Monday, 24 October 2011

Bersahabat bukan sekadar hanya sehari sahaja.

Assalamualaikum and hyep reader(s).

Lets read about "Bersahabat bukan sekadar hanya sehari sahaja"







Rasulullah saw pernah berpesan: “Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan

yang dipilih oleh rakannya”. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang 


harus dijadikan sahabat.

Apakah ciri2 sahabat yang baik ? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya:



 “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka 


hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:



# Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.

# Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan 



kamu.

# Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.

# Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan 



baik.

# Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai 



atau menyebut kebaikan kamu.

# Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

# Jka engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.

# Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan 



kesusahan kamu.

# Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.

# Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.

# Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.

# Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga 



kepentingan persahabatan.

Thursday, 2 June 2011

Antara CINTA dan PERSAHABATAN .


Assalamualaikum dan selamat pagi .

Harini aku membuka topik mengenai antara cinta dan persahabatan . Ramai yang menganggapkan yang bahawa cinta itu boleh meruntuhkan persahabatan yang telah terjalin antara satu sama lain  sekiranya mereka putus cinta atau lebih advance 'breakup' .


Tetapi , cuba korang flashback balik . Percintaan tu bermula drpd mana ? Kalau bukan drpd ikatan persahabatan yang terjalin . Betol tak ? Maksud aku disini adalah . Daripada ikatan persahabatan yang telah lama terjalin akan mula bertukar sedikit demi sedikit menjadi kepada perasaan cinta jikalau sahabat kita itu berlawanan jantina .

Yeah , sesetengah orang boleh terima kawan baik dia sbg teman hidup dia sampai hujung nyawa . Tapi , apa pulak akan terjadi sekiranya cinta mereka akan ditolak ? Mesti diorg akan membawa diri pergi jauh drpd anda . Dan mungkin juga yang paling teruk sekali ikatan persabahatan yang telah lama terjalin akan putus serta merta .

Tetapi ada juga yang tolak cinta drpd teman baik mereka untuk menyelamatkan persahabatan yang terjalin antara mereka . Bagaimanakah itu ? yeap . Maybe dengan menolak cinta drpd mereka adalah untuk tidak melukai hati teman baik mereka sendiri .

Kalau dalam persahabatan , jika hati terluka atau terasa dgan kawan kita , kita takkan terasa sangat dan mudah untuk memaafkan walau sebesar mana pun kesilapan yang mereka lakukan . Tapi , jikalau dalam percintaan . Jikalau hati kita dilukai oleh mereka , mungkin kita takkan dapat memaafkan mereka . 

Maybe antara persahabatan dan percintaan , persahabatan lebih baik . Ikatan persahabatan takkan putus sampai bila bila manakala ikatan percintaan , andai putus berakhirlah semuanya :)

Renung renungkan lah ayat aku di atas itu . Aku mungkin tak pandai untuk meluahkan kata kata puitis , tetapi aku menulis atas dasar pengalaman aku :) so harap dimaafkan sekiranya terdapat kesalahan saya :)