak dapat tawaran ke
MRSM, betul ke?” Emriz mula bertanya disaat semua orang sedang leka menghias
kelas. Suara yang seakan sedih itu cuba ia selindungkan dengan sebaris senyuman
yang dihadiahkan kepada Nina. Segak. Terpana seketika disaat Nina melihat wajah
pemuda itu. Namun, dia cepat tersedar apabila berasakan seseorang sedang
memerhatikannya. “Ya, benar. Lusa saya akan bertolak ke sana. Suasana baru,
cikgu-cikgu baru, kawan-kawan baru.. semuanyalah. Doakan yang terbaik untuk
saya ye?” balas Nina dengan lembut. Emriz tersenyum tatkala memandang wajah ayu
Nina. Hambar dan kelat. Bagaimanakah hari-hariku tanpa melihat dia didepan
mataku lagi selepas ini? Adakah dia akan mengingatiku setelah berada disana?
Argh. Pelbagai persoalan yang seakan mengejeknya yang tidak berani untuk
meluahkan perasaannya terhadap Nina. Bermonolog sendirian.
Petang itu, Nina dan Adila seperti
biasa meluangkan sisa-sisa masa yang ada untuk bersama. Adila kemudiannya
terasa seakan kepalanya begitu berat. Ya, seperti dihimpap dengan seketul batu
yang amat besar! Aduh! Sakitnya.. Jemarinya yang panjang itu mula memicit
kepalanya mengikut rentak. Nina yang sejak tadi sedar akan situasi Adila mula
bertanya dengan nada cemas. “Weh, kau kenapa? Kau okay ke tak? Kita balik
sekarang okay?” “Takpa Nina.. aku okay . Sakit kepala sikit je ni. Kau jangan
risau ye. Takda apa-apa.” Jawab Adila untuk menenangkan hati sahabatnya itu
sambil tersenyum walaupun sakit yang dirasai… Hanya Allah SWT saja yang Maha
Mengetahui segalanya.
5
Hari yang paling mendebarkan telah
tiba. Sehari sebelum itu, Nina dan Adila saling memberikan kata-kata semangat.
“Aku tau kau kuat Adila. Maksud nama kau Adil. Aku pasti terdapat keadilan
didalam diri kau untuk mencapai cita-cita kita selama ni. Kalau kau bersedih
bagaimana perkara itu boleh dicapai? Adil terhadap diri kau sendiri dulu, baru
fikir pasal orang lain. Allah SWT sentiasa ada untuk kita berdoa tatkala kita
suka mahupun duka. Begitu juga aku. Mungkin, kali ini situasinya berbeza.
Tetapi, ingatlah.. bahawa aku sentiasa bersama dengan kau. Dalam hati kau.” Nina
mengimbas kembali apa yang telah diperkatakan kepada Adila semalam. Situasi
hiba menyelubungi hari-hari terakhir mereka bersama.
Tidak lupa juga kepada Emriz
Ar-Rayyan. Hanina sempat berjumpa dengannya semalam. “Emriz.. saya minta maaf
andai saya ada buat awak sakit hati ke marah ke.. doakan kejayaan saya disana.
Doakan supaya saya dapat sesuaikan diri dengan cepat disana ye, Emriz?” Nina
cuba menyusun kata-kata dengan kemas. “Ya, NIna. Awak tak buat salah apapun
dekat saya. Malah awak selalu tolong saya jika saya tidak faham dalam sesuatu
pelajaran. Terima kasih. Alah, awak kan hati kental dan peramah. Saya yakin
awak dapat sesuaikan diri dengan cepat bila disana.” Emriz mula berbicara
meyakinkan Nina.
Tanpa disedari, Emriz ralit
memerhatikan segenap ruang inci wajah ayu milik Rasyiqah Hanina yang kini
berada didepan matanya. Wajah yang bakal aku rindui kelak. Ya, dialah insan
pertama yang pernah bertakhta jauh disudut hatiku. Kini, dia bakal pergi
meninggalkan aku. Tak mengapa, demi merealisasikan impianmu, aku merelakan..
akur. Rintih hati kecil Emriz. Nina yang berasa seperti ada mata memandangnya,
pantas memalingkan wajahnya ke Emriz.
“Awak kenapa?” Nina bertanya
kebingungan melihat lirikan mata milik Emriz. Cantik! SubhanAllah! “Takda
apa-apalah. Saje je nak tengok muka awak. Yelah lepas ni kan dah tak selalu
jumpa. Mesti saya rindu awak nanti.” Jelas Emriz dengan penuh yakin. “Haha,
merepeklah awak ni Emriz! Alah, bukan saya pergi jauh pun. Nanti bila cuti
sekolah, kita jumpalah. Okay?” Balas Nina dengan gelak tawa seakan hal itu
adalah lucu baginya. Emriz tersenyum kelat. Padanya itu semua bukan gurauan
semata. Dia benar-benar maksudkannya. Tak mengapalah. Harinya pasti tiba suatu
hari nanti. Sabar dan menunggu.
Terimbas kembali segala apa yang
telah Nina katakan pada Emriz dan juga sahabat baiknya, Adila. Semoga semuanya
berjalan dengan lancarnya. Ya Rabbi,
Yassir Wala Tu’assir Tammim Bil Khoir.
Aamiin. Hari tanpa mereka pasti sukar dan perit. Semoga Allah SWT
memberikan segala kekuatan dan ketabahan buat diriku dan juga sahabat baikku untuk
meneruskan perjuangan suci demi menggapai impian kami. NIna menitipkan doa
didalam hatinya. Amin ya Rabb..
6
“Aduh! Sakitnya.. argh..” Adila
bermonolog sendirian dengan wajah yang sedikit berkerut kemerahan. Sejak
belakangan ini, Adila seringkali diserang sakit kepala. Namun, bukan setakat
sakit kepala biasa tetapi sakit yang teramat sangat sehingga adakalanya
membuatkan dia jatuh pengsan. Rakannya, Syaza yang duduk bersebelahan dengannya
di dalam kelas risau akan keadaan Adila pantas bertanya dengan nada yang
sedikit cemas. “Weh Dila, kau okay tak ni? Kita pergi bilik kesihatan ye? Kau
rehat dekat sana.” Adila tidak menjawab apa-apa. Jemari giat mengurut kepalanya
yang kesakitan. Wajahnya yang putih itu lantas berubah warna merah. Pandangan
mata Adila semakin kabur. Pitam.
“Tolong! Tolong!” teriak Syaza Arisya
meminta bantuan kepada cikgu dan rakan sekelasnya yang turut berada disitu
kerana terlalu cemas disaat tubuh kecil milik Adila mula rebah menyembah ke
bumi tidak menyedarkan diri. Keadaan kelasnya kelihatan seperti huru-hara
seketika. Adila gegas dibawa ke klinik yang berdekatan untuk mendapatkan
rawatan selanjutnya. Syaza dan rakannya yang lain tidak putus-putus untuk
menitipkan doa agar semuanya baik-baik sahaja.
“Adila, kau dah sedar? Kenapa sampai
boleh pengsan weh? Kau buat aku cuak je. Nasib baik aku tak nangis tadi tau!
Kau ni.. kalau sakit, cakaplah dengan warden asrama. Jangan buat kami risau
macam ni. Kau tak kesian ke tengok muka aku ni?” soalan yang diajukan oleh Syaza
sebaik sahaja melihat Adila sudah sedar. Syukur, Alhamdulillah. “Alah, kau tu
je yang panik lebih. Aku okay je. Mungkin sebab sekarang cuaca panas sangat
kot. Air dalam badan kurang. Maaflah sebab buat kau susah hati pasal aku. By the way, thanks sebab risau pasal
aku. Untung aku dapat kawan macam kau. Hehe.” Jawab Adilla sekadar ingin
mengaburi mata sahabatnya. Jujur, dia juga risau akan keadaan dirinya sendiri
yang sering diserang sakit kepala. Fikirannya buntu.
7
Penyakit
kepala yang dialami Adila semakin menggila saban hari. Seminggu selepas
peristiwa Adila jatuh pengsan dan digegaskan ke klinik yang berhampiran dengan
asramanya, kini dia dimasukkan ke dalam wad kecemasan pula. Doa yang tidak
putus-putus dititipkan oleh orang yang berada disekelilingnya. “Sayang… mama
harap kamu kuat dengan ujian yang Allah SWT berikan buatmu. Cepat sedarkan diri
ya? Mama rindu nak tengok anak mama senyum. Rindu sangat, sayang..” cik Mah
membisikkan kata-kata rindu ditelinga puteri tunggalnya, Amira Adila yang kini
terlantar lemah diatas katil pesakit di Hospital Damansara, KPJ. Tampaknya,
muka Adila tidak seindah selalu yang dihiasi dengan senyuman indahnya. Hari
ini, dia cuma kaku terbaring diatas katil. Mukanya pucat dan lesu. Rindu yang
ditanggung oleh cik Mah sudah sukar untuk dibendung. Lantas, cik Mah berlalu
keluar dari wad kecemasan untuk mengumpul kembali segala kekuatan.
Hujan lebat mula membasahi bumi bertuah
Malaysia seakan tahu apa yang sedang dirasai oleh cik Mah sekeluarga.
Menzahirkan apa yang terpendam jauh disudut hati mereka. “Ya Allah, Engkau
kurniakanlah ketabahan dan kekuatan buat anakku yang sedang menderita ditimpa
ujianMu. Sesungguhnya, Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Aamiin..” “Abang,
kalau abang dah letih, abang baliklah dulu berehat dirumah ya? Saya temankan
Dila dekat sini. Esok abang kena kerja pula.” Cik Mah seakan memujuk Encik
Maanaf. “Yalah, abang balik dulu. Kalau ada apa-apa, telefon segara, ya? Jaga
diri, Assalamualaikum..” “Waalaikumussalam..” Encik Maanaf melangkah dengan
berat hati untuk meninggalkan puteri tunggal kesayangannya itu di
hospital. Kalau tidak kerana esok dia
harus pergi ke tempat kerja, memang dia tidak akan pulang berehat. Getus
hatinya. Encik Maanaf, seorang bapa yang amat mengasihi isteri dan
anak-anaknya. “Semoga dikau cepat sembuh, wahai anakku..” doanya di dalam hati.
8
Cahaya mentari
yang menerangi segenap inci ruang bilik wad
yang didiami Adila seakan meniup semangat yang baru ke dalam dirinya
demi meneruskan kehidupannya disamping insan yang tercinta. Dia berlagak kuat.
Senyuman indahnya mula diukir kembali di bibir mungilnya. “Mama…” “Ya, Dila?
Dila nak makan apa-apa? Mama boleh belikan..” ujar cik Mah. Dia bersyukur
tatkala Adila mula menyedarkan diri setelah hampir seminggu dia terlantar tidak
sedarkan diri. Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui apa yang dia rasakan pada
ketika itu. Alhamdulillah, ya Rabb.
“Tak, ma..
Dila nak jumpa dengan Emriz. Mama tolong panggilkan dia boleh?” “Oh, boleh..
nanti mama panggilkan dia ya, sayang. Kejap.” Cik Mah berlalu pergi untuk
memanggil Emriz yang sejak tadi menunggu diluar bilik wad. “Emriz, masuklah..
Dila nak jumpa dengan Riz.” “Oh, ya. Terima kasih makcik.” Sopan tutur katanya
lantas dia menyelak pintu bilik wad menuju kearah katil yang menjadi tempat
Adila terbaring sejak memasuki hospital. Sebuah senyuman manis dihadiahkan oleh
Emriz kepadanya.
“Assalamualaikum,
Dila. Apa khabar?” Emriz memulakan bicara menyapa mesra Adila.
“Waalaikumussalam Riz, setakat ni okay lah sikit kot. Kau datang dari rumah
ke?” Adila cuba untuk mengukir senyuman dibibirnya sedaya yang boleh. Kalau
boleh, dia taknak orang disekelilingnya bersedih hanya kerana dia. Tidak.
“Alhamdulillah. Oh, a’ah datang dari rumah. Saja datang nak melawat kau.” Emriz
menyusun kata-katanya dengan kemas. Dia memandang sejenak wajah pucat milik
rakannya itu. Rambut yang dulunya sering diikat kemas kini semakin menipis dek
kerana akibat daripada proses kimoterapi.
“Tadi, cik Mah
kata kau nak cakap something dekat
aku. Apa dia? “ “Oh, hm ye aku nak cakap something
dengan kau.” Adila cuba untuk menggarap kembali segala sisa kekuatannya yang
masih berbaki sebelum memulakan bicaranya. Seusai menghembuskan nafasnya, “Aku
tau..walau pelbagai ikhtiar yang telah dilakukan oleh mama dengan ayah aku
untuk lihat aku sembuh kembali, aku pasti akan pergi jua akhirnya. Aku dah
dengar semuanya apa yang doktor terangkan mengenai penyakitku dekat mama tempoh
hari. Aku kini berada di stage 4, stage terakhir bagi penyakit ni. Andai
aku pergi dulu…” tidak sempat Adila meneruskan bicaranya, Emriz mula mencelah
“Tak, tak. Kau mesti yakin yang kau boleh sembuh. Kau kena kuat..” “Riz, dengar
dulu apa yang aku nak cakapkan. Aku harap kau rahsiakan perkara ni daripada
pengetahuan Nina. Aku tak nak dia sedih sebab aku. Aku tak sanggup nak tengok
dia sedih. Kau tolong jagakan dia, okay? Cuma pada kau aku boleh harapkan. Aku
tau kau sayangkan dia. Tolong jagakan dia untuk aku, Riz..” luah Adila dalam
nada yang seakan sebak namun dia cuba untuk berlagak seolah tiada apa yang
berlaku. “InsyaAllah, Adila. Jangan risau.” Emriz sekadar membalas dengan
ringkas dan disertai anggukkan lemah. Mengukir senyuman sebagai tanda memberi
kekuatan kepada rakannya untuk menempuhi dugaan yang diberikan oleh Sang
Pencipta untuknya. Semoga kau tabah, kawan..
9
Hari yang berlalu begitu pantas.
Setakat ini, Nina dapat menyesuaikan dirinya dengan rakan-rakan yang baru,
guru-guru yang baru dan juga persekitaran yang baru. Dia juga tidak putus-putus
berdoa agar Adila juga seperti keadaan dirinya. Dia gembira dengan segalanya. Dia
juga mempunyai rakan baru iaitu Zahlia Imani merangkap rakan sebiliknya dan
rakan yang duduk bersebelahan dengannya didalam kelas. Zahlia merupakan
seseorang yang berperwatakan lemah lembut apabila menuturkan kata-kata. Dia
jugalah yang mula-mula sekali menegur Nina dihari orientasi pertama mereka di
asrama.
Kini telah tibanya cuti penggal
kedua. Waktu inilah yang paling dinantikan Zaireen. Jemarinya pantas menghentam
keypad telefon bimbitnya, menghantar
pesanan ringkas kepada sahabat baiknya, Adila. “Adila, tunggu aku balik ye!
Nanti kita spent time sama-sama. Tak
sabar aku nak jumpa kau! Argh, rindunyaaaa..” seusai pesanan ringkas telah pun
dihantar, ia menjadi penunggu setia. Memegang telefon bimbitnya setiap saat
yang berlalu, namun tiada satu pun pesanan ringkas yang baru masuk. Pelik. “Hm,
mungkin sebab dia busy kot? Mungkin
sebab dia takda kredit. Alah, nanti dapat jumpa jugak. Takpalah..” Rakan
sebiliknya hanya mampu menggelengkan kepala melihat gelagat rakan mereka
seorang ini. Ceria yang teramat sangat. “Balik kampong.. oo balik kampong… hati
riang…” Nina menyanyi riang. “Adila,
tunggu aku ye!” jerit hati kecil Hanina.
“Orang tua-tua kata, jangan terlalu
suka nanti ada yang menangis. Kau ni aku tengok happy semacam je? Apa kes? Happy
sebab tak lama lagi dapat jumpa pakwe lah tu.” Sindir Munira dalam nada yang
seakan ingin bergurau. Suasana bilik dorm mereka ketika itu amat riuh rendah.
Almaklum lah, kejap lagi semuanya akan pulang ke “rumahku, syurgaku”. Terpalit
dengan jelas wajah kegembiraan mereka semua. “Merepeklah kau ni Munira! Aku
mana ada boyfriend. Takat kawan tu
adalah. Itupun sorang perempuan, sorang lelaki. Kau jealous cakap jelah. Wek.”
Nina membalas kembali sindirannya. “Haha yelah Nina.. kau ni ada je benda nak
jawab.” Munirah menjawab ala kadar.
10
Kereta Naza Kia milik encik Md. Alif
tiba diperkarangan asrama MRSM Tun Ghafar Baba, Melaka. Ibubapa Nina telah pun sampai
di asrama untuk menjemputnya pulang ke rumah. Tangan tua kedua ibubapanya itu
pantas disambut dan disalam dengan rasa penuh hormat. Nina juga turut memeluk tubuh ibunya yang kian hari
kian dimamah usia. Redup matanya memandang wajah ibu yang amat dia kasihi. Eh,
boleh pulak aku nak berdrama dekat sini? Hehe. Nina mula bermonolog didalam
hati. “Ibu.. ayah.. jomlah kita balik! Nak buat apa dok tercegat lagi dekat
sini?” rengek Nina yang agak manja dengan kedua ibubapanya. “Yelah, yelah.. jom
kita balik. Lagipun hari dah nak gelap. Kejap lagi jalan jam pulak kang.” Kata ibunya. Nina hanya menghadiahkan sebuah senyuman buat
ibunya.
Jarak perjalanannya hari ini tidak
seperti selalu. Terasa jarum jam berdetik dengan begitu perlahan hinggakan
kalau ikutkan hatinya ingin saja dia mencepatkan masa. Dalam pada masa itu, Nina
terfikir sejenak melayani perasaan, “Kemanakah Adila pergi menyepikan diri?
Tidakkah dia tahu bahawa aku begitu rindukannya? Tidak ingatkah dia pada
diriku? Kenapa dia selalu tak balas pesanan ringkas yang aku hantar?” pelbagai
persoalan yang bermain diminda namun dia cuba menepis segala anasir negatif
itu. “Tidak… tidak mungkin dia lupakan aku. Mungkin dia terlalu busy atau penat sebab perjalanan MRSM
Alor Setar, Kedah ke Puchong Perdana lebih jauh berbanding aku yang berada di
Melaka.” Nina berperang dengan hatinya sendiri menidakkan segala perkara yang
buruk mengenai sahabat baiknya itu. Dia kenal akan Adila, seorang sahabat yang
setia dan sejati sejak dibangku sekolah rendah lagi. Mana mungkin dia berpaling
tadah. “Kau ada dikala ku suka, dikala ku duka. Setiap tangisan dan juga
ketawa.. “ lagu Sahabat oleh Najwa Latiff sedang berkumandang di siaran radio kegemarannya, Era.fm. Nina ralit
melayani perasaannya sendiri dalam suasana yang dingin dek kerana penghawa
dingin keretanya. Suasana didalam kereta
sunyi sepi. Hanya celoteh dj radio dan lagu-lagu yang dimainkan saja yang
kedengaran.
11
Setibanya NIna dirumahnya yang berada
di Puchong Perdana, sang mentari telah pun berganti dengan sang rembulan. Hari
kian menjadi gelap serta dihiasi
bintang-bintang yang indah menjadi hiasan alam semesta dengan cahayanya yang
menerangi malam yang sepi. Keesaan Allah SWT, SubhanAllah! “Em, esok aje lah
aku pergi rumah Adila. Mesti dia penat sekarang. Biarlah dia berehat dulu. Hari
esok masih ada.” Nina mula berkata-kata perlahan seakan memujuk dirinya.
Langkahnya kemas diatur menuju ke
destinasi yang ingin ditujunya. Ya, rumah sahabatnya, Adila. Kini dia tiba di
hadapan rumahnya. Sunyi sepi. Tetapi kereta ayahnya turut kelihatan diparkir
rapi di halaman rumahnya. “Aik, tak bangun lagi ke semuanya? Pelik!” Nina
pantas memberikan salam apabila melihat pintu rumahnya masih lagi tertutup
rapat, “Assalamualaikum! Adila oh Adila! Assalamualaikum!” sebaik saja salam
kedua dilaungkan, ibu Adila lekas membuka daun pintu rumahnya. Nina tersenyum
sebaik sahaja melihat wajah ibu Adila terpacul dimuka pintu rumah dan bergegas
menuju kearah wanita yang lebih kurang seusia dengan ibunya untuk bersalaman.
Badannya dipeluk erat oleh Cik Mah. Pelik. Tidak seperti selalu. “Cik Mah, Adila
ada? Saya nak jumpa dia.” Nina bertanya
kepada wanita tersebut yang telah dianggap seperti ibunya sendiri dengan penuh
sopan santun sebaik sahaja pelukan erat itu dileraikan. “Adila takda Nina..”
cik Mah menjawab dengan nada yang seakan sebak. Air jernih di tubir mata kian
bertakung menunggu masa untuk empangan pecah, berjurai. Matanya pula mula
kelihatan merah.
Hanina mula berasa cemas dan tidak
sedap hati. Apa dah jadi kepada Adila? Mana dia pergi? Pelbagai persoalan
bermain diminda berlegar-legar minta dileraikan. Kusut. “Cik Mah, apa yang dah
terjadi dekat Adila? Mana Adilla pergi? Mana makcik?! Adila! Weh, turunlah
jangan main-main dengan aku! Aku rindu kau ni weh!” Air jernih di empangan
tubir mata Cik Mah sudah mula pecah dengan derasnya. Dalam esakkan yang seakan
ditahan, “Adila dah takda Nina, dia dah pergi buat selamanya..” sebak.
Suasana pagi itu terasa begitu hening
dan kelam. Berita yang paling digeruni selama ini kini menjadi realiti. Lututnya
mula terasa lemah longlai lalu jatuh terjelopok ke lantai. Terasa bagaikan
seluruh alam semesta dan langit biru jatuh menghimpapnya, seluruh dunia
bagaikan gelap gelita serta merta. Terasa bagaikan seperti didalam drama
seketika. “Ya Allah, adakah benar apa yang baru saja aku dengarkan? Kenapa dia,
Ya Allah? Beratnya dugaan yang Engkau berikan..” rintih hati kecil Nina.
Cik Mah
bergegas menuju ke bilik Adila mencari sepucuk warkah terakhir yang
ditinggalkan sebelum roh arwah pergi meninggalkan sebujur jasad kaku buat
sahabat tercintanya, Rasyiqah Hanina. Sekembali Cik Mah di ruang tamunya,
wanita yang telah dianggap sebagai ibu itu pantas menghulurkan amanah terakhir
anak kesayangannya itu kepada Nina. Kini, surat itu telah pun berpindah milik.
“Allah lebih sayangkan dia Nina, dia meninggal kerana ketumbuhan dalam otak.
Arwah suruh makcik dan keluarga kamu rahsiakan daripada pengetahuan kamu.
Maafkan dia, nak..” Jelas Cik Mah dalam nada yang sebak. Nina sedaya upaya
mengumpul segala kudrat dan kekuatan sebelum membuka warkah terakhir yang dicoretkan oleh sahabatnya, Adila.
Tangannya menggigil, tubir matanya tidak berhenti-henti daripada terus
mengeluarkan butiran jernih airmata. Allahurabbi..
Assalamualaikum
wbt,
Sahabat
yang daku sayangi,
Tika
dan saat dikau sedang leka membaca coretan terakhir daripadaku ini, barangkali
diriku sudah pergi buat selamanya kerana ku kira sudah tiba waktunya untuk diriku
menyambut seruan Sang Pencipta seluruh makhluk dan alam. Sungguh.. ingin aku
nyatakan persahabatan yang terjalin antara kita tidak ada tukar gantinya.
Mempunyai seorang sahabat seperti dirimu telah membawa 1001 erti persahabatan
di dalam segenap ruang hidupku. Sahabat, terima kasih kerana sudi menjadi teman
di kala ku suka dan duka. Apalah ertinya hidupku tanpa dikau disisiku. Masih daku ingat sewaktu pertama kalinya
kita bertemu. Sebuah senyuman indah yang dikau hamparkan menjadi detik
permulaannya talian ukhuwah yang terjalin antara kita. Waktu kini berlalu
begitu pantas. Sungguh aku rindukan segala detik yang berlalu. Terlalu banyak
kenangan yang telah kita ukirkan setelah
hampir 12 tahun persahabatan kita terjalin. Nina, maafkan daku kerana
menyembunyikan mengenai perihal penyakit yang sedang aku tempuhi selama ini. Aku takut
seandainya aku luahkan segalanya, senyuman indah dibibirmu itu akan lenyap.
Biarlah daku menderita seorang diri menanggung segala perit dan dugaan yang
Allah SWT berikan kepadaku. Mungkin ini adalah bahagian buatku didunia yang
fana ini. Aku tidak mahu melibatkan dikau didalam perihal ini. Hanya senyumanmu
menjadi penawar dikala kesakitan menyerang diriku. Maaf sebab aku tak sempat
untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun hadapan dan
mengulangi semula kejayaan bersama dikau. Maaf kerana aku tak sempat untuk
merealisasikan impian kita untuk menjadi doktor pakar bedah suatu hari nanti. Hidup..
tidak selalunya dihadiri oleh sang mentari, adakalanya Allah SWT sengaja
memberikan kita hujan supaya kelak pelangi bakal mewarnai kehidupan kita. Walau
diriku tiada lagi disisimu, tersenyumlah wahai sahabatku, kerana ingat…aku
sentiasa bersama denganmu tidak kira dimana jua kau berada. Aku sentiasa ada
dalam hati kau. La Tahzan, Innallaha Ma’ana (Jangan bersedih, Allah SWT
sentiasa bersamamu). Akhir kalam, jaga diri jangan makan hati. Titipkanlah surah Yassin dan al-Fatihah buat diriku andai dikau merinduiku. Aku
sentiasa menunggumu, sahabat. Semoga kita dipertemukan semula di syurgaNya
kelak. Uhhibuki fillah, fi Hifzillah (Aku sayangkanmu kerana Allah SWT dan
semoga dikau dibawah perlindunganNya).
Yang benar,
AMIRA ADILLA BT. MAANAF.
“Kenapa
kau sanggup tak bagitahu aku Adila? Bukankah kita telah berjanji susah payah
kita akan harungi bersama? Kenapa?” jerit Hanina dalam sedu sedan yang semakin
menggila. Sesak nafasnya menahan sebak yang teramat. Dia menangis semahunya.
Cik Mah yang menjadi pemerhati setia sedari tadi hanya memandang pilu terhadap Nina.
“Nina, cik Mah harap Nina redha akan pemergiannya. Sudah tiba masanya untuk
pergi. Allah SWT lebih sayangkan dia, Nina.. Arwah didapati menghidapi barah
otak bila arwah jatuh pengsan dan koma ketika sewaktu berada di asrama dua
bulan yang lalu. Doktor mengesahkan bahawa dia telah berada pada tahap 4. Tahap
kronik. Cik Mah harap kamu dapat terima dengan ketentuan Ilahi walaupun dengan
perlahan-lahan, sayang. ” Cik Mah cuba memujuk Nina. Dia tahu yang Nina
terlalukan sayangkan Adila, namun apatah lagi dia sebagai ibunya yang telah
membawanya dalam kandungan selama 9
bulan 10 hari.
“Maafkan aku Adilla, sebab aku tak
dapat bersama tatkala kau sedang menderita kesakitan manakala aku masih bisa
tersenyum. Ini tidak adil bagimu. Maafkan aku..” rintih hati kecil Nina.
Hidupnya kini tidak akan lagi dihadiri oleh gelak tawa serta gurau senda oleh satu-satunya
sahabat baiknya, Adila. Mengharungi liku-liku kehidupan tanpa arwah sebagai
pembakar semangat dalam hidupnya. Ya Allah, Engkau tempatkanlah sahabat
karibku, Amira Adila bt. Maanaf di dalam
kalangan para mukmin yang beriman. Engkau ampunilah segala dosanya didunia ini.
Aamiin. Hanina menggenggam erat warkah terakhir daripada sahabat baiknya itu.
Amira Adila, selamanya kau akan bertakhta dihatiku. Tiada insan lain yang dapat
menggantikan tempatmu. Kau terlalu istimewa buatku..
12
Tatkala Nina lena dibuai lamunan di
hari petang yang indah, tersentak seketika apabila bahunya ditepuk perlahan
oleh Zahlia. Tanpa ia sedari, setitis air jernih mengalir perlahan dari kelopak
matanya yang redup itu. Terasa hangat disaat airmatanya mengalir dipipi gebunya.
Pantas ia menyeka untuk mengaburi mata insan disekelilingnya. Lantas dia
menghadiahkan sebuah senyuman bagi menghilangkan segala persoalan yang berlegar
di ruang pemikiran rakannya itu, “Kau okay?” Zahlia menyapa Nina yang dia
sedari tadi kelihatan seperti agak murung. Wajah Nina juga tidak seceria
seperti dulu. “Ya, aku okay. Jangan risau eh?” sambut Nina sambil tersenyum
manis kepada Zahlia. Zahlia merupakan rakan yang duduk bersebelahan dengannya
di dalam kelas sejak berada di tingkatan 4 Aminuddin Baki. Dia juga merupakan
seorang rakan yang seringkali mengingatkannya mengenai hal duniawi dan akhirat
malahan seorang pendengar yang baik.
“Kau teringat pasal siapa? Adila?”
soal Zahlia menduga Nina. “Ya, pasal dia. Arwah hadir dalam mimpi aku semalam
dengan wajah yang tersenyum manis. Hari ini, genap setahun arwah pergi buat
selamanya meninggalkan aku seorang diri dimuka bumi ini. Aku rindukan
kehadirannya disisiku. Adila merupakan seorang sahabat sejati. Arwah suka
menolong orang yang memerlukan sehingga adakalanya dia terpaksa abaikan
perasaannya sendiri demi kebahagiaan orang lain. Kini, takda lagi lawak jenaka
arwah yang seringkali menjadi penawar hati bila aku sedang berduka.” Jelas Hanina
dalam sedu yang ditahannya. Zahlia hanya menjadi pendengar setia luahan hati Nina.
Dia mengusap perlahan bahu rakannya disebelah seakan memberikan semangat yang
baru. Berat sungguh dugaan yang menimpa
diri kau, kawan. Semoga arwah sahabat baikmu ditempatkan bersama kalangan para
solihin. Aamiin..
Terimbas kembali segala memori indah
yang mereka bina bersama. Semuanya indah belaka. Tiba-tiba Nina teringat
kembali kata-kata terakhir Adila sewaktu mereka berdua meluangkan masa bersama
dulu “Kalau aku pergi dulu, kau rindu aku tak?”. Adila menduga sahabat baiknya.
Nina yang fikirkan soalan itu seolah lucu pada pendengarannya, menumbuk
perlahan lengan sahabatnya itu dan ketawa perlahan “Mestilah. Kau kan kawan
aku. The only one true friend that I have
ever had in my life. Kenapa kau tanya? Kau nak pergi mana?”. “Takda apa,
saja je nak tau jawapan kau.” Jawab Adila dengan ringkas. Ketika itu mereka
berdua sedang duduk dipangkin depan rumah Adila. Melihat hamparan langit yang
gelap gelita serta indah dihiasi bintang dan sang rembulan ciptaan Allah SWT. Segala
pujian bagiMu, ya Allah. Cantik!
Sungguh, kehilangan seorang sahabat sejati adalah amat perit bagiku. Terasa bagaikan duniaku kosong tanpa kehadirannya, gelak tawanya yang seringkali menghiasi hari-hariku dan menjadi penawar tatkala hatiku dilanda gundah gulana. Kini, semuanya telah berubah sejak kau pergi. Itu semua hanyalah tinggal kenangan. Kenangan yang akan aku abadikan di dalam hatiku sehingga ke pernafasanku yang terakhir. Aku rindu, malahan akan sentiasa merinduimu wahai sahabatku, Amira Adila bt Maanaf. Rintih Rasyiqah Hanina seorang diri bermonolog didalam hati. Aku redha akan pemergianmu, sahabat. Semoga dikau berbahagia disamping Sang Penciptamu disana. Aamiin.
Sungguh, kehilangan seorang sahabat sejati adalah amat perit bagiku. Terasa bagaikan duniaku kosong tanpa kehadirannya, gelak tawanya yang seringkali menghiasi hari-hariku dan menjadi penawar tatkala hatiku dilanda gundah gulana. Kini, semuanya telah berubah sejak kau pergi. Itu semua hanyalah tinggal kenangan. Kenangan yang akan aku abadikan di dalam hatiku sehingga ke pernafasanku yang terakhir. Aku rindu, malahan akan sentiasa merinduimu wahai sahabatku, Amira Adila bt Maanaf. Rintih Rasyiqah Hanina seorang diri bermonolog didalam hati. Aku redha akan pemergianmu, sahabat. Semoga dikau berbahagia disamping Sang Penciptamu disana. Aamiin.